Anda wajib membawa lesen memandu dan lesen vokasional yang sah sepanjang masa beserta dengan permit lain yang diwajibkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Anda dan kenderaan anda juga harus dilindungi insurans yang sah seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. Sila berlaku jujur mengenai rekod jenayah anda. Anda juga bertanggungjawab untuk mengemaskini dan menghantar semula dokumen apabila tamat tempoh, dibatalkan atau diminta oleh Grab.
Contoh Kesalahan
Kelakukan berikut tidak akan diterima di platform kami: melakukan atau cuba melakukan serangan fizikal, gangguan seksual secara fizikal, lisan ataupun isyarat, serangan seksual, merogol, membunuh, menculik, mengugut atau mengancam keselamatan, dan perbuatan seksual antara pemandu dan pengguna, sama ada dengan persetujuan atau sebaliknya. Sila jangan bertanya soalan peribadi ataupun memberi sebarang komen mengenai penampilan pengguna. Anda dilarang sama sekali untuk menghubungi pengguna anda selepas penghantaran untuk tujuan peribadi. Jika berlaku pertikaian, anda diminta untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Contoh Kesalahan
Perlakuan berikut terhadap semua pengguna dan kakitangan Grab:
Lihat lebih
Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anda melakukan perbuatan jenayah seperti mencuri, merompak, memiliki barangan terlarang atau senjata, vandalisme atau merosakkan harta benda awam. Kami akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan mendakwa pesalah laku.
Contoh Kesalahan
Jangan langgar peraturan jalan raya atau memandu secara cuai dan membahayakan pengguna dan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya termasuklah: mematuhi had laju, mematuhi papan tanda dan lampu isyarat, menggunakan kit bebas-tangan semasa memandu, memastikan pengguna anda menggunakan tali pinggang keledar. Anda juga mesti sentiasa memakai tali pinggang / topi keledar. Elakkan dari memandu terlalu lama dan rehat jika perlu. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan bersama pengguna, anda diminta untuk membuat laporan polis.
Contoh Kesalahan
Dilarang mengambil dadah atau alkohol semasa anda berada di platform Grab. Bahan terlarang, bekas alkohol yang dibuka dan senjata tidak dibenarkan di dalam kenderaan anda. Sekiranya pelanggan atau orang ramai percaya bahawa anda mungkin berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, mereka berhak untuk menghentikan tempahan dengan segera dan memberitahu Grab atau pihak berkuasa. Jangan menerima atau menghantar barang / barang berbahaya, termasuk permintaan khas dari pengguna untuk barang dan / atau perkhidmatan yang bukan merupakan sebahagian daripada perkhidmatan Grab. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mengesyaki sifat kandungan bungkusan anda, sila beritahu Grab dan pihak berkuasa.
Contoh Kesalahan
Pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi piawaian keselamatan dan undang-undang setempat. Pastikan anda hanya menggunakan kenderaan yang berdaftar dengan Grab.
Contoh Kesalahan
Amalkan penjagaan kebersihan yang rapi sepanjang masa. Bersama-sama kita memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan, keluarga dan diri anda. Selalu rujuk kepada panduan rasmi terkini untuk piawaian kebersihan diri dan kenderaan.
Contoh Kesalahan
Patuhi semua protokol dan garis panduan keselamatan untuk memastikan penghantaran dilakukan dengan cara yang selamat dan berkesan. Rakan-penghantar hendaklah sentiasa menggunakan beg penghantaran Grab untuk menyimpan makanan atau barangan semasa membuat penghantaran GrabFood/GrabMart/GrabExpress kepada pelanggan.
Contoh Kesalahan
** Jika anda ingin membuat penukaran atau permintaan beg penghantaran Grab yang baru, sila rujuk di sini untuk maklumat yang selanjutnya
Anda WAJIB merahsiakan semua data peribadi (seperti nama, nombor telefon bimbit dan alamat) yang ada dalam simpanan. Pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi pengguna kami tanpa izin adalah dilarang sama sekali. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang privasi setempat jika anda memilih untuk menggunakan kamera peribadi dalam kenderaan.
Contoh kesalahan
Anda tidak boleh membatalkan perkhidmatan ataupun membuat sebarang komen yang menghina sesiapa sahaja berdasarkan bangsa, agama, kewarganegaraaan, kelainan upaya, orientasi seksual, jantina atau identiti jantina ataupun sebarang ciri.
