Grab will soon launch GrabFood in Malaysia and Southeast Asia. GrabFood is a new food delivery platform for all Uber Eats restaurants, delivery partners and customers, and the entire Grab community. Until then, it’s business as usual on the Uber Eats app
We understand you’ll have a few questions. So we’ve prepared some answers below. Click on the section most relevant to you.
Grab bakal melancarkan GrabFood di Malaysia dan Asia Tenggara tidak lama lagi. GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan baru buat semua restoran Uber Eats, rakan kongsi penghantaran dan pelanggan, dan juga seluruh komuniti Grab. Sehingga pelancaran ini, aplikasi Uber Easts akan berjalan seperti biasa.
Kami pasti anda ada beberapa soalan. Oleh itu kami telah sediakan beberapa jawapan dibawah. Klik pada bahagian yang berkaitan dengan anda.
Customer FAQs
Pelanggan FAQ
Will I be able to find the same selection of restaurants on Grab Food?
Adakah saya akan menjumpai pilihan restoran yang sama di dalam GrabFood?
All your favourite restaurants on Uber Eats will be available in the new GrabFood app, plus we will be working hard to add even more new and exciting restaurants and food concepts.
Semua restoran kegemaran anda di Uber Eats akan didapati di dalam aplikasi baru GrabFood, malah kami akan bekerja keras untuk menambah lebih banyak lagi konsep makanan dan restoran-restoran baru yang menarik untuk anda.
Will prices on GrabFood differ from Uber Eats?
Adakah harga GrabFood akan berlainan daripada Uber Eats?
You can expect the prices on GrabFood to remain the same as before (in Uber Eats).
Anda boleh menjangkakan harga yang sama di GrabFood seperti sebelumnya (di Uber Eats).
What happens to my order history?
Apa akan berlaku kepada sejarah pesanan akaun saya?
You will be able to sign up with a fresh account and profile on GrabFood. Your Uber Eats order history will remain on your Uber Eats app.
Anda boleh mendaftar akaun dan profil yang baru di GrabFood. Sejarah pesanan anda boleh di dapati di aplikasi Uber Eats.
Merchant-Partner FAQs
Rakan-Restoran FAQ
Are you an existing Uber Eats restaurant?
Anda adalah rakan-restoran Uber Eats?
Welcome to the Grab family, we’re really excited to offer you new opportunities as a merchant partner with GrabFood. Exciting times are ahead but we know you may have questions about what this means for you, and we’ve done our best to answer them below.
Selamat datang ke keluarga Grab, kami teruja untuk menawarkan peluang baru sebagai rakan-restoran GrabFood. Pelbagai pembaharuan menarik bakal dinikmati semua, dan anda mungkin mempunyai pertanyaan mengenai peranan anda. Kami cuba untuk menjawab pertanyaan anda sebaik mungkin di bawah.
What does this mean for Uber Eats restaurants?
Apakah kesan gabungan ini kepada restoran Uber Eats?
In the immediate term, nothing will change and operations will continue as normal. In a few weeks we will invite you to start using the new GrabFood Merchant app. We will have already added your restaurant information to GrabFood, and will give you ample time to get up to speed on a new (super simple and easy to use) merchant app. By the end of May, we’ll ask you to delete your Uber Eats app and start using GrabFood.
Tiada perubahan akan berlaku buat masa terdekat dan operasi akan berjalan seperti biasa. Dalam beberapa minggu kami akan menjemput anda untuk mula menggunakan GrabFood dengan memuat turun aplikasi GrabFood Merchant di mana kami akan telahpun memuat naik maklumat restoran anda.
Kami akan memastikan anda diberi masa untuk membiasakan diri anda dengan aplikasi GrabFood Merchant yang amat ringkas dan mudah untuk digunakan. Pada akhir bulan Mei, anda akan diminta untuk memadamkan aplikasi Uber Eats dan mula menggunakan GrabFood.
Will restaurant compensation change? Will delivery fares change?
Adakah pendapatan restoran bakal berubah? Ataupun upah penghantaran?
There will not be a change in your compensation during this transition.
Tiada perubahan akan berlaku kepada pendapatan anda sepanjang tempoh peralihan ini.
What’s going to happen to the Uber Partner app?
Apa yang akan berlaku kepada aplikasi Uber Eats?
The Uber Eats app will stop working by May, and all merchant partners will be invited to move to the new GrabFood Merchant app, where orders will resume per normal.
