1. Bagaimanakah Ciri Slot Pilihan berfungsi?
Ciri ini membolehkan rakan-penghantar yang layak untuk memilih slot atau shift kawasan dan masa untuk menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress.
Shift adalah terhad. Untuk tempah shift, kunjungi bahagian Perancang Tempahan (Booking Planner) dalam aplikasi pemandu Grab anda.
2. Adakah ciri ini dibuka untuk semua rakan-penghantar?
Ciri ini akan dibuka kepada semua rakan-penghantar motosikal di Malaysia.
3. Apakah jenis pesanan yang boleh saya terima menggunakan ciri ini?
Jika anda layak untuk tempah shift, anda boleh menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress semasa shift anda.
4. Bolehkah saya memilih jenis pesanan yang saya ingin terima semasa Shift saya?
Anda tidak boleh memilih jenis pesanan yang anda terima semasa Shift anda.
5. Adakah saya akan menerima pesanan semasa Shift saya di mana saya perlu menghantar di luar kawasan yang saya pilih?
Tidak, dengan ciri ini, anda hanya akan menerima pesanan dan menghantarnya di dalam kawasan Shift anda.
6. Berapa lamakah satu Shift berlangsung?
Satu Shift boleh berlangsung selama 2 hingga 3 jam. Rakan-penghantar perlu datang online dan melengkapkan pesanan yang diterima sepanjang Shift berlangsung untuk mendapatkan bayaran insentif (jika ada), atau untuk elak daripada disekat dari ciri ini.