Click here for English version
Berikut ialah beberapa tip untuk merancang syif pemanduan anda dengan lebih baik dan beberapa ciri-ciri dalam-aplikasi yang boleh membantu anda untuk mendapat pendapatan optimum
CIRI-CIRI
Earnings Insight Widget
Memperkenalkan penambahan terbaru di dalam GrabCorner, Earnings Insight Widget yang membolehkan anda untuk memantau pendapatan sejam anda dan juga trend purata pendapatan sejam dalam bandar anda. Ciri ini dapat digunakan sebagai panduan untuk anda memilih masa yang paling sesuai untuk memandu. Untuk mengakses widget ini, pergi ke tabGrabCorner dalam aplikasi pemandu anda.
Tip: Rakan-pemandu yang menggunakan Auto-Accept biasanya mempunyai pendapatan sejam yang lebih tinggi.
Nota: Earning Insight Widget tidak boleh didapati di 9 bandar ini disebabkan kesulitan teknikal – Batu Pahat, Kangar, Kemaman, Kluang, Kuala Terengganu, Labuan, Lahad Datu, Muar, and Sibu.
Anda boleh memberi maklum balas anda mengenai widget ini di sini.
MyDestination dan Pilihan Pemandu
Sekiranya anda perlu berada di tempat yang tertentu dan pada masa yang tertentu, gunakan ciri MyDestination dan Pilihan Pemandu untuk merancang perjalanan anda dengan lebih baik.
Perhatian: Pilihan Pemandu ialah satu ciri tersedia kepada semua rakan-pemandu Lembah Klang sahaja (rakan-pemandu yang berdaftar di Lembah Klang) mulai 8 Mei, 4PM. Kami akan melancarkan ciri ini di bandar-bandar lain pada masa terdekat. Semua rakan-pemandu boleh menggunakan MyDestination sehingga 2 kali sehari.
Ketahui lebih tentang ciri Pilihan Pemandu di sini.
PERLINDUNGAN
Trip GrabShare tidak dipadankan dan Perlindungan Penilaian Pemandu
Penerimaan tempahan GrabShare akan memberi anda peluang untuk menjana lebih pendapatan sekiranya anda mendapat padanan.Kami menawarkan cashback untuk trip yang dipadankan jika Auto-Accept diaktifkan.
Nota: Penilaian pemandu anda tidak akan terjejas jika penumpang menilai trip GrabShare sebagai kurang baik disebabkan oleh:-
- Kelakuan penumpang yang dipadankan; atau
- Lencongan yang lebih jauh
Kami juga menawarkan cashback yang lebih tinggi untuk trip tidak dipadankan. Anda boleh rujuk kepada mesej Pengemaskinian Insentif Mingguan di bahagian notifikasi dalam-aplikasi pemandu untuk maklumat jumlah cashback.
Nota: Kami menyedari bahawa kadar padanan trip GrabShare adalah paling tinggi antara 4pm hingga 12am. Untuk meningkatkan peluang untuk dipadankan dan peluang untuk menjana lebih pendapatan, kami telah menghadkan waktu operasi harian perkhidmatan GrabShare hanya kepada waktu tersebut.
Time Boosters & Surge
Sekiranya anda memandu pada waktu sibuk, anda berpeluang menikmati tambang yang lebih tinggi disebabkan oleh permintaan yang tinggi di sesetengah kawasan. Kami juga menawarkan Time Boosters yang akan memberikan anda pampasan untuk tempahan yang mengambil lebih masa untuk dilengkapkan berbanding kebiasaan. Untuk maklumat lanjut, tekan sini
PRESTASI
Pemberian tip oleh penumpang dalam-aplikasi
Penumpang kini mempunyai pilihan untuk memberi tip dalam-aplikasi untuk perkhidmatan cemerlang anda. Berikut adalah sesetengah cara anda boleh memberi perkhidmatan cemerlang kepada penumpang anda :-
- Bertegur sapa dengan penumpang
- Menjaga kebersihan kenderaan anda
- Bertanya dengan penumpang tentang pilihan muzik dan/atau suhu penghawa dingin yang sesuai
- Membantu mereka masukkan bagasi ke dalam kenderaan sekiranya diperlukan.
Tayangan Premiere Marvel Studios Avengers: Endgame
Rakan-pemandu dan rakan-penghantar terbaik dari sembilan bandar telah dijemput menghadiri tayangan peribadi untuk sekuel yang ditunggu-tunggu ini. Tambahan pula, ada daripada kalangan mereka pulang dengan hadiah khas!
Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan
GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan mereka untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.