Ciri Slot Pilihan (Shift)

Apakah Shift?

Ciri Slot Pilihan (Shift) membenarkan rakan-penghantar motosikal memilih Slot atau Shift kawasan dan masa bagi menerima pesanan GrabFoodGrabMart atau GrabExpress.

Ciri ini juga menawarkan keutamaan untuk mendapatkan pesanan dalam kawasan dan masa dipilih, serta insentif (BARU)!

Berikut adalah maklumat Shift:

  1. Shift adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat!
  2. Satu Shift boleh berlangsung selama 2 hingga 3 jam

Penghantaran menggunakan Shift adalah tidak wajib. Rakan-penghantar masih boleh menerima pesanan seperti biasa tanpa ciri ini.

Rujuk berikut untuk melihat perbezaan melengkapkan pesanan dengan dan tanpa Shift:

Untuk melihat Shift yang ditawarkan, sila pastikan anda telah memuat turun versi terkini aplikasi pemandu Grab.

Manfaat & Insentif Shift

Manfaat Shift

Penggunaan Shift tidak memberi kesan kepada kadar tambang dan kadar insentif sedia ada.

Namun begitu, penggunaan ciri ini boleh memberikan manfaat-manfaat berikut:

[BARU!] Insentif Shift

Shift akan menawarkan insentif – di samping insentif atau bonus penghantaran yang sedia ada*!

Pastikan anda perhatikan jumlah yang tertera pada Shift yang ditawarkan kerana jumlah tersebut adalah indikasi jumlah insentif yang ditawarkan bagi Shift tersebut.

*Contoh insentif/bonus untuk perkhidmatan penghantaran yang sedia ada: Tambang Puncak, Bonus Prestasi, Bonus Mingguan, dll.

Insentif Shift yang ditawarkan mempunyai syarat masing-masing untuk mendapatkannya. Biasanya**, syarat-syarat tersebut adalah:

  1. Datang dan kekal online sepanjang Shift yang ditempah
  2. Kekalkan Kadar Pembatalan minima
  3. Lengkapkan pesanan semasa Shift yang ditempah

**Tertakluk kepada perubahan.

Berikut adalah contoh-contoh insentif shift:

Bonus per Pesanan/Trip: Bayaran ekstra untuk setiap pesanan yang dilengkapan semasa shift
Jaminan Pendapatan (Guaranteed Earning): Jika pendapatan rakan-penghantar kurang daripada jaminan, kami akan mencukupkannya!

Contoh insentif Jaminan Pendapatan adalah seperti berikut:

Paparan Dalam Aplikasi

Tempahan Shift

Rakan-penghantar yang layak boleh menempah Shift di bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda seperti di bawah:

*Imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sila abaikan jumlah yang tertera.

Shift boleh ditempah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum ianya bermula. Rakan-penghantar diingatkan untuk melakukan Shift setelah menempahnya.

Jika rakan-penghantar gagal datang online atau tidak berada dalam kawasan shift sepanjang tempoh Shift, rakan-penghantar boleh disekat dari ciri ini sehingga seminggu.

Batalkan Shift

Jika anda tidak dapat melakukan Shift atas sebab-sebab kecemasan, anda boleh batalkannya 10 minit sebelum ia bermula seperti di bawah:

*Imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Abaikan jumlah yang tertera.

Notifikasi

Anda akan menerima notifikasi peringatan seperti di bawah untuk Shift anda:

Kriteria untuk Menempah Shift

Semua rakan-penghantar di bandar terpilih boleh menempah Shift. Hanya masa anda boleh mula menempah Shift yang akan bergantung kepada peringkat anda. Rujuk berikut:

Untuk setiap rakan-penghantar, tempahan dihadkan kepada 12 Shift sahaja dalam satu masa. Rakan-penghantar yang sudah menempah jumlah maksimum hanya boleh menempah Shift baru selepas melengkapkan Shift anda yang sedia ada.

Peringatan:

  • Rakan-penghantar akan dikira sebagai ‘gagal melengkapkan Shift’ jika anda tidak online sepanjang Shift yang ditempah dan/atau berada di luar kawasan Shift yang dipilih.
  • Jika anda tidak dapat melakukan Shift anda di atas sebab kecemasan/faktor cuaca (contoh: hujan lebat), anda boleh “offline” dan tidak meneruskan Shift tersebut. Kami ingin memastikan rakan-penghantar memandu dengan selamat.
  • Tindakan hanya akan diambil sekiranya kami mendapati rakan-penghantar sengaja tidak meneruskan Shift yang dipilih atau terdapat sebarang tingkah laku yang mencurigakan.

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah Ciri Slot Pilihan berfungsi?
Ciri ini membolehkan rakan-penghantar yang layak untuk memilih slot atau shift kawasan dan masa untuk menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress.

