Mengubah kehidupan melalui pendidikan

Dengan sokongan Dana GrabForGood, program ini menyasarkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakan-rakan kami, masyarakat umum, dan komuniti-komunitinya melalui pendidikan.

Pada masa ini hanya tersedia di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

hero

Impak yang dibawa pada 2023

~1,500

~1,500 orang pelajar telah menikmati manfaat daripada Dana GrabForGood setiap tahun di Indonesia dan Filipina.

USD 1 juta

Telah diperuntukkan untuk program GrabScholar melalui Dana GrabForGood sejak 2022.

Meningkatkan kehidupan komuniti melalui Dana GrabForGood

card image

Biasiswa penuh universiti

Biasiswa penuh universiti menyediakan sokongan yang berterusan sepanjang perjalanan akademik pemegang biasiswa kami. Antara manfaatnya termasuklah:

  • Tanggungan penuh yuran pengajian
  • Elaun sara hidup
  • Program pembelajaran dan pembangunan
  • Peluang latihan amali

Jom mohon GrabScholar!

card image

Dermasiswa

Dermasiswa menyediakan bantuan sekali bayar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, yang dapat membantu mereka untuk membeli barangan penting seperti buku dan peralatan sekolah.

Jom mohon Dermasiswa!

Rakan Kami

Grab bekerjasama dengan Yayasan Tunku Abdul Rahman dan GoBarakah untuk program GrabScholar bagi memperkasakan para pelajar melalui biasiswa.

partner
Yayasan Tunku Abdul Rahman
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) merupakan sebuah organisasi badan berkanun dibawah Akta Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 yang bertujuan menyediakan biasiswa, bantuan kewangan dan pemantapan kemahiran untuk golongan belia di tahap pengajian tinggi selari dengan aspirasi Tunku untuk Malaysia. YTAR bermatlamat memperkasakan belia Malaysia terutama mereka yang berada dalam golongan berstatus rendah mencapai impian melalui program Closing The Gap (CTG), Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) dan Future Ready.
partner
GoBarakah
GoBarakah adalah platform bantuan inovatif di mana setiap sumbangan dana atau derma diberi dalam bentuk e-baucar dan ditebus secara langsung oleh penerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai atau bentuk penebusan lain yang ditetapkan oleh penaja program. GoBarakah berhasrat untuk menaiktarafkan bantuan sosial dengan mempromosikan ketelusan, keterangkuman dan kepercayaan masyarakat.

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Ada soalan lanjut? Hantarkan e-mel kepada kami.
Untuk biasiswa: contactus@yayasantar.org.my Untuk dermasiswa: help@gobarakah.com
Lihat laporan ESG 2023
grab-logo
Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.

Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360

Follow us and keep updated!
country-flagMalaysia
© Grab 2010 - 2024