Press Centre

Consumers & Drivers

Regulation Matters: Many shades of grey behind the e-hailing regulations

(Attributed to Grab Malaysia)

Recently, there have been significant amount of incidences surrounding e-hailing services specifically in Penang International Airport and Kuala Lumpur International Airport. This has not only affected our hardworking drivers who are trying to earn an honest income, but also the millions who move in and out of the airports, including tourists.

On behalf of our drivers and us at Grab, we express our deep concern at how the laws have been deliberately misinterpreted and misquoted. The insinuation that our government, be it the previous or current, has not done its due diligence to uphold the needs of the rakyat is also misleading and has emboldened certain parties to come out and dictate what they think the law should be, rather than what it is.

In case there are still doubts, the e-hailing industry has been placed under a formal regulatory framework when, amendments to the Land Public Transport (LPT) Act 2010 and Commercial Vehicles Licensing Board (CVLB) Act 1987, were passed by Parliament on the 15 August 2017. Following that, in July 2018, Minister of Transport, YB Anthony Loke also announced that all e-hailing companies are strictly required to register with the Land Public Transport Commission (SPAD) and comply to a set of regulations. The e-hailing industry has been given a 1 year moratorium to comply. Hence, to say that e-hailing is “illegal” is a deliberate attempt at misleading the public at large which essentially also undermines the legislative powers of Parliament.

With legislation in place, we have taken steps to ensure that stronger quality measures are in place for our driver-partners and that the guidelines that have been formally set are adhered to. In regards to the the two incidents that took place recently, first our driver-partners summoned by JPJ for allegedly soliciting passengers at the Penang International Airport and secondly a call from a small taxi group to close e-hailing bays surrounding the KLIA airport; we are compelled to present our views.

Firstly, we are confident that our driver-partners in Penang have not gone out of the way to disregard the set guidelines nor tout for passengers at the Penang International Airport. If anyone has done so, it would not have involved the Grab platform as the essence of e-hailing is booking via the app and not within the halls of the airports. Secondly, the designated waiting areas at Kuala Lumpur International Airport and KLIA2 were provided to e-hailing drivers by Ministry of Transport and Malaysia Airport Holdings Berhad themselves, following a meeting that took place in 2017 after the passing of e-hailing regulations by Parliament. We are hopeful that the relevant authorities will lead the way by acting in accordance with the rule of law and not allow itself to be dictated and bullied by the loudest, most unreasonable voices.

As we strive towards a mutually beneficial and more efficient public transportation landscape, we believe that there are potential areas of improvement regarding requirements as well as processes relating to the e-hailing industry. Like many other e-hailing companies, we agreed and are ready to comply with the progressive direction of our authorities. However, our greatest concern is the level of readiness of the relevant agencies in executing the law that has been passed by facilitating the way towards full compliance.

We have always sought to engage the relevant agencies, namely JPJ and newly formed APAD, and hope that this is reciprocated by them so that the path to full compliance can be achieved by both the government and industry alike based on the learnings and knowledge that we have garnered over the years in Malaysia and from the different jurisdictions.

Ensuring a smooth transition towards a regulated industry is critical, given that even six months into the moratorium period, there remains many grey areas that have led to open and unwarranted speculation and knee-jerk reactions that affect the commuting public. For instance, e-hailing drivers have been questioned about their licensing status when steps for actual licensing have not yet been put in place. We are also seeing enforcement action being undertaken against e-hailing drivers for picking up passengers via the app despite the moratorium period in place.

As the nation moves towards improving the transport landscape through the use of technology, it is disheartening to see regulations already in place being openly disregarded. In the spirit of the New Malaysia, we therefore call upon the authorities to make a stand in providing clearer and executable guidelines in facilitating the roll out of the e-hailing regulations and not be distracted by calls made prematurely by irresponsible parties to enforce misrepresented regulations during an agreed moratorium period.  

