Memperoleh Penjelasan Peraturan: Bahagian 2

Click here for English version

Tarikh akhir untuk mematuhi peraturan kian menghampiri, dan kami memahami bahawa anda mungkin resah dan mempunyai soalan mengenai perkara ini. Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang berita terkini daripada agensi yang berkaitan.

Oleh itu, bagi pihak komuniti kami, kami telah mengeluarkan kenyataan media baru-baru ini untuk menyeru pihak berkuasa untuk memberikan garis panduan yang lebih jelas dan praktikal dalam usaha melancarkan pelaksanaan peraturan e-hailing.

Berikut adalah beberapa perkara penting dari kenyataan tersebut:

Tahap ketersediaan pengawal selia

Kami mengambil berat pandangan Menteri kepada industri agar tidak menunggu sehingga saat akhir untuk bersedia bagi pematuhan. Namun sehingga hari ini, masih terdapat banyak lagi perkara yang tidak dapat disahkan dari segi:

1. Modul latihan

Modul latihan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sepatutnya bermula tahun lepas, tidak akan siap sehingga Mac 2019. Oleh itu, kami percaya bahawa ratusan ribuan rakan-pemandu tidak akan mempunyai masa yang secukupnya untuk dilatih dan diiktiraf dalam tempoh 4 bulan.

Kami telah mencadangkan kepada Menteri tentang platform latihan digital yang dapat memberi latihan umpama 6 jam (atau lebih) kepada rakan-pemandu. Walau bagaimanapun, agensi terbabit masih belum merangka cadangan ini ke dalam polisi bertulis dan polisi semasa masih memerlukan kehadiran fizikal.

2. Insurans e-hailing

Pada masa ini produk insurans untuk e-hailing adalah tidak mencukupi dan apa yang terdapat di pasaran kini tidak memenuhi keperluan kebanyakan rakan-pemandu, terutamanya untuk rakan-pemandu separuh masa. Kami  masih dalam perbincangan dengan Bank Negara Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans di Malaysia untuk meminda dan mungkin menukar kerangka kerja insurans yang dikawal selia dengan ketat, yang mungkin memerlukan lebih masa.

3. PUSPAKOM

Terdapat lokasi pemeriksaan kenderaan terhad di seluruh negara. Dengan kewujudan rakan-pemandu di 35 bandar dan pekan-pekan utama di Malaysia, kami bimbang bahawa penekanan terhadap pemeriksaan fizikal akan menjejas sistem Puspakom. Kami percaya bahawa platform digital patut diberi pertimbangan untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan kenderaan.

4. Keperluan lain e-hailing

Terdapat beberapa keperluan tambahan seperti, alat pemadam api dalam setiap kenderaan, cukai jalan e-hailing, cakera dan pelekat, masih belum diterangkan dengan jelas kepada penggiat industri. Ini menjadikanya lebih sukar untuk menyampaikan maklumat ini kepada anda.

Setakat ini, kami masih belum bertemu dengan agensi penguatkuasaan untuk mendapatkan garis panduan yang lebih jelas dan  boleh dilaksanakan. Hasilnya, kami menghadapi kesukaran untuk memberikan sokongan penuh dan jaminan terhadap rakan-pemandu kami semasa tempoh peralihan. Kami sedang berusaha untuk melakukan segalanya untuk bekerjasama dengan kerajaan dan agensi penguatkuasaan, dengan harapan untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih baik dan akan memanfaatkan anda, rakan-pemandu kami dan juga penumpang.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.