Pampasan berpatutan untuk waktu puncak – Lembah Klang
Kami menambah baik struktur tambang untuk mengambil kira masa yang lebih lama rakan-pemandu kami berada dalam kesesakan trafik
Click here for the English version
Kami tahu memandu pada waktu sibuk adalah sesuatu yang memenatkan, terutamanya di kawasan yang sesak. Kesesakan lalu lintas telah meningkat dan anda mungkin mengambil masa berjam hanya untuk melalui jarak yang pendek.
Grab kini mengambil langkah yang ketara untuk memastikan anda menerima pampasan berpatutan untuk masa anda. Anda akan melihat pampasan yang lebih sesuai semasa waktu puncak, dan perjalanan anda dari pickup hingga ke dropoff akan lebih berbaloi dengan insentif baru.
3 Langkah ke Pampasan Waktu Puncak Lebih Baik
- Tambang berdasarkan masa
- Far Pickup Bonus
- Cashback Bonus
Dengan perubahan ini, anda akan menerima pampasan yang lebih berpatutan untuk masa anda dalam kesesakan waktu puncak. Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 16 Januari 2023 (dengan kemaskini insentif pada 6 March 2023).
Tekan pada tajuk di bawah untuk keterangan lebih lanjut.
Rakan-pemandu telah mengadu bahawa setiap kali kesesakan meningkat, tambang tidak berbaloi untuk masa yang diluangkan di jalan raya pada waktu puncak. Kami mendengar aduan anda, dan akan menambah baik struktur tambang supaya tambang kurang berdasarkan jarak tempahan, sebaliknya lebih berdasarkan masa yang diambil untuk melengkapkan tempahan.
Nota:
- Tambang dikira berdasarkan jarak anggaran sistem dan anggaran masa perjalanan, berdasarkan keadaan trafik sebelum ini.
- Tambang KLIA tidak terjejas selepas perubahan ini.
Kami akan memperkenalkan insentif baharu iaitu Far Pickup Bonus kepada semua servis pengangkutan di Lembah Klang.
APAKAH FAR PICKUP BONUS?
- Anda akan menerima pampasan setiap minit selepas 5 minit untuk pickup untuk semua tempahan Transport di Lembah Klang kecuali JustGrab (dari KLIA).
- Kadar yang lebih tinggi diaktifkan semasa waktu puncak (sila rujuk kepada jadual insentif anda Ahad ini untuk butiran lanjut).
TUJUAN
Kami telah mendengar maklum balas anda bahawa pampasan semasa pickup jarak jauh kurang memuaskan. Far Pickup Bonus baru ini akan berdasarkan masa pickup anda tanpa mengira tambang anda. Ini akan memberikan anda pampasan yang lebih konsisten untuk usaha anda.
CONTOH
Inilah contoh rupa jadual insentif mingguan anda:
💡 PENTING
- Far Pickup Bonus akan muncul sebagai bonus di skrin in-transit untuk setiap tempahan, jika berkenaan.
- Jumlah tambang yang ditunjukkan dikira terlebih dulu berdasarkan sistem anggaran masa pickup dan tidak tertakluk kepada perubahan semasa atau selepas tempahan anda.
- Pembayaran akan dibuat ke dalam dompet tunai anda sebaik sahaja tempahan anda dilengkapkan.
- Rakan-pemandu teksi tidak layak untuk insentif ini.
- Semua servis pengangkutan layak untuk Far Pickup Bonus kecuali JustGrab (dari KLIA)
Bonus Cashback kembali dan semua rakan-pemandu di Lembah Klang layak menerimanya.
💡 PENTING
- Bonus yang diperolehi minggu ini akan dibayar ke dompet tunai anda pada Isnin yang berikutnya.
- Bonus ini akan diberikan di samping insentif lain yang anda layak terima.
- Hanya tempahan pengangkutan yang dilengkapkan di bandar asal akan dikira untuk bonus ini.
- Tidak ada di bandar asal? Jangan risau, anda masih boleh jana tambang dengan melengkapkan tempahan di bandar operasi perkhidmatan Grab!
- Untuk layak menerima bonus: CR < 5% & DR > 4.7.
- Pembatalan akan dipantau untuk bonus ini. Pembatalan yang berlebihan boleh menyebabkan pembayaran anda disekat.
Nota:
- Tempahan MyDestination tidak layak untuk Bonus Cashback
- Rakan-pemandu teksi tidak layak untuk insentif ini.
- Bonus Cashback boleh dilihat dalam bahagian Insentif aplikasi pemandu anda.
Soalan Lazim
Bermula 6 Mac 2023, apakah insentif yang saya layak menerima?
Nota: Rakan-pemandu teksi tidak layak untuk mana-mana insentif pengangkutan
Berapa tepat anggaran tempoh tempahan yang diberikan?
Anggaran tempoh tempahan kami telah bertambah baik dengan menggunakan isyarat lalu lintas masa sebenar.
Kami percaya bahawa menentukan tambang berdasarkan masa lebih baik daripada menentukan tambang berdasarkan jarak yang tidak banyak berubah walaupun kesesakan teruk.
Adakah saya masih akan menerima Far Pickup Bonus dan Bonus Cashback jika saya memandu di bandar lain menggunakan ciri Multi-city Support?
Insentif Far Pickup Bonus masih tersedia jika anda memandu di bandar yang lain, tetapi ia tertakluk kepada tambang insentif Far Pickup Bonus di bandar tersebut. Insentif Bonus Cashback masih tersedia jika anda memandu di bandar yang lain.