Hantar Tanpa Rasa Bimbang Dengan Perlindungan Berganda!
Memperkenalkan perlindungan insurans baharu untuk semua rakan-penghantar
Adakah anda risau dengan risiko semasa menghantar? Bimbang tentang kos perubatan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan? Bagaimana pula dengan masa depan tanggungan anda sekiranya kejadian yang tidak diingini menimpa anda?
Kami ada berita baik untuk anda! Rakan-penghantar kini bakal dilindungi dengan bukan satu, tetapi dua jenis insurans dalam satu masa! Biar kami bantu anda menangani risiko kemalangan jalan raya dengan Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) dan Insurans Kemalangan RPG 24/7 GrabBenefits (Personal Accident) baharu! Dengan perlindungan berganda daripada kami, anda kini tidak perlu risau lagi sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident)
Melindungi semua rakan-penghantar semasa penghantaran!
Dengan Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident), anda akan dilindungi semasa anda melakukan penghantaran GrabFood, GrabMart dan GrabExpress. Maklumat lanjut untuk insurans ini adalah seperti berikut.
Insurans ini akan diaktifkan mulai daripada masa anda menerima pesanan penghantaran sehingga anda melengkapkan penghantaran tersebut.
Sebagai contoh: Ahmad terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan untuk melengkapkan tempahan GrabFood. Oleh kerana kemalangan tersebut berlaku semasa Ahmad melakukan penghantaran, Ahmad dilindungi oleh Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident).
Tekan sini untuk maklumat lanjut tentang Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident).
Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident)
Perlindungan sepanjang masa baharu untuk anda!
Memperkenalkan Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident), khas untuk rakan-penghantar di peringkat Member*, Gold, Platinum dan Ultimate. Anda akan dikategorikan berdasarkan prestasi anda pada bulan sebelumnya. Peringkat bulanan anda akan dikemaskini pada setiap suku tahun. Capai peringkat lebih tinggi di GrabBenefits untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik. Tekan sini untuk maklumat lanjut mengenai GrabBenefits.
*Hanya untuk rakan-penghantar peringkat Member yang memenuhi syarat-syarat berikut;
- Telah melengkapkan lebih dari 30 penghantaran pada bulan sebelumnya
- Memiliki Kadar Pembatalan (CR) kurang dari 8% pada bulan sebelumnya
Contoh: Ahmad seorang rakan-penghantar peringkat Platinum di GrabBenefits pada bulan ini (berdasarkan prestasi Ahmad pada suku tahun lepas)
Senario A: Ahmad terlibat dalam kemalangan semasa melakukan penghantaran GrabFood. Ahmad layak untuk menikmati perlindungan berganda dari kedua-dua insurans. Ahmad dilindungi oleh Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) (kerana kemalangan berlaku semasa Ahmad melakukan penghantaran), dan Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident) pada masa yang sama.
Senario B: Ahmad terlibat dalam kemalangan sebelum melakukan penghantaran GrabFood. Ahmad tidak dilindungi oleh Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) (kerana kemalangan berlaku semasa Ahmad tidak melakukan penghantaran). Akan tetapi, Ahmad dilindungi oleh Insurans Kemalangan RPG 24/7.
Sila tekan pautan-pautan di bawah untuk ringkasan manfaat Insurans Kemalangan RPG 24/7.
Untuk ringkasan liputan, sila tekan sini.
Proses Tuntutan Insurans
Ikuti langkah berikut untuk memfailkan tuntutan insurans anda.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses tuntutan.
Soalan Lazim
Apakah itu GrabBenefits?
GrabBenefits adalah program ganjaran untuk rakan-penghantar GrabFood dan GrabExpress. Rakan-penghantar boleh menikmati ganjaran berbeza bergantung kepada peringkat mereka. Tekan sini untuk maklumat lanjut mengenai GrabBenefits.
Apakah perbezaan antara Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) dan Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident)?
Sila rujuk jadual berikut untuk perbezaan antara Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) dan Insurans Kemalangan 24/7 (Personal Accident).
Adakah saya perlu membayar bil perubatan saya sendiri terlebih dahulu?
Ya. Kami akan membuat bayaran balik kepada anda selepas proses tuntutan selesai menurut terma-terma perlindungan tersebut.
Apakah borang yang perlu saya isi untuk memulakan proses tuntutan?
Sila hantar borang di atas melalui Khidmat Pelanggan Grab selepas anda membuat laporan polis mengenai kemalangan tersebut.
Adakah saya boleh membuat tuntutan lebih daripada jumlah bil perubatan saya?
Tidak. Anda cuma boleh membuat tuntutan untuk jumlah bill perubatan anda sahaja. Sila rujuk contoh di bawah untuk maklumat lanjut.
Saya seorang pemandu peringkat Member di GrabBenefits. Adakah saya dilindungi oleh Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident)?
Jika anda berada di peringkat Member, anda hanya akan dilindungi oleh Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident) hanya jika anda memenuhi syarat-syarat berikut;
- Telah melengkapkan lebih dari 30 penghantaran pada bulan sebelumnya
- Memiliki Kadar Pembatalan (CR) kurang dari 8% pada bulan sebelumnya
Contoh: Ahmad seorang rakan-penghantar peringkat Member di GrabBenefits dengan jumlah penghantaran kurang dari 30 dan kadar CR lebih dari 10% pada bulan sebelumnya. Ahmad terlibat dalam kemalangan semasa melakukan penghantaran GrabFood. Ahmad dilindungi oleh Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) (kerana kemalangan berlaku semasa Ahmad melakukan penghantaran), tetapi Ahmad tidak dilindungi oleh Insurans Kemalangan RPG 24/7 (Personal Accident) kerana Ahmad tidak berada di peringkat Gold, Platinum atau Ultimate.
Adakah saya turut akan dilindungi daripada semua jenis bencana/kemalangan/ penyakit?
Tidak. Kedua-dua perlindungan ini bakal melindungi anda dari kemalangan.
Perlindungan ini tidak meliputi kemalangan-kemalangan berikut:
- Kecederaan yang dilakukan kepada diri sendiri dengan sengaja dan cubaan membunuh diri (sama ada menyebabkan kecederaan atau kematian)
- Sebarang jenis penyakit
- Kecederaan disebabkan peperangan
- Pembunuhan atau serangan akibat provokasi oleh orang yang diinsuranskan
- Kecederaan semasa perlakuan atau percubaan untuk melakukan jenayah
- Keguguran atau sebarang kecederaan berkaitan dengan kelahiran anak
Sila rujuk sini untuk senarai penuh pengecualian dari polisi ini.
Bagaimanakah peringkat GrabBenefits dikemaskini?
Anda akan dikategorikan berdasarkan prestasi anda pada suku tahun sebelumnya. Peringkat anda akan dikemaskini pada setiap suku tahun. Tekan sini untuk maklumat lanjut mengenai GrabBenefits.
Mengapakah saya diletakkan di dalam peringkat Member?
Semua rakan-penghantar yang belum lagi mencapai syarat minima (kadar penerimaan, kadar pembatalan dan bilangan pesanan penghantaran yang telah ditetapkan) akan diletakkan di dalam peringkat Member untuk program ini.