Navigasi Grab, alat navigasi dalam aplikasi
Tidak perlu lagi bertukar-tukar aplikasi semasa di jalanraya!
Kami faham bahawa bertukar-tukar aplikasi semasa membawa kenderaan amatlah menyusahkan. Oleh itu, untuk memudahkan anda, kami melancarkan Navigasi Grab (Beta), alat navigasi dalam aplikasi pemandu Grab!
Dengan Navigasi Grab (Beta), rakan Grab kini boleh kekal dalam aplikasi pemandu pada sepanjang perjalanan. Ini membantu rakan Grab untuk memandu dengan lebih lancar & memberi lebih tumpuan ke atas jalan raya!
Laluan pada Navigasi Grab akan dipilih/dicadangkan berdasarkan laluan terpantas pada masa tempahan/pesanan diterima. Ini bermaksud anda akan ditunjukkan laluan yang mempunyai tempoh perjalanan tersingkat.
Semasa melengkapkan tempahan, Navigasi Grab akan mengemaskini laluan secara automatik jika terdapat penambahan/penukaran tempat drop-off yang dibuat oleh penumpang di dalam aplikasi penumpang.
Nota: Navigasi Grab hanya boleh digunakan semasa anda ingin melengkapkan tempahan/pesanan Grab, atau dengan ciri “Destinasi Saya” dan “GrabBenefits”.
Navigasi Grab mempunyai ciri-ciri eksklusif yang dicipta khas untuk membantu rakan Grab melengkapkan tempahan/pesanan. Antara ciri-cirinya adalah:
Ciri-ciri tersebut akan berfungsi dan dipaparkan secara automatik apabila rakan Grab menggunakan Navigasi Grab sebagai Pembekal Navigasi pada aplikasi pemandu mereka.
Navigasi Grab juga akan memaparkan maklumat laluan utama dan laluan alternatif dengan bayaran tol masing-masing sekiranya ada.
Nota: Sekiranya laluan alternatif tersebut boleh digunakan, anda boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif.
PENTING: Navigasi Grab memerlukan sambungan internet/GPS untuk ciri navigasi masa sebenar yang digunakannya. Jika anda memasuki terowong atau kawasan dimana sambungan GPS adalah lemah atau langsung tiada, sistem akan menganggarkan kedudukan semasa anda dan terus bernavigasi. Apabila sambungan GPS kembali, kedudukan betul anda akan diselaraskan.
Tekan butang di bawah untuk:
Soalan Lazim
Navigasi Grab (Beta) adalah alat navigasi selekoh demi selekoh yang tersedia dalam aplikasi pemandu Grab. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang direka khas untuk rakan Grab.
Dengan Navigasi Grab (Beta), rakan Grab tidak perlu lagi bertukar-tukar aplikasi untuk menavigasi. Ini membantu rakan untuk memandu dengan lebih lancar & memberi lebih tumpuan ke atas jalan raya!
1. Dalam aplikasi pemandu, pergi ke “Akaun” & tekan “Tetapan”.
2. Tekan “Pembekal Navigasi”.
3. Pilih “Navigasi Grab (Beta)”.
Tidak. Ciri ini hanya boleh digunakan semasa anda ingin menyelesaikan tempahan/pesanan, atau semasa anda menggunakan ciri Destinasi Saya & Grab Benefits sahaja.
Tidak. Oleh kerana hal ini tidak dilakukan semasa tempahan dan diluar aplikasi penumpang, ciri Navigasi Grab (Beta) tidak dapat menerima permintaan ini.
Anda boleh memaklumkan penumpang untuk menambah/menukar tempat drop-off di dalam aplikasi penumpang dan laluan dalam Navigasi Grab (Beta) akan dikemaskini mengikut perubahan tersebut.
Laluan akan dipilih/dicadangkan secara dinamik mengikut masa tempahan diterima (cth: tempoh perjalanan tersingkat).
Sistem akan menganggarkan kedudukan semasa anda dan terus menavigasi. Apabila sambungan GPS kembali, kedudukan betul anda akan diselaraskan.
Ya. Dengan Navigasi Grab (Beta), anda boleh melihat maklumat laluan utama dan laluan alternatif dengan bayaran tol masing-masing sekiranya ada.
Sekiranya laluan alternatif tersebut boleh digunakan, anda boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif. Namun begitu, sila pastikan anda memaklumkan dengan jelas sebarang perubahan laluan kepada penumpang anda.
Buat masa ini, Navigasi Grab (Beta) hanya tersedia untuk rakan Grab yang terpilih.
Maklum balas anda amatlah dihargai! Kongsikannya dengan kami di sini.