Click here for English Version
Setelah menerima maklum balas daripada komuniti e-hailing berkenaan dua syarat peraturan baru, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan sidang media hari pada tengah hari ini untuk memberikan pencerahan kepada komuniti e-hailing.
Berikut adalah kemaskini penting daripada sidang media tersebut:
- Rakan-pemandu TIDAK PERLU berkunjung ke JPJ bagi menukar kod kenderaan: Penukaran kod (kod AH) kepada “e-hailing persendirian” hanya akan dilakukan di dalam sistem MySikap JPJ berdasarkan maklumat EVP yang diterima daripada APAD dan LPKP (Sabah & Sarawak). Kod AH tidak akan memberi kesan kepada geran kereta anda.
- Cetakan EVP adalah TIDAK WAJIB (untuk rakan-pemandu Semenanjung sahaja): Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, nombor EVP yang diluluskan akan dipaparkan dalam aplikasi pemandu. Sila simpan screenshot bahagian EVP dalam aplikasi pemandu untuk rujukan pihak berkuasa jika anda diminta untuk menunjukkannya.
Kami faham ramai di antara anda telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memenuhi syarat-syarat baru dalam tempoh masa dua hari ini. Oleh itu, sila laporkan sebarang bayaran atau pertukaran geran kereta anda yang berkaitan dengan kod kenderaan di laman web laporan aduan awam JPJ untuk membuat permohonan tuntutan bayaran balik atau penukaran semula kod. Kami juga akan menyerahkan aduan yang kami terima setakat ini kepada Kementerian Pengangkutan.
Kami menyarankan anda untuk memiliki dokumen-dokumen berikut sebelum 12 Oktober untuk mematuhi peraturan baru:
- Lesen PSV atau bukti lulus ujian* sementara anda menunggu lesen anda diproses (lihat screenshot di bawah)
- Cakera Puspakom sekiranya kenderaan anda berusia lebih daripada 3 tahun
- Pelekat E-Hailing ditampal di cermin depan dan belakang kereta.
- Insurans e-hailing yang sah** – Insurans Harian E-hailing Grab atau insurans tahunan
- Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)
Nota Penting:
* Sah sehingga 31 Disember 2019 sahaja
** Untuk rakan-pemandu yang opt in untuk Insurans E-Hailing Harian Grab (GDI), sila tunjukkan polisi anda pada bahagian “GrabInsure” di dalam aplikasi pemandu
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bukti saya telah lulus ujian?
- Layari https://grb.to/JPJresults
- Masukkan nombor Kad Pengenalan
- Ambil gambar screenshot peribadi dan keputusan ujian anda