Apakah itu EVP?

Permit Kenderaan E-Hailing (EVP – E-Hailing Vehicle Permit) adalah permit yang membolehkan kenderaan peribadi beroperasi sebagai Kenderaan E-Hailing.

Di Semenanjung, penyedia lesen kenderaan komersial dikenali sebagai APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat), manakala di Sabah Sarawak, ia dikenali sebagai LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan).

Laman web APAD

Laman Web LPKP (Sabah)

Laman web LPKP (Sarawak)

Kitaran EVP

  • Pendaftaran baru
  • Perubahan kenderaan
  • Pendaftaran semula
Untuk maklumat terkini, anda boleh layari laman JPJ, APAD, dan PUSPAKOM.