Petakan Bandar Anda

Hantar POI tidak lengkap pada peta dengan ciri Petakan Bandar Anda dan dapatkan ganjaran!

Ciri Petakan Bandar Anda ialah ciri dalam aplikasi pemandu Grab yang membolehkan anda mendapat sehingga RM1* untuk setiap Point Of Interest (POI)* sah yang anda hantar.

Untuk mula dapatkan ganjaran, sertai kempen Tambahkan Tempat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

“Tambahkan Tempat” akan terpapar sebagai “Tambahkan Tempat Baru” bagi pengguna iOS

 

 

*Point Of Interest (POI): POI ialah lokasi spesifik yang digunakan untuk pin pick-up atau drop-off. POI yang tidak lengkap pada peta bermaksud sesebuah tempat itu belum mempunyai pin pick-up/drop-off.

Jika anda berada di lokasi yang tidak mempunyai POI:

1.  Klik pada “Tambahkan tempat”, zum lebih dekat dan gerakkan pin jika perlu untuk dapatkan lokasi yang lebih tepat  (jika anda ingin kembali ke lokasi asal, tekan butang ).
2. Klik pada “Tambahkan Tempat Ini” untuk mula menghantar.

3. Masukkan maklumat lokasi tersebut & lampirkan gambar berkaitan untuk menyokong penghantaran POI.

 

 

Jika anda ingin hantar POI yang tidak lengkap di sekitar kawasan anda berada:
1. Klik pada “Tunjuk Tempat Tidak Lengkap” untuk melihat POI tidak lengkap di sekitar anda (jika anda ingin kembali ke lokasi asal, tekan butang ).

2. Selepas anda telah memilih lokasi anda, klik butang “Iya, Tambah” untuk mula menghantar.

3. Masukkan maklumat lokasi tersebut & lampirkan gambar berkaitan untuk menyokong penghantaran POI.

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tambah Tempat Baru, ikuti langkah di bawah:

Maklumat seperti tempoh kempen, jumlah minimum POI untuk dicapai, skema ganjaran dll. ada di sini

 

 

Anda juga boleh mengakses panduan asas untuk baca lebih lanjut tentang terma dan syarat, contoh gambar yang diterima untuk POI, atau laporkan isu berkenaan pada bahagian Help.

Soalan Lazim

POI ialah lokasi spesifik yang digunakan untuk pin pick-up atau drop-off. POI yang tidak lengkap pada peta bermaksud sesebuah tempat itu belum mempunyai pin pick-up/drop-off.

POI yang diterima ialah penghantaran POI yang menepati syarat-syarat berikut:

1. POI baru (tidak wujud sebelum ini)

2. Nama dan ejaan betul (sila nyatakan nama kawasan untuk POI yang mempunyai banyak cawangan)

3. Alamat betul dan penuh

4. Lokasi tepat

5. Bukan salinan mana-mana POI yang telah wujud

6. Lampiran gambar untuk proses semakan yang lebih pantas

7. Gambar bukan dari internet dan berkaitan dengan POI

Untuk lihat jumlah yang anda perlu capai, klik butang Help pada bucu kanan atas pada skrin Petakan Bandar Anda.

Pada skrin Petakan Bandar Anda, klik “Sumbangan” untuk lihat semua POI yang anda telah hantar.

Terdapat 2 cara untuk ketahui jika POI anda mempunyai salinan di dalam sistem/telah wujud:

1. Pada skrin Tambah Tempat Baru, klik butang dan pin kelabu akan muncul di sekitar kawasan anda. Pin-pin kelabu ini menandakan POI yang telah wujud di kawasan tersebut.

 

2. Apabila anda memasukkan nama POI yang anda ingin tambah, satu senarai lokasi yang akan dicadangkan akan dipaparkan. Lokasi-lokasi tersebut menandakan  POI yang telah wujud di kawasan tersebut.

Proses semakan biasanya mengambil masa selama 7 ke 21 hari bekerja.

Pada skrin Petakan Bandar Anda, klik “Sumbangan” untuk lihat semua POI yang anda telah hantar. Klik butang pada bucu atas kanan dan klik pada “Diterima” untuk lihat POI yang telah diterima.

Anda akan menerima ganjaran untuk setiap POI yang diterima melalui dompet tunai anda. Jumlah ganjaran akan dipaparkan pada penyata mingguan anda kerana bayaran dibuat secara mingguan. Jika anda tidak menerima bayaran anda, sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan untuk bantuan lanjut.

Penghantaran anda mungkin tidak diluluskan kerana data yang tidak mencukupi atau tidak tepat. SIla rujuk tab ‘Tidak Diterima’ di bawah “Sumbangan” untuk ketahui lebih lanjut.

Ikuti tip-tip berikut bagi meningkatkan peluang penerimaan POI anda:

Gunakan butang pada skrin Tambah Tempat Baru untuk semak POI salinan/telah wujud di kawasan tersebut.

Pastikan nama dan alamat lokasi POI adalah tepat.

Nama lokasi tersebut mestilah tidak mengandungi perkataan atau karakter tidak sesuai. Contoh: $%^&*(

Muat naik gambar lokasi POI yang terang dan jelas.

Proses semakan biasanya mengambil masa selama 7 ke 21 hari bekerja. Ia boleh mengambil 25-30 hari tambahan sebelum anda boleh melihat POI baru tersebut di dalam aplikasi Grab.

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.