Press Centre

Others

PKP 2021 #2: Grab Mengurangkan Komisen Untuk PKS dan Menggalakkan Rakyat Malaysia Untuk Menyokong ‘Local Heroes’

Oleh: Sean Goh, Pengurus Urusan Grab Malaysia

Dalam sepuluh bulan terakhir, perniagaan pelbagai bentuk dan saiz telah menghadapi pelbagai cabaran tersendiri akibat wabak COVID-19. Sementara  kita mengalami fasa pergerakan terhad terkini, menyokong komuniti peniaga kami adalah menjadi keutamaan kami.

Sebagai syarikat tempatan, kami tetap komited untuk melindungi pendapatan ekosistem rakan kongsi kami – rakan-pemandu, rakan-penghantar, rakan-peniaga dan masyarakat. Dengan SOP baharu untuk perniagaan dan restoran, kami telah memulakan inisiatif berikut bagi membantu rakan peniaga di platform Grab untuk berkembang terutama dengan kehilangan pelanggan yang mengunjungi kedai mereka, sambil memastikan masyarakat masih boleh memperolehi  keperluan harian mereka dengan selamat, mudah dan berpatutan.

Menyokong Rakan Niaga Kami

    • Pengurangan kepada Siling Komisen ke 25%
      Sejak PKP tahun lalu, kami telah mengurangkan komisen maksimum yang dikenakan kepada rakan-peniaga Grab.  Seiring dengan penambahbaikan platform Grab, kami ingin terus menyokong rakan peniaga untuk berkembang. Oleh itu, Grab akan mengurangkan lagi had komisen sebanyak 5% untuk semua rakan peniaga Food dan Mart di seluruh negara, mulai 13 Januari hingga 10 Februari 2021.
    • Tanpa caj komisen untuk pesanan pengambilan sendiri
      Untuk terus menyokong rakan restoran kami, mulai 13 Januari hingga 10 Februari 2021, Grab akan menanggung semua kos untuk pesanan pengambilan sendiri yang dibuat melalui Aplikasi Grab dan menawarkan tanpa caj komisen buat sementara waktu jika pelanggan memilih untuk mengambil pesanan makanan mereka sendiri. Pesanan ambil sendiri akan membolehkan pra-pesanan tanpa sentuhan dan pengambilan tanpa tunai untuk membantu operasi kedai yang lebih selamat.
    • Sokong ‘Local Heroes’ anda
      Kami amat teruja untuk membawa kembali kempen ‘Local Heroes’, untuk meningkatkan kesedaran dan kehadiran  mereka melalui  pelbagai saluran pemasaran dan digital. Tahun lalu, peniaga yang mengambil bahagian dalam ‘Grab ❤ Local Heroes’ yang hampir sama menyaksikan peningkatan penjualan sehingga 43%, oleh itu, kami yakin ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang perniagaan mereka pada kali ini.

Selain itu, dengan platform GrabMerchant yang diperbaharui, rakan peniaga juga akan mempunyai lebih autonomi untuk menguruskan kedai dalam talian mereka terutama jika kehabisan stok atau tidak dapat memenuhi pesanan. Di samping itu, rakan peniaga  kami juga dapat memanfaatkan saluran media sosial untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan pautan dalam unik (link) yang dihasilkan sendiri melalui platform GrabMerchant.

Sehubungan dengan ini, lebih ramai pelanggan akan bergantung pada perkhidmatan penghantaran,oleh itu kami mempunyai pelbagai usaha untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan berpatutan untuk keperluan harian mereka, sambil menolong mereka untuk berjimat dalam perbelanjaan.

Keperluan Harian Yang Berpatutan

    • Kos penghantaran serendah 50 sen
      Selari dengan usaha kami untuk menyokong peniaga kecil bebas dan peniaga PKS, kami telah mengurangkan kos penghantaran untuk peniaga Food dan Mart yang terpilih dan berdekatan  serendah 50 sen. Mereka amat  memerlukan sokongan kami pada saat ini, dan sebagai rakyat Malaysia, kita berharap ianya tidak akan terhenti.
    • Makanan Food Court Kegemaran ‘Mix & Match’, Kos Penghantaran sekali
      Usaha kami pada tahun lalu bagi mendigitalkan perniagaan tradisional kecil, kini menyaksikan lebih dari 100 medan selera dengan hampir 1000 gerai penjaja di platform Grab. Oleh itu, pelanggan boleh terus menikmati nasi lemak, char kuey teow, kopi ais dan makanan lain dari pelbagai gerai makanan yang berbeza dengan ‘Mix & Match’ dan hanya satu pembayaran penghantaran.
    • Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk Sajian Kegemaran ‘Signature’
      Bermula dari sekarang hingga 22 Januari 2021, pelanggan akan dapat menggunakan kod promo FREEDEL untuk menikmati pelbagai masakan dari restoran ‘Signature’ kegemaran mereka, dengan penghantaran percuma tanpa had.
    • Pulangan Mata Ganjaran PKP eksklusif untuk GrabRewards
      Untuk lebih banyak penjimatan, bermula dari 15 Januari hingga 17 Januari, GrabRewards akan menawarkan pulangan mata ganjaran sebanyak 40% untuk sebarang baucar Food, Mart atau Express.

Kami mengalakkanpelanggan untuk mengatur pesanan mereka atau memesan makanan dan keperluan penting lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan, dan selalu menggunakan penghantaran tanpa sentuh dan tanpa tunai ketika kita duduk di rumah dan tetap selamat untuk membendung dan memutuskan penularan COVID-19.

=TAMAT=

Visit our country press centres

Media Inquiries

Contact the Grab media team

Follow us on Grab social channels

  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Twitter
Others

Malaysians saved over RM27 Million on GrabFood!

GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery

Tech & Product

Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding

Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region

Tech & Product

GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM

In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers