Click here for the English version
Anda mungkin pernah dengar tentang keburukan gaya hidup yang tidak aktif tetapi adakah anda sudah mengambil langkah untuk menangani kesan negatif hal ini apabila anda memandu untuk masa yang lama setiap hari?
Kami telah berjumpa dengan Frederick Khoo, pakar fisioterapi daripada Precise Rehab untuk mendapatkan nasihat tentang cara mengekalkan kesihatan semasa memandu.
Gerakkan badan anda
Selain daripada membaca mesej anda di antara tempahan, apa kata anda gunakan masa anda untuk membuat senaman yang ringkas di dalam kereta? Pastikan anda sudah meletakkan kereta anda di tempat yang selamat dan brek telah ditarik sebelum anda melakukan senaman berikut.
Senaman Leher
- Duduk tegak.
- Duduk di atas tangan kiri anda.
- Sengetkan badan anda ke kanan.
- Gunakan tangan kanan untuk menekan kepala anda. Angguk kepala anda ke depan dan belakang selama 20 saat.
- Ulangi langkah (1) ke (4) untuk bahagian sebelah.
Senaman Lengan
Biseps
- Duduk tegak
- Luruskan tangan kanan anda ke belakang anda dan letakkan lengan anda di atas bahu tempat duduk anda
- Kekalkan posisi tegak, pusingkan badan ke kiri, jauh daripada tangan kanan. Kekalkan posisi ini selama 20 saat.
- Dalam posisi langkah (3), pusingkan badan anda ke kanan dan ke kiri untuk 10 kali.
- Ulangi langkah (1) ke (4) untuk bahagian sebelah
Triseps
- Duduk tegak.
- Letakkan tangan kiri di atas paha kanan.
- Bengkokkan tangan kanan anda dan letakkan di belakang supaya tangan anda berada di tengah tulang belikat (shoulder blades).
- Guna tangan kiri untuk menekan siku tangan kanan
- Bengkokkan badan anda dan regangkan badan ke kiri
- Gerakkan badan ke depan dan belakang untuk 10 kali
- Ulangi langkah (1) ke (6) untuk bahagian sebelah
Senaman tulang belakang
- Tolak tempat duduk anda ke belakang. Gerakkan badan anda ke hadapan dan tinggalkan sedikit ruang di antara anda dan tempat duduk.
- Letakkan tangan di atas lutut. Bengkokkan badan anda ke hadapan dan keraskan abdomen anda.
- Selepas anda selesai, letakkan kedua belah tangan anda ke belakang dan pegang bahagian belakang tempat duduk anda. Luruskan badan dan tolak dada anda ke hadapan,
- Apabila anda selesai, bengkokkan badan anda dan tekan stereng di depan anda
- Ulang langkah (3)
Precise Rehab adalah sebuah pusat rawatan fisioterapi yang menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan sukan, klinik pilates dan latihan pemulihan. Pusat rawatan ini telah diasaskan oleh beberapa ahli fisioterapi yang secara keseluruhannya mempunyai pengalaman lebih daripada 14 tahun.
Majlis Makan Tengah Hari #BreakTheSilence
Pada bulan lepas, Grab dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah mengadakan majlis makan tengah hari untuk rakan-pemandu pekak bagi bersama-sama meraikan Minggu Pekak Antarabangsa dan #BreakTheSilence! Lihat detik-detik kegemaran kami pada majlis tersebut.
Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan
GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.