Click here for the English version
Pembatalan tempahan boleh memberikan pengalaman yang kurang baik. Oleh itu, untuk melindungi komuniti Grab, kami akan mengambil tindakan terhadap rakan-pemandu dan penumpang yang membatalkan tempahan secara kerap tanpa sebab yang sah.
Apa itu ‘Cancellation Rate’ (CR)?
CR rakan-pemandu = jumlah tempahan yang telah dibatalkan oleh anda bahagi dengan jumlah tempahan yang diterima.
Anda boleh memantau CR anda di dalam aplikasi pemandu anda.
Mengapakah saya menerima amaran?
- Anda mempunyai CR rakan-pemandu yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan pemandu yang lain
- Anda membuat pembatalan untuk memilih tempahan semasa masa puncak
- Kami mendapat maklum balas daripada penumpang bahawa anda meminta mereka untuk membatalkan tempahan tanpa sebab yang sah secara kerap
- Hal ini (perkara ketiga) telah berlaku untuk beberapa minggu dalam kadar berturut-turut
Nota: CR rakan-pemandu yang dipaparkan di dalam aplikasi pemandu anda mungkin menunjukkan 0% tetapi anda masih boleh menerima SMS amaran jika anda meminta penumpang anda untuk membatalkan tempahan secara kerap.
Bagaimanakah pembatalan penumpang boleh menjejaskan saya?
Pembatalan oleh penumpang hanya akan menjejaskan anda JIKA anda meminta penumpang untuk membatalkan tempahan secara kerap bagi pihak anda. Kami memantau tingkah laku pembatalan penumpang tersebut sepanjang beberapa minggu untuk mengelak daripada mengambil tindakan yang tidak adil terhadap rakan-pemandu yang telah dibatalkan oleh penumpang beberapa kali.
Bilakah saya boleh membuat pembatalan?
Kami faham bahawa terdapat beberapa situasi di mana anda perlu membatalkan tempahan. Sebab-sebab yang sah yang tidak akan menjejaskan CR anda apabila anda sampai ke lokasi pengambilan termasuk:
- Penumpang tidak muncul dan/atau anda telah menunggu terlalu lama*
- Penumpang telah memilih lokasi pengambilan yang tidak sesuai / tidak sah (cth: tepi jalan, perhentian bas, dan lain-lain)
- Anda tidak dapat memenuhi permintaan penumpang (cth: memuatkan 5 penumpang dalam satu kereta)
*Sila menunggu maksima 5 minit untuk semua servis Grab. Untuk GrabShare dan Perjalanan Banyak Hentian (Multi-Stop Rides), waktu menunggu maksima adalah 3 minit
Apakah peringkat-peringkat sebelum akaun anda ditamatkan?
Jika anda telah menerima SMS amaran pertama, jangan risau, anda masih boleh lagi memperbaiki CR anda. Terdapat tiga peringkat sebelum akaun rakan-pemandu ditamatkan:
1. Amaran pertama
2. Amaran kedua
3. Penggantungan akaun & pendidikan semula (Re-education)
4. Penamatan akaun
Petua untuk menurunkan CR anda: Elakkan daripada membatalkan tempahan tanpa alasan yang sah, dan elakkan daripada meminta penumpang anda untuk membatalkan tempahan mereka.
Untuk memberikan pengalaman yang baik, kami menggalakkan anda menggunakan GrabChat untuk memberitahui penumpang anda sebab anda membatalkan tempahan sebelum berbuat demikian. Jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai perjalanan atau penumpang anda, sila berikan maklum balas disini.