Tahniah kepada pemenang peraduan Kombo Jimat!

Para pemenang sudah dimaklumkan melalui meseg inbox aplikasi Grab mereka. 

 Para pemenang akan membawa pulang:

🎫 2x Tiket Grandstand 
⚽ Malaysia vs Oman 
🏆 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 
📅 26 Mac, 2024
⌚ 10.00 mlm 
📍 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur 

Nak menang seperti mereka? Teruskan mengikuti kami untuk peraduan-peraduan yang akan datang! 😁

Berita syok untuk penyokong-penyokong setia Harimau Malaya 🐯!

Dari 23 – 29 Februari 2024, anda berpeluang untuk memenangi sepasang tiket Grandstand ke perlawanan langsung pasukan bola sepak negara kita. Cara-cara untuk menyertainya? Senang saja, cuma dengan 2 langkah mudah: 

1️⃣ Lengkapkan pesanan GrabFood dengan restoran Kombo Jimat, 

dan anda akan didaftarkan secara automatik untuk menyertai peraduan ini! Kombo Jimat: Beli satu, diskaun 50% untuk item kedua.

2️⃣ Kemudian, jawab soalan borang kuiz dengan betul.

Selepas promosi berakhir, anda akan menerima satu borang kuiz. 30 peserta terawal akan mendapat peluang yang lebih cerah untuk memenangi: 

🎫 2x Tiket Grandstand
⚽ Malaysia vs Oman 
🏆 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 
📅 26 Mac, 2024
⌚ 10.00 mlm 
📍 Lokasi akan disahkan berdekatan tarikh perlawanan.

Wow 🤑, ini betul-betul kombo yang sangat menguntungkan! Sudahlah dapat menikmati penjimatan, malah berpeluang pula untuk memenangi tiket-tiket Grandstand. Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi, buat pesanan dengan Kombo Jimat sekarang juga! 🚀

  1. Promosi ini hanya tersedia untuk item-item terpilih daripada restoran-restoran terpilih sahaja.
  2. Promosi ini sah dari 23 – 29 Februari, 2024.
  3. Pengiraan sebenar promosi “Beli 1, nikmati Diskaun 50% untuk item kedua” adalah berdasarkan pada Diskaun 25% harga keseluruhan dua item. 
  4. Amaun promosi berbeza-beza bergandung pada restoran mana anda membuat pesanan.
  5. Promosi ini sah untuk semua kaedah pembayaran.
  6. Promosi ini tidak sah untuk pesanan Ambil Sendiri dan Dine-in.
  7. Pesanan ini sah untuk Group Order atau Pesanan Berkumpulan hanya apabila kedua-dua item ditempatkan daripada peranti yang sama. 
  8. Grab berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menghentikan promosi ini, atau meminda terma dan syarat ini atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Sekiranya timbul sebarang pertikaian sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada promosi ini, keputusan Grab adalah muktamad.

Cara-cara menyertai Peraduan

Lengkapkan satu pesanan GrabFood dengan mana-mana restoran yang mengambil bahagian dalam promosi Kombo Jimat (“Peraduan”) dan anda akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia vs Oman secara langsung di salah satu stadium di Malaysia!

Kelayakan

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh MyTeksi Sdn Bhd (“Grab”) dan adalah terbuka kepada semua pengguna aplikasi Grab di Malaysia (“Peserta”), tertakluk pada terma dan syarat berikut.  
  2. Semua Peserta dikehendaki mempunyai akaun Grab yang aktif untuk menyertai Peraduan ini. 
  3. Mana-mana transaksi Grab yang dilakukan di luar Malaysia tidak akan layak untuk menyertai Peraduan ini. 

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini akan berlangsung pada 23 Februari 2024, 12.00 pagi hingga 29 Februari 2024, 11.59 malam – Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan”). 
  2. Peraduan ini akan berakhir sebaik sahaja Tempoh Peraduan sudah pun tamat, atau apabila inventori Hadiah yang sedia ada telah habis, bergantung kepada mana yang terjadi terlebih dahulu. 
  3. Mana-mana transaksi yang dibuat selepas tamat Tempoh Peraduan tidak akan layak untuk sebarang Penyertaan.
  4. Grab merizabkan haknya secara mutlak untuk meminda, mengubah suai, melanjut atau menamatkan Tempoh Peraduan ini pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan tanpa memberikan sebarang notis awal, dan tiada pampasan dalam bentuk tunai atau bentuk lain akan diberikan.