Shift adalah terhad. Untuk tempah shift, kunjungi bahagian Perancang Tempahan (Booking Planner) dalam aplikasi pemandu Grab anda.

2. Adakah ciri ini dibuka untuk semua rakan-penghantar?
Ciri ini akan dibuka kepada semua rakan-penghantar motosikal di Malaysia.

3. Apakah jenis pesanan yang boleh saya terima menggunakan ciri ini?
Jika anda layak untuk tempah shift, anda boleh menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress semasa shift anda.

4. Bolehkah saya memilih jenis pesanan yang saya ingin terima semasa Shift saya?
Anda tidak boleh memilih jenis pesanan yang anda terima semasa Shift anda.

5. Adakah saya akan menerima pesanan semasa Shift saya di mana saya perlu menghantar di luar kawasan yang saya pilih?
Tidak, dengan ciri ini, anda hanya akan menerima pesanan dan menghantarnya di dalam kawasan Shift anda.

6. Berapa lamakah satu Shift berlangsung?
Satu Shift boleh berlangsung selama 2 hingga 3 jam. Rakan-penghantar perlu datang online dan melengkapkan pesanan yang diterima sepanjang Shift berlangsung untuk mendapatkan bayaran insentif (jika ada), atau untuk elak daripada disekat dari ciri ini.

1. Apakah kelebihan menempah Shift?
Manfaat menempah Shift adalah seperti berikut:

  • Keutamaan untuk menerima pesanan semasa Shift yang dipilih
  • Shift adalah lazimnya pada waktu puncak yang mempunyai permintaan tinggi
  • Terima dan hantar pesanan dalam kawasan yang dipilih sahaja
  • Sesetengah Shift menawarkan insentif atau bonus ekstra

2. Adakah insentif ditawarkan untuk pesanan yang dilengkapkan semasa Shift?
Sesetengah slot menawarkan insentif dan/atau bonus ekstra. Perhatikan jumlah yang tertera pada tawaran slot untuk ketahui jumlah dan jenis insentif atau bonus.

1. Bilakah saya boleh menempah Shift?
Masa boleh mula menempah Shift bergantung kepada peringkat anda:

  • Peringkat Ultimate & Platinum:
    • Shift Isnin – Khamis: Boleh mula ditempah pada 4PM, hari Jumaat minggu sebelumnya
    • Shift Jumaat – Ahad: Boleh mula ditempah pada jam 4PM, hari Rabu minggu yang sama
  • Peringkat Gold & Member
    • Shift Isnin – Khamis: Boleh mula ditempah pada 4PM, hari Ahad minggu sebelumnya
    • Shift Jumaat – Ahad: Boleh mula ditempah pada jam 4PM, hari Isnin minggu yang sama

Anda boleh tempah Shift sekurang-kurangnya 5 minit sebelum Shift bermula.

2. Apakah had untuk jumlah Shift yang boleh saya tempah?
Untuk setiap rakan-penghantar, tempahan dihadkan kepada 12 Shift sahaja dalam satu masa. Rakan-penghantar yang sudah menempah jumlah maksimum ini hanya boleh menempah Shift baru selepas anda melengkapkan Shift anda yang sedia ada.

3. Bagaimanakah cara untuk melihat Shift yang telah saya tempah?
Anda boleh lihat Shift yang telah anda tempah di bahagian ‘My Booking’ atau ‘Tempahan Saya’.

4. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum Shift saya bermula?
Ya, anda akan menerima notifikasi peringatan 30 minit sebelum Shift anda bermula. Pastikan anda pergi ke kawasan Shift anda untuk mula menerima pesanan.

Jika anda sudah tempah Shift tetapi anda tidak berada dalam atau berada terlalu jauh daripada kawasan Shift, anda tidak akan menerima sebarang notifikasi.

1. Bolehkah saya membatalkan Shift yang saya tempah?
Jika berhadapan dengan kecemasan, anda boleh batalkan Shift yang anda tempah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Shift tersebut bermula. Jika perlu, anda dinasihatkan untuk membatalkan Shift dengan segera untuk memberi peluang kepada rakan-penghantar lain menempahnya.

2. Bolehkah saya keluar daripada kawasan Shift sebelum ia berakhir?
Jika anda keluar atau berada jauh daripada kawasan Shift yang anda tempah, anda tidak akan menerima sebarang pesanan. Sila lakukan Shift pada masa dan di kawasan yang dipilih.

3. Apakah yang akan berlaku jika saya terlepas/lambat untuk Shift saya?
Jika anda terlepas Shift anda, anda boleh disekat daripada menempah Shift pada masa akan datang.

Jika anda lambat, anda masih lagi boleh melakukan Shift anda. Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk melakukannya pada masa yang sepatutnya untuk mengelakkan daripada disekat dan mendapatkan insentif yang ditawarkan (jika ada).