Click here for English version
Kami memperkenalkan Back2Back Jobs untuk membantu anda memaksimumkan pemanduan anda. Back2Back ini dapat mengurangkan masa menunggu diantara perjalanan untuk meningkatkan pendapatan anda. Back2Back Jobs adalah ciri terbaru pada aplikasi pemandu yang membolehkan anda untuk menerima pekerjaan yang seterusnya selepas anda telah menyelesaikan pekerjaan yang sedia ada.
Setiap pemandu akan mendapat ciri-ciri ini didalam kemaskini aplikasi yang seterusnya. Pelancaran kemaskini aplikasi akan mengikuti fasa, jadi, nantikan ia pada minggu-minggu yang akan datang!
Bagaimanakah ia berfungsi?
- Kini, anda akan dapat melihat perjalanan yang seterusnya apabila anda mendekati titik drop-off penumpang semasa anda ketika anda menyelesaikan perjalanan tersebut.
- Sebaik sahaja anda menerima tempahan berikutnya, teruskan untuk mengambil penumpang seterusnya selepas menghabiskan perkerjaan pertama anda.
- Penumpang seterusnya akan dapat melihat dari aplikasi beliau yang anda sedang menurunkan penumpang lain, bersama-sama dengan anggaran waktu ketibaan anda.
Terima tempahan yang seterusnya sebelum menurunkan penumpang semasa anda
Back2Back Jobs akan memberi kesan kepada AR, DR, dan CR anda, maka jadikanlah ia seperti mana-mana perjalanan biasa
Tekan butang ‘Available for Jobs” ke kiri untuk mengelakkan daripada menerima tempahan jika anda perlu berehat
Soalan Lazim:
S: Bagaimanakah Back2Back Jobs berfungsi?
J: Back2Back adalah ciri terbaru didalam aplikasi pemandu yang boleh membantu anda memaksimumkan masa anda di jalan raya. Ia juga membolehkan anda untuk menerima tempahan baru jika anda berdekatan dengan titik drop-off semasa anda.
S: Bagaimana untuk layak bagi Back2Back Jobs?
J: Back2Back akan dilancarkan secara automatik kepada semua pemandu dari masa ke semasa. Anda hanya perlu memastikan yang anda mengemaskini aplikasi kepada versi terkini. Anda hanya akan diberikan Back2Back Jobs jika anda berada berdekatan dengan titik drop-off bagi perjalanan GrabCar semasa anda, dan aplikasi akan memastikan bahawa anda hanya 5-10 minit perjalanan dari lokasi pengambilan penumpang seterusnya.
S: Bolehkah anda mematikan/mengaktifkan Back2Back Jobs?
J: Back2Back bukanlah ciri yang anda boleh mematikan.
Jika anda sedang melakukan perjalanan dan tidak mahu mengambil tempahan yang lain sebaik sahaja anda menurunkan penumpang anda, anda hanya perlu menekan butang “Available for Jobs” ke kiri. Dimaklumkan bahawa dengan melakukan ini, anda tidak akan menerima SEBARANG tempahan sehingga anda menekan butang “Available for Jobs” ke kanan.