Kat utagha ni, makanannya semua sedap gila bak hang. Payah nak pilih. Nasib baiklah ada Cik Manggis yang boleh tolong recommendkan. Bila tak menyanyi, menari dan berlakon, Cik Manggis suka cuba tempat makanan syok, terutama sekali di Kedah. 

Memang tepat pada masanya Cik Manggis berkongsi tempat makan pilihannya sebab GrabFood sedang menawarkan diskaun 50% dengan kod promo HOTDEALS50.

1. Warung Che Ani, Alor Setar

Cik Manggis memang suka sangat makan ayam percik. Bila dia dengar Warung Che Ani ada jual Nasi Kerabu Ayam Percik, suka benar hati dia.

Walaupun nasi kerabu ni berasal dari Pantai Timur, tetapi Kedah amat terkenal dengan ulam-ulamannya. Jadi tidak hairanlah ulam-ulaman segar yang digunakan dalam nasi kerabu di Warung Che Ani ini menjadikannya lebih sedap yang teramat sangat. Dalam cuaca panas, makan nasi kerabu melegakan dan menyejukkan tekak. Dipadankan pula dengan ayam percik, memang amat serasi sekali.

2. Hussain Nasi Kandar, Alor Setar & Sungai Petani

Bila dah di utagha ni tempias nasi kandar yang popular di Pulau Pinang sampai juga ke Kedah. Cik Manggis kata dia dah cuba Nasi Kandar Briyani Ayam di Hussain Nasi Kandar dan nak berulang lagi. Mesti sedap gila kalau nak berulang lagi. 

Nasi kandar ni, kalau bungkus lebih sedap tau. Sebabnya, bila nasi kandar tu dibungkus, ia memerangkap aroma dan rasa rempah menjadikan ia lebih berperisa. Bayangkan nasi tengah panas-panas, dicampur dengan lauk yang berempah. Pergh! Mantap.

Sebab tu kalau nak cuba Nasi Kandar Briyani Ayam ni, elok order sahaja dari GrabFood. Lagi sedap makan bungkus.

3. Big Galley’s Cafe, Alor Setar

Cik Manggis ni world juga. Selain makanan tempatan, dia juga sukakan makanan western. Tempat yang akan dikunjunginya ialah Big Galley’s Cafe di mana dia akan pesan Grill Platters. Kata dia, kalau nak kepelbagaian, order Grill Platters sebab ia ada beberapa jenis protein. 

Menurut Cik Manggis walaupun Grill Platters ni ada kepelbagaian, tak lah pula susah nak dihabiskan. Hidangannya memang cukup dan tidak kenyang berlebihan. 

Tunggu apa lagi. GrabFood boleh tolong hantar. Apatah lagi GrabFood ada menawarkan penjimatan sehingga 50% mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2021.

4. Nasi Lemak Ong, Alor Setar

Siapa yang tidak sukakan nasi lemak. Tapi Set Ayam Merah di Nasi Lemak Ong cukup padu, kata Cik Manggis. Kombinasi nasi lemak dengan ayam masak merah memang win. Belum pernah dia merasakan kombinasi sebegini. Rasa macam nak lagi. 

Apalagi, order dan minta tolong abang GrabFood tolong hantarkan. Silap hari bulan, hari-hari rasa nak makan set Ayam Merah. Tapi tak apa, abang GrabFood kan ada.

5. Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Alor Setar & Sungai Petani

Pengaruh orang Pulau Pinang di Kedah memang cukup kuat. Restoran Nasi Kandar Yasmeen adalah satu lagi pilihan Cik Manggis kalau teringin nak makan nasi kandar. Menariknya juadah nasi kandar di restoran ini ialah pilihan lauk pauk yang macam-macam. Rambang mata melihatnya.

Kalau rasa-rasa rambang mata dengan lauk pauk di sini, order sejenis hari ini, kemudian sejenis esok. Nak makan nasi kandar lauk lain-lain setiap hari pun boleh. Tak jemu dengan kepelbagian lauk di sini. Kalau malas nak dine-in, abang GrabFood boleh tolong hantarkan. Dapat diskaun 50% dengan setiap pesanan. Jadi, kalau order hari-hari, besar juga penjimatan tu!