Click here for the English version
Keselamatan jalan raya adalah perkara yang serius, terutamanya apabila rakan-pemandu yang berkerja sepenuh masa dan sambilan memandu (purata) 5 jam di jalan raya setiap hari.
Menurut Laporan Status Global mengenai Keselamatan Jaya Raya 2018 daripada World Health Organization (WHO), kadar kematian jalan raya di seluruh dunia adalah 18.2 setiap 100,000 orang. Khususnya di Asia Tenggara, kadar kematian jalan raya adalah 20.7 setiap 100,000 orang yang merupakan benua kedua yang tertinggi di seluruh dunia.
Oleh itu, tahun baru ini, anda haruslah membuat resolusi untuk tahun baru ini semasa memandu untuk Grab. Pemandu yang selamat akan sentiasa menjadi perkara yang baik kerana kami menghargai keselamatan rakan-pemandu dan penumpang.
Berikut adalah beberapa resolusi yang akan membantu menjadi pemandu yang lebih selamat di jalan raya.
Berhati-hati dengan persekitaran anda; gunakan isyarat dan cermin kereta
Selalunya, anda bukan satu-satunya pemandu di jalan raya. Pastikan tiada kenderaan berdekatan sebelum menukar lorong. Jangan lupa menggunakan isyarat untuk menunjukkan bahawa apa yang anda akan berbuat demikian. Ini lebih selamat kerana kita tidak menganggap pemandu lain di sekeliling tahu di mana atau bila anda hendak menukar lorong.
Ikat tali pinggang
Ini sepatutnya menjadi perkara pertama yang anda lakukan apabila anda masuk ke dalam kereta anda. Menurut laporan status Global yang baru dikeluarkan mengenai keselamatan jalan raya, memakai tali pinggang dapat mengurangkan risiko kematian di kalangan pemandu dan penumpang kerusi hadapan dengan 45-50%. Tambahan pula, risiko kematian dan kecederaan serius di kalangan penumpang yang duduk di belakang sebanyak 25%.
Ikuti had laju
Adakah anda tahu bahawa memandu dengan cepat adalah faktor terbesar yang menyebabkan satu pertiga kematian akibat kemalangan kereta? Terdapat sebab untuk pelaksanaan had laju kerana ia lebih sukar untuk mengawal kenderaan yang dibawa dengan laju. Di samping itu, mengikut had laju akan membantu mengelak saman.
Hanya teruskan perjalanan apabila hijau
Ia bertentangan dengan undang-undang untuk memandu apabila lampu berwarna merah. Isu yang lebih teruk daripada melanggar undang-undang adalah anda mungkin membahayakan nyawa orang lain dan nyawa sendiri. Orang selalu mengatakan bahawa masa itu wang, jadi kita selalu tergesa-gesa untuk tiba di destinasi lebih cepat. Walau bagaimanapun, ia tidak berbaloi mempertaruhkan nyawa kita dan penumpang. Kita harus sentiasa ingat lampu yang berkelip kuning bermakna perlahan, bukan memandu dengan lebih cepat.
Ciri-ciri baru yang akan datang tidak lama lagi!
Sila pastikan anda mengemas kini aplikasi pemandu anda kepada versi terkini untuk menggunakan ciri-ciri baru ini apabila ia dilancarkan!
Butang Share My Location
Butang baru ini akan meningkatkan tahap keselamatan rakan-pemandu kerana ia membolehkan rakan-pemandu untuk kongsi lokasi mereka dengan “Hantar Pautan” melalui aplikasi pihak ketiga dan/atau “Hantar SMS ke Hubungan Kecemasan”. Bagi kes-kes yang lebih serius, rakan-pemandu boleh menghubungi pihak berkuasa dengan pilihan “Telefon Polis”. Sila tekan sini untuk maklumat lanjut seperti cara untuk memasukkan nombor kecemasan pilihan anda dan cara penggunaan butang ini semasa kecemasan.
Ciri Voice Over Internet Protocol (VOIP)
Voice Over Internet Protocol (VOIP) adalah ciri baru yang mempunyai bukan satu, tetapi dua manfaat! Rakan-pemandu kini boleh membuat panggilan kepada penumpang melalui internet/data semasa dalam transit. Untuk menggunakan ciri ini, rakan-pemandu hanya perlu mengaktifkan data telefon mereka. Selain itu, VOIP melindungi privasi rakan-pemandu kerana nombor rakan-pemandu tidak akan dipaparkan apabila panggilan dibuat.
*Nota: Ciri ini hanya boleh digunakan jika penumpang telah mengemaskini aplikasi mereka kepada versi terkini. Sekiranya aplikasi belum dikemaskini, panggilan biasa boleh dibuat melalui Number Masking dan caj panggilan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi anda.
Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan
GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:
Rujukan:
https://www.who.int/violence_injury_prevention/road_safety_status/2018/en/
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.