Garis Panduan untuk
Perjalanan Selamat

Kami memerlukan anda untuk meningkatkan kualiti sistem pengangkutan kami di semua bandar. Para penumpang memerlukan pemandu yang berwibawa seperti anda untuk membawa mereka ke destinasi dengan cekap dan selamat di samping menjamin keselesaan.

Jom, bersama kita berusaha untuk menjadikan bandar-bandar kita sebagai destinasi yang lebih selamat untuk dikunjungi.

Saling Menghormati

Sentiasa amalkan sifat saling menghormati. Sepanjang tempoh masa memandu, anda akan bertemu dengan pelbagai ragam dari segi penampilan atau corak pemikiran. Kita harus hormati perbezaan antara satu sama lain dan bersama-sama mengukuhkan masyarakat yang inklusif di mana setiap individu rasa selamat dan dihormati.

Beri perkhidmatan yang profesional. Bertugas dan berhubung secara profesional

JANGAN menghubungi penumpang selepas perjalanan selesai

JANGAN kemukakan maklumat peribadi penumpang, termasuk media sosial, platform mesej, media awam dan/atau semata-mata ucapan

JANGAN berprasangka terhadap penumpang walaupun berbeza pandangan dari segi politik, kaum, agama, penampilan atau faktor lain

Segala gangguan (misalnya kekerasan—tidak kira secara fizikal, lisan ataupun sebagainya) terhadap penumpang anda atau kakitangan Grab TIDAK akan ditoleransi

JANGAN memberi komen peribadi atas pendapat penumpang mengenai sebarang topik

Mematuhi
Undang-undang

Undang-undang tempatan digariskan untuk menjaga keselamatan anda! Anda tidak perlu risau tentang apa-apa jika anda mematuhi semua peraturan yang digariskan.

  • Lesen Pemandu
  • Lesen PSV
  • Nombor EVP
  • Insurans E-Hailing

Patuhi peraturan tempatan, bersama-sama kita memastikan perjalanan yang selamat

Pandu dengan lesen pemandu, polisi insurans dan/atau permit kenderaan yang sah sebagai pengesahan kelayakan anda untuk memberikan perkhidmatan e-hailing dengan kenderaan anda

Pastikan tali keledar dipasang setiap masa bagi anda dan penumpang anda

Keselamatan
Diutamakan

Bawa penumpang anda ke destinasi mereka dengan selamat! Keselamatan semua orang adalah keutamaan kami.

Pandu dengan berhati-hati, keselamatan anda dan penumpang harus diutamakan

Patuhi had laju

Pastikan tiada gangguan—jangan mesej ketika memandu

Sila berehat dan sentiasa berwaspada di antara perjalanan

Gunakan pelekat telefon atau peranti bebas tangan untuk menjawab panggilan

JANGAN benarkan orang lain menggunakan akaun pemandu Grab anda untuk mengambil penumpang

Gunakan kenderaan yang didaftarkan di akaun pemandu Grab anda untuk mengambil penumpang

JANGAN membawa orang lain di dalam kenderaan bersama anda semasa mengambil penumpang

JANGAN memandu di bawah pengaruh yang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk

Elakkan tingkah laku ganas dan agresif pada setiap masa

Sekiranya anda rasa terancam, laporkan kes tersebut kepada Grab secepat mungkin

JANGAN melakukan segala bentuk aktiviti seksual atau dadah*,pesalah akan didakwa bawah undang-undang

*Kesalahan termasuk membuat komen atau teks lucah, gangguan seksual, hubungan fizikal yang tidak diingini,
pengekangan, pengambilan dos berlebihan, penganiayaan dan pemerkosaan. Kesemua kelakuan tersebut merupakan
kesalahan jenayah bawah undang-undang dan pelanggaran serius dasar keselamatan Grab.

Petua Standard

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kerjasama amat diperlukan agar setiap individu mematuhi petua standard demi kepentingan bersama dan imej baik sebagai satu komuniti. Amalkan tip berikut untuk menjadi pemandu hebat yang selalu membantu komuniti.

Pastikan anda selalu mematuhi kod pakaian yang disarankan (kasut, seluar panjang)

Pastikan Penilaian Pemandu dan Kadar Pembatalan anda selaras dengan polisi semasa

Pastikan kenderaan anda mempunyai petrol yang mencukupi dan kad Touch ’n Go mempunyai jumlah kredit yang mencukupi sebelum perjalanan anda

Sentiasa mengesahkan cara pembayaran penumpang anda sebelum mengenakan caj, dan JANGAN caj berlebihan

Ikuti laluan yang dicadangkan oleh GPS

Hubungi Grab sekiranya penumpang anda tertinggal harta benda mereka di dalam kenderaan anda

Etika dan Keadilan

Etika menentukan siapa dan bagaimana kita dinilaikan oleh penumpang dan orang lain. Grab meletakkan standard tinggi dan aktiviti penipuan tidak dibenarkan sama sekali, manakala perkara dan tingkah laku yang baik sangat dialu-alukan.

JANGAN menyelesaikan tempahan di aplikasi tanpa mengambil atau menurunkan penumpang anda

JANGAN menurunkan penumpang anda di lokasi yang berbeza dengan aplikasi

JANGAN memaksa penumpang anda membatalkan tempahan

JANGAN menempah perjalanan palsu dengan menggunakan aplikasi penumpang Grab untuk mengumpul mata ganjaran GrabRewards

JANGAN memasang perisian haram yang mengganggu pengagihan kerja

Amalkan
Kebersihan

Jaga kebersihan diri anda pada setiap masa. Pastikan anda memainkan peranan anda untuk menjaga kebersihan persekitaran anda demi pelanggan, keluarga dan diri sendiri.

Kerap membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman

Tutup mulut dengan kertas tisu ketika batuk dan bersin

Buang kertas tisu setelah digunakan (kemudian bersihkan tangan)

Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang belum dicuci

Kerapkan pengudaraan dan pembasmian kuman untuk kenderaan anda

Sila rujuk kepada panduan rasmi yang digariskan oleh KKM dan Grab mengenai cara menjaga kebersihan kenderaan anda dari semasa ke semasa

Elakkan memandu jika anda berasa tidak sihat

*Sebarang pelanggaran garis panduan akan disiasatidan akaun pemandu yang terlibat akan digantung sementara
atau disingkir selamanya dari platform jika perlu.