Aplikasi Uber Eats akan dihentikan pada bulan Mei, dan semua rakan-restoran akan dijemput untuk beralih ke aplikasi GrabFood Merchant. Operasi akan bersambung seperti biasa di aplikasi ini.
Where can I get support?
Bagaimana jika saya memerlukan bantuan?
After you are invited to the GrabFood Merchant app, we will send you a welcome pack and GrabFood “how to” guide. Till then, please visit help.uber.com/partners for all help regarding UberEats.
Apabila anda dijemput menyertai aplikasi GrabFood Merchant, anda akan mendapat ‘welcome pack’ dan juga panduan GrabFood “how to”. Sementara itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Uber Eats, sila layari help.uber.com/partners.
Delivery-Partner FAQs
Rakan-Penghantaran FAQ
Are you an existing Uber Eats delivery partner?
Anda adalah rakan-penghantaran Uber Eats?
Welcome to the Grab family, we’re really excited to offer you new opportunities as a delivery partner with GrabFood. Exciting times are ahead but we know you may have questions about what this means for you, and we’ve done our best to answer them below.
Selamat datang ke keluarga Grab! Kami teruja untuk menawarkan peluang baru kepada semua rakan-penghantaran GrabFood. Pelbagai pembaharuan menarik bakal dinikmati semua, dan anda mungkin mempunyai pertanyaan mengenai peranan anda. Kami cuba untuk menjawab pertanyaan anda sebaik mungkin dibawah.
What does this mean for GrabFood delivery partners?
Apakah kesan gabungan ini kepada rakan-penghantaran GrabFood?
As Uber Eats joins with GrabFood, we’ll be able to offer more delicious meals to a larger customer base, all on one app. And for you, that means more job opportunities. With your help, we look forward to building towards the future. In the meantime, it’ll be business as usual for you and we’ll keep you posted on any more exciting updates.
Setelah Uber Eats beralih ke GrabFood, kami akan dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan kepada lebih ramai pelanggan, dari satu aplikasi. Untuk anda, ini bermaksud lebih banyak lagi peluang perkerjaan. Bersama, kita dapat memberikan yang lebih baik kepada pelanggan.
Sementara itu, operasi akan berjalan seperti biasa dan kami akan memaklumkan anda tentang apa-apa perkembangan.
What does this mean for UberEats delivery partners?
Apakah kesan gabungan ini kepada rakan-penghantaran Uber Eats?
In the immediate term, nothing will change and operations will continue as normal. In a few weeks, we will invite you to join GrabFood and download the new GrabFood Driver app. We will give you ample time to get up to speed on our new (but super simple and easy to use) app. We’ll ask you to delete your Uber Eats app by May, and start using your GrabFood Driver app.
Tiada perubahan akan berlaku buat masa terdekat dan operasi akan berjalan seperti biasa. Dalam beberapa minggu kami akan menjemput anda untuk menyertai GrabFood dengan memuat turun aplikasi GrabFood Driver.
Kami akan memastikan anda diberi masa untuk membiasakan diri anda dengan aplikasi baru yang amat ringkas dan mudah untuk digunakan. Dalam bulan Mei, anda akan diminta untuk memadamkan aplikasi Uber Eats anda dan mula menggunakan aplikasi GrabFood Driver.
Will Uber Eats delivery partner incomes change? Will delivery fares change?
Adakah pendapatan rakan-penghantaran Uber Eats bakal berubah? Bagaimana pula upah penghantaran?
There will not be a change in your compensation during this transition.
Tiada perubahan akan berlaku kepada pendapatan anda sepanjang tempoh peralihan ini.
What’s going to happen to the Uber Partner app?
Apa yang akan berlaku kepada aplikasi Uber Partner?
The Uber Partner app will stop working by May, and all delivery partners will be invited to move to the new GrabFood Driver app, where orders will resume per normal.
Aplikasi Uber Partner akan dihentikan dalam bulan Mei dan semua rakan-perkhidmatan akan dijemput untuk beralih ke aplikasi GrabFood Driver. Operasi akan bersambung seperti biasa di aplikasi ini.
Where can I get support?
Bagaimana jika saya memerlukan bantuan?
When you receive your invite to move to the GrabFood Driver app, we will send you a welcome pack and GrabFood “how to” guide. Till then, please visit help.uber.com/partners for all help regarding Uber Eats.
Apabila anda dijemput menyertai aplikasi GrabFood Driver, anda akan mendapat ‘welcome pack’ dan juga panduan “how to” GrabFood. Sementara itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Uber Eats, sila layari help.uber.com/partners.