Perkara yang dijangka berlaku seiring dengan peraturan e-hailing baharu

[Perkembangan terkini peraturan e-hailing 12/7/2019]

Kementerian Pengangkutan baru sahaja mengumumkan pendekatan “soft landing” untuk peraturan e-hailing, di mana ia akan mula dikuatkuasakan pada 12 Oktober 2019. Ini bermakna rakan-pemandu kami telah diberikan lebih masa untuk mendapatkan lesen PSV. Sehubungan dengan itu, Grab akan terus berusaha untuk membantu rakan-pemandu kami menjalani proses ini bagi mengurangkan impaknya kepada anda. Terima kasih di atas kesabaran anda buat masa ini.

 

Mengapa ini berlaku?

Mulai 12 Julai 2019, peraturan baharu akan mula berkuat kuasa untuk industri e-hailing. Semua rakan pemandu Grab akan melalui proses pemeriksaan yang ketat untuk mendapat lesen PSV (Public Service Vehicle: Kenderaan Perkhidmatan Awam). Ini mungkin akan menyebabkan jumlah pemandu berkurangan dan masa menunggu tempahan diterima menjadi lebih lama.

 

Apakah proses yang pemandu kami perlu lalui?

Soalan lazim

1. Apakah kesan perubahan ini kepada penumpang dan apakah yang perlu saya lakukan?
Dengan bilangan pemandu yang mungkin berkurangan, kami jangkakan ia mungkin akan memberi kesan kepada tempahan perjalanan anda. Kerana itu, kami cadangkan anda merancang perjalanan menggunakan tips mudah di bawah:

  • Tempah lebih awal dari biasa: Tempah perjalanan anda lebih awal daripada biasa dan siapsedia dan tunggu pemandu anda tiba di lokasi, terutamanya jika anda ada penerbangan atau mesyuarat yang penting.
  • Tempah perjalanan di luar waktu puncak: Adalah lebih mudah untuk mendapat pemandu di luar waktu puncak (waktu puncak adalah antara 7-9 pagi dan 5-8 malam).

2. Apakah kesan kepada tambang perjalanan?
Kami juga penumpang seperti anda jadi kami faham perasaan anda bila tambang meningkat. Tetapi dengan berkurangnya pemandu, anda mungkin akan mengalami peningkatan kadar tambang dinamik, terutamanya ketika waktu puncak atau hujan.

3. Apa yang telah Grab lakukan untuk membantu situasi ini?

Sejak proses peraturan ini berkuat kuasa secara rasmi pada April 2019, Grab dan lebih 200,000 rakan pemandu Grab telah bertungkus-lumus untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan. Antara inisiatif utama yang telah diambil oleh Grab adalah;

Mengurangkan kos pelesenan pemandu Mempercepatkan proses pelesenan Memberi insentif kepada pemandu untuk dapatkan lesen PSV sebelum 12 Julai
  • Subsidi ke atas kos latihan memandu 
  • Subsidi ke atas pemeriksaan kesihatan pemandu 
  • Subsidi ke atas kos pemeriksaan kenderaan 
  • Subsidi ke atas yuran pelesenan PSV 
  • Menyediakan insurans pemandu e-hailing flexi pertama dalam industri (RM1/hari berbanding RM400/setiap tahun)
  • Menyediakan platform dalam talian untuk memaksimumkan kelancaran latihan ePSV  
  • Bersama menganjurkan peperiksaan besar-besaran bersama JPJ bagi kapasiti yang maksima
  • Bekerjasama dengan Puspakom untuk memanjangkan tempoh waktu pemeriksaan kenderaan.
  • Subsidi 70% ke atas jumlah yuran peraturan yang ditanggung oleh pemandu.

Lebih cepat pemandu berjaya lengkapkan dan dapatkan lesen PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam), lebih cepat situasi ini akan menjadi lebih baik.

4. Mengapakah rakan pemandu tidak mendapatkan lesen E-hailing lebih awal?
Walaupun perancangan untuk melaksanakan e-hailing telah diumumkan pada Julai 2018, proses sebenar bermula secara rasmi pada April 2019. Dalam memenuhi pelaksanaan peraturan pada 12 Julai 2019, kami telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, APAD dan Puspakom bagi menjadikan proses lebih lancar dan membolehkan pemandu mendapatkan lesen dengan lebih cepat.

5. Adakah ini akan memberi kesan kepada GrabFood, GrabExpress dan perkhidmatan Grab yang lain?
Tidak. Peraturan e-hailing baharu hanya akan memberi kesan kepada perkhidmatan kereta peribadi sahaja, seperti JustGrab, GrabCar Plus, GrabCar Premium dan lain-lain. Perkhidmatan teksi di dalam Grab tidak akan terganggu.

 

Untuk lebih soalan lazim, klik di sini.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.