Nikmati pelbagai manfaat sambil memandu bersama kami!
Click here for English Version
Di Grab, kami sentiasa berusaha untuk meraikan rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami di atas sumbangan mereka kepada komuniti.
Dengan tujuan itu, kami telah memberikan pelbagai ganjaran kepada komuniti rakan melalui program ganjaran ekskusif kami, GrabBenefits! Dilancarkan pada Julai 2019, GrabBenefits ialah pusat sehenti untuk rakan menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran dari Grab dan rakan niaga kami dengan mudah di dalam aplikasi pemandu.
Dengan pelbagai cabaran baru pada tahun 2020 ini, kami telah memperbaharui pilihan ganjaran dan manfaat untuk melindungi, menyokong dan memperkasa rakan-rakan di dalam waktu sulit ini.
Melindung
Penjimatan Kos
Dapatkan penjimatan untuk minyak, penyelenggaraan kenderaan, dan perkhidmatan telekomunikasi dengan diskaun istimewa dan baucar dari kami. Jangan lupa untuk dapatkan minuman kopi percuma di Grab Driver Pit Stop apabila anda mengisi minyak di stesen-stesen terpilih.
Prepare
Hidup Berkualiti
Kekal tenang di jalan raya dengan perlindungan kemalangan, dan ucapkan selamat tinggal kepada sebarang kerisauan. Kami juga boleh membantu dengan simpanan dan komitmen anda seperti SOCSO, EPF (akan datang) dan ZAKAT dengan program caruman mudah melalui aplikasi pemandu Grab.
Memperkasa
Pengukuhan Kewangan
Tingkatkan kemampuan anda bersama kami. Pelajari pelbagai kemahiran baru di portal pendidikan kami, GrabAcademy atau kecapi impian anda dengan program-program GrabFinancing (akan datang).
Apa tunggu lagi? Kunjungi GrabBenefits di aplikasi pemandu Grab anda dan nikmati pelbagai manfaat dan ganjaran sekarang, atau tekan pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai GrabBenefits.
GrabBenefits untuk Rakan-Pemandu
GrabBenefits untuk Rakan-Penghantar
Jadilah pemenang Hadiah Syok Akhir Tahun GrabBenefits!
Dari 3 Disember hingga 22 Disember, rebut peluang untuk menangi baucar atau mata Bonuslink bernilai RM50 apabila anda tebus ganjaran terpilih di GrabBenefits.
Setiap rakan-pemandu atau rakan-penghantar ke-10 (contoh: ke-10, ke-20, ke-30, ke-40 dan seterusnya) yang menebus ganjaran GrabBenefits daripada rakan-niaga terpilih mingguan akan dipilih sebagai pemenang.
Kami akan mengumumkan dan menghubungi kesemua pemenang selewat-lewatnya pada 14 Januari 2021. Setiap rakan-pemandu dan rakan-penghantar hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan. Tekan sini untuk maklumat lanjut.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.