Peraturan Penyertaan Peraduan

  1. Peraduan ini akan berlangsung di aplikasi Grab.
  2. Peserta akan disenaraikan secara automatik ke dalam Peraduan ini sebaik sahaja Peserta melengkapkan satu pesanan GrabFood yang menggunakan promosi Kombo Jimat. 
  3. Untuk mengambil bahagian, Peserta dikehendaki: – 
    • membuat pesanan dengan mana-mana restoran di GrabFood yang mengambil bahagian dalam promosi Kombo Jimat dalam Tempoh Peraduan; dan
    • menjawab soalan kuiz dengan betul pada borang kuiz yang dihantar oleh Grab pada 06 Mac 2024 kepada Peserta melalui mesej inbox aplikasi Grab Peserta; dan
    • menghantar borang quiz beserta jawapannya kepada Grab selewat-lewatnya pada 07 Mac 2024, sebelum pukul 11.59 malam.

(Secara kolektif dirujuk sebagai “Penyertaan”

  1. Kedua-dua jenis pesanan sama ada melalui penghantaran atau ambil sendiri adalah diterima untuk Peraduan ini.
  2. Setiap Peserta hanya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini sekali sahaja dan setiap Peraduan tidak boleh dikongsikan. Grab merizabkan haknya untuk mengehadkan akses para Peserta kepada Peraduan ini di aplikasi Grab mereka. 
  3. Mana-mana pesanan yang dilakukan oleh Peserta dengan menggunakan mata GrabRewards, promosi-promosi Grab dan/atau langganan-langganan Grab lain tidak akan membatalkan kelayakan Peserta dalam Peraduan ini. 

Pemenang 

  1. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dalam Borang Google yang telah dihantar, dan keutamaan akan diberikan kepada Penyertaan yang diterima pada awalnya.
  2. Sejumlah tiga puluh (30) Peserta yang akan dipilih sebagai pemenang bagi Peraduan ini dan setiap Peserta hanya berlayak untuk memenangi satu (1) Hadiah.
  3. Para pemenang akan dihubungi oleh Grab dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tamat Tempoh Peraduan melalui mesej peti masuk aplikasi Grab untuk arahan lanjut berkenaan proses penerimaan Hadiah mereka. Mana-mana pemenang yang gagal memberi respons kepada mesej peti masuk mereka dalam tempoh tujuh (7) hari tersebut selepas dihubungi akan kehilangan kelayakannya sebagai pemenang dan Grab berhak untuk memberikan Hadiah tersebut kepada pemenang lain.
  4. Grab tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

Hadiah 

  1. Setiap pemenang bagi Peraduan ini akan menerima sepasang tiket (2 keping) Grandstand untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya vs Oman secara langsung pada 26 Mac 2024, pukul 10.00 malam (“Hadiah”).
  2. Lokasi perlawanan akan diumumkan kemudian,  berdekatan dengan tarikh perlawanan.
  3. Setiap Peserta hanya berlayak untuk memenangi satu (1) Hadiah.  
  4. Pemenang mengakui bahawa pengenalan, termasuk NRIC atau lesen yang memaparkan gambar pemenang mungkin diperlukan semasa proses penerimaan / penebusan Hadiah. Grab berhak untuk membatalkan Hadiah mana-mana pemenang yang tidak menyediakan butiran yang diperlukan sepertimana yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Peraduan ini. 
  5. Semua Hadiah tidak boleh dikembalikan, tidak boleh ditukar, tidak boleh dikumpul, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau ganjaran lain. 
  6. Pemenang Hadiah memahami dan mengakui bahawa Grab bukanlah penyedia/pengeluar/pengilang Hadiah tersebut dan tidak mempunyai kawalan ke atas reka bentuk, pembuatan, atau kualiti Hadiah. Hadiah disediakan ‘sebagaimana adanya’ dan tanpa sebarang jaminan, secara nyata atau tersirat. Grab tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada penggunaan atau pemilikan Hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecacatan atau kerosakan Hadiah. Pemenang bersetuju untuk melepaskan, menanggung rugi dan tidak memudaratkan Grab daripada sebarang dan semua tuntutan, liabiliti, kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk kos peguam yang munasabah, yang timbul daripada atau berhubungan dengan penerimaan, penggunaan atau pemilikan Hadiah, tanpa mengira sama ada tuntutan tersebut timbul daripada kecuaian Grab, pelanggaran kontrak atau sebab tindakan lain

Terma dan syarat penuh di sini.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.