Contoh Kesalahan
Selesaikan tempahan/pesanan yang telah anda terima dan jangan batalkan tanpa sebarang sebab munasabah atau memberikan tugasan tersebut kepada orang lain. Jangan letakkan harga sendiri atau meminta bayaran lebih atau mengambil jalan yang lebih jauh dari biasa. Hormati semua kod promo dan diskaun yang diberikan kepada pelanggan. Anda tidak dibenarkan membawa orang lain atau binatang peliharaan di dalam kenderaan anda semasa berada di platform Grab. Berikan masa yang munasabah kepada penumpang anda sekiranya anda perlu menunggu mereka.
Contoh Kesalahan
Sentiasa berpakaian sesuai dan sopan sepanjang masa. Gunakan baju penghantaran Grab jika ada. Sentiasa sopan semasa berbual dengan pengguna. Cuba memenuhi permintaan penumpang seperti menukar suhu penghawa dingin atau memperlahankan radio dan bantu mereka memasukkan beg jika perlu. Pastikan anda menjaga kebersihan kenderaan dan tidak merokok.
Contoh Kesalahan
Hubungi dan tunggu penumpang di lokasi pick-up dan turunkan mereka di lokasi drop-off yang tepat. Sahkan identiti penumpang sebelum memulakan perjalanan. Pastikan penumpang mempersetujui laluan yang anda gunakan. Hanya lengkapkan tempahan selepas penumpang turun dari kenderaan anda atau selepas pesanan dihantar. Jangan minta penumpang untuk membuat tempahan di luar aplikasi Grab. Jangan ubah apa-apa pada makanan atau bungkusan yang anda hantar dan pastikan ia diletakkan di dalam beg yang sepatutnya.
Contoh Kesalahan
Laporkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin. Selepas anda pastu semua yang terlibat telah selamat dan pihak berkuasa telah dimaklumkan, sila hubungi Grab untuk melaporkan kejadian tersebut. Anda akan didenda jika mengguna nombor talian kecemasan Grab bagi perkara yang tidak memerlukan pertolongan cemas.
Contoh Kesalahan
Jangan menipu atau mempermainkan dengan sebarang cara seperti berkongsi atau memiliki lebih dari satu akaun. Hanya gunakan aplikasi rasmi Grab yang dimuat turun dari Google Play/Apple Store. Jangan gunakan aplikasi atau peralatan yang boleh mengubah fungsi aplikasi Grab. Ini termasuklah aplikasi yang boleh memalsukan lokasi, telefon rooted/jalibreak atau xposed frameworks. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul semasa mencipta dan mengakses akaun anda, atau mempertikaikan bayaran atau tambang. Gukanan tawaran atau promosi dengan cara yang betul. Jika penumpang tertinggal barangan di dalam kenderaan anda, sila hubungi Grab dan pastikan anda memulangkan barangan tersebut kepada penumpang atau Grab. Jangan kenakan sebarang caj perkhidmatan yang tidak termasuk dalam perkhidmatan Grab.
Contoh Kesalahan
Lihat lebih
Sila beri kerjasama dan jangan mengasari, mengugut atau mengganggu kakitangan Grab di premis kami, dalam perbualan telefon atau di media sosial. Ini termasuklah mengambil gambar/video secara tidak sah, menghendap, atau meminta nombor telefon.
Contoh Kesalahan
Kekalkan Penilaian Pemandu dan Kadar Pembatalan anda mengikut piawaian yang diperlukan
Contoh Kesalahan
Kami menghargai maklumbalas dari penumpang dan rakan-pemandu. Kami akan terus menilai pencapaian pemandu dan memberikan respons yang sepatutnya. Anda mungkin perlu untuk menghadiri sesi latihan anjuran Grab untuk meningkatkan tahap perkhidmatan anda.
Contoh Kesalahan
Saluran ini adalah untuk melaporkan penipuan/salah laku yang dilakukan oleh kakitangan Grab sahaja. Untuk salah laku oleh pihak lain seperti rakan-pemandu Grab, pengguna, atau rakan-niaga, anda boleh laporkannya melalui program Grab FairPlay di sini. Untuk sebarang isu lain, sila laporkannya di Pusat Bantuan. Rujuk panduan ini untuk cara-cara menghantar laporan di Pusat Bantuan. Pastikan anda menggunakan saluran yang betul untuk melaporkan sebarang isu agar kami boleh membantu anda dengan secepat mungkin.
Sekiranya anda mengesyaki sebarang penipuan/salah laku oleh kakitangan Grab, laporkannya melalui saluran di bawah. Anda diingatkan bahawa saluran ini adalah untuk laporan penipuan/salah laku melibatkan kakitangan Grab sahaja.
E-mel: whistleblowing@grab.com
Saluran laporan atas talian: https://grab.ethicspoint.com/
Grab akan mematuhi prinsip berikut dalam menyiasat sebarang laporan/isu yang dilaporkan dengan niat yang baik:
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360
1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period.
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.