Click here for English version
Berdasarkan data terkini kami, rakan-pemandu yang mempunyai kadar penerimaan yang tinggi memperolehi pendapatan lebih tinggi sehingga 10% daripada rakan-pemandu dengan kadar penerimaan yang rendah.
Apabila rakan-pemandu menerima tempahan secara konsisten, selain daripada membantu rakan-pemandu memaksimakan pendapatan, kadar penerimaan (AR) yang tinggi ini juga akan membantu mengekalkan kelancaran sistem. Ini akan membuat perkhidmatan kami lebih terjamin dan berkualiti.
Berdasarkan permintaan daripada rakan-pemandu kami yang berprestasi tinggi, kami akan memperkenalkan ciri Timeout Pemandu, mulai 24 September 2018*. Dengan ciri ini, rakan-pemandu yang mengabai atau membatal tempahan secara konsisten akan disekat daripada menerima sebarang tempahan buat sementara waktu.
Pengabaian atau pembatalan tempahan akan menyebabkan kelewatan dan menjejaskan pengalaman memandu untuk rakan-pemandu yang lain. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa ada kalanya anda tidak boleh menerima kesemua tempahan yang datang disebabkan oleh situasi tertentu atau anda perlu berehat. Jika anda belum lagi bersedia untuk menerima tempahan, sila aktifkan butang ‘unavailable’
*Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat. Menjelang 28 September 2018, ciri ini akan diaktifkan untuk semua rakan-pemandu di seluruh negara.
Apakah yang akan terjadi jika saya mengabai atau membatal tempahan secara konsisten?
Jika anda mengabai atau membatal* tempahan dalam kadar yang tinggi secara konsisten, aplikasi pemandu anda mungkin akan ditetapkan sebagai‘Unavailable’, dan anda tidak boleh menerima tempahan baru buat sementara waktu. Jika hal ini berlaku, pemasa pada aplikasi pemandu Grab akan muncul dan akan menunjukkan jangka masa anda akan kekal ‘Unavailable’.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Apabila pemasa tamat, anda akan dimaklumkan bahawa tempahan sudah boleh diterima semula. Tekan ikon ‘kunci’ untuk mula menerima tempahan semula. Sebagai alternatif, anda boleh menekan ‘Saya Belum Bersedia’ untuk kekal ‘Unavailable’.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Bagaimanakah ini akan memanfaatkan rakan-pemandu berprestasi tinggi?
Rakan-pemandu yang memilih tempahan atau rakan-pemandu yang belum lagi bersedia untuk menerima tempahan, akan disekat daripada menerima tempahan untuk sementara waktu. Ini akan memberikan tempahan kepada rakan-pemandu lain, terutamanya kepada mereka yang menggunakan ciri Auto Accept, dan membolehkan mereka mengekalkan Kadar Penerimaan (AR) yang tinggi dan Kadar Pembatalan (CR) yang rendah.
*Pembatalan pemandu yang tidak menjejaskan CR anda (contoh: ‘Penumpang tidak muncul’, ‘Terlalu ramai penumpang atau bagasi’ dan ‘Tidak boleh menjemput di lokasi’.) tidak akan menyebabkan timeout.
Soalan Lazim
Bagaimanakah pembatalan boleh menyebabkan timeout?
Jika anda mengabai atau membatal* tempahan dalam kadar yang tinggi secara konsisten. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa ada kalanya anda tidak boleh menerima kesemua tempahan yang datang disebabkan oleh situasi tertentu atau anda perlu berehat.
Jika anda belum lagi bersedia untuk menerima tempahan, sila aktifkan butang ‘unavailable’
Berapa lamakah masa timeout?
Tempoh masa timeout akan dipaparkan pada aplikasi pemandu Grab, dan adalah sekurang-kurang 30 saat. Pengabaian atau pembatalan yang berlaku secara konsisten akan mengakibatkan tempoh masa timeout yang lebih lama.
Apakah jenis servis yang akan menggunakan ciri Timeout Pemandu?
Ciri ini aktif untuk semua jenis teksi anda aktifkan.
Adakah ciri Timeout Pemandu akan diaktifkan untuk kesemua versi aplikasi pemandu Grab?
Ya, ciri ini akan diaktifkan kepada semua versi aplikasi pemandu Grab. Walau bagaimanapun, terdapat batasan jika versi aplikasi anda bukan versi terkini. Oleh itu, sila muat turun versi aplikasi terkini.
For peranti iOS versi aplikasi 1.33.0 dan ke bawah – anda tidak akan dapat melihat tempoh timeout.
For peranti Android versi aplikasi 5.46.0 dan ke bawah – anda akan dapat melihat pemasa tetapi anda tidak akan dapat keluar dari skrin kunci.
Adakah saya akan disekat daripada menerima tempahan buat sementara waktu jika saya membatal tempahan kerana ‘Penumpang tidak muncul’, ‘Terlalu ramai penumpang atau bagasi’ dan lain-lain?
Tidak, pembatalan pemandu yang tidak menjejaskan Kadar Pembatalan seperti ‘Penumpang tidak muncul’, ‘Terlalu ramai penumpang atau bagasi’ dan ‘Tidak boleh menjemput di lokasi’ tidak akan menyebabkan timeout.
Adakah saya akan dikenakan timeout jika penumpang pembatalan dibuat oleh penumpang?
Tidak, pembatalan oleh penumpang tidak akan menyebabkan timeout.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.