– END –

Kekaburan peraturan e-hailing

Baru-baru ini, terdapat beberapa insiden yang melibatkan perkhidmatan e-hailing telah berlaku, terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hal ini bukan sahaja telah menjejaskan ramai rakan-pemandu Grab telus yang mencari rezeki, tetapi juga jutaan pengguna lapangan terbang termasuklah pelancong asing.

Bagi pihak semua rakan-pemandu dan juga warga Grab, kami ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap penyalahtaksiran peraturan secara sengaja oleh sesetengah pihak. Dakwaan bahawa pihak kerajaan, dahulu atau sekarang, tidak membuat penilaian dalam mengutamakan keperluan rakyat adalah tidak benar. Hal ini juga telah mendorong sesetengah pihak untuk memanipulasi dan menentukan peraturan secara sesuka hati.

Sekiranya masih terdapat lagi sebarang keraguan, industri e-hailing kini telah diletakkan di bawah rangka pengawalseliaan rasmi apabila Parlimen telah membuat perubahan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2010 dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial (CVLB) 1987 pada 15 Ogos 2017. Susulan itu, pada Julai 2018, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke juga telah mengumumkan bahawa semua syarikat e-hailing perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Industri e-hailing diberikan tempoh ‘morautorium’ selama 1 tahun untuk bersedia. Justeru itu, dakwaan bahawa syarikat e-hailing adalah “tidak sah” merupakan satu percubaan yang sengaja untuk mengelirukan orang awam dan juga memperkecilkankuasa legislatif Parlimen.

Dengan adanya legislatif ini, pihak Grab telah mengambil beberapa langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan kualiti yang lebih baik dapat dikekalkan dan garis panduan yang telah ditetapkan adalah dipatuhi. Selain itu, pihak kami juga ingin memberi keterangan tentang dua insiden yang telah berlaku baru-baru ini iaitu saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada rakan-pemandu yang dituduh mencari penumpang di luar aplikasi di Lapangan Terbang Pulau Pinang dan juga tuntutan kumpulan teksi untuk menghapuskan tempat menunggu bagi e-hailing di KLIA.

Pertama sekali, kami yakin bahawa rakan-pemandu kami di Pulau Pinang tidak sama sekali akan mengabaikan garis panduan atau pun menerima tempahan di luar aplikasi dengan sengaja di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jika terdapat individu yang berbuat sedemikian, kami percaya hal ini tidak menglibatkan platform Grab kerana secara terasnya, tempahan perkhidmatan e-hailing dibuat melalui aplikasi, bukannya di pintu lapangan terbang. Di samping itu, tempat menunggu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan kila2 telah disediakan kepada rakan-pemandu e-hailing oleh Menteri Pengangkutan dan pihak Malaysia Airport Holdings Berhad sendiri, susulan mesyuarat pada 2017 setelah peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen. Kami berharap pihak berkuasa yang berkaitan akan tampil ke hadapan untuk bertindak dalam skop undang-undang yang betul dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh suara-suara pihak yang tidak bertangungjawab.

Dalam usaha kami untuk memberikan landskap pengangkutan awam yang saling menguntungkan kepada semua pihak, kami percaya bahawa banyak penambahbaikan boleh dibuat dalam aspek syarat dan proses industri e-hailing. Seperti syarikat e-hailing yang lain, kami bersetuju dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa ke arah yang lebih progresif. Namun begitu, pihak kami bimbang tentang tahap kesediaan agensi-agensi yang berkaitan dalam melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan dalam usaha menggalakkan pematuhan peraturan yang utuh.

Pihak Grab sentiasa berusaha untuk bertemu dengan agensi yang berkaitan seperti JPJ dan APAD, dengan harapan bahawa kedua-dua agensi ini akan bekerjasama. Hal ini adalah untuk memastikan agar pematuhan peraturan yang utuh dapat dicapai oleh pihak kerajaan dan industri dengan menggunakan bidang kuasa yang lain dan kepakaran yang telah kami perolehi dalam tempoh beroperasi di Malaysia.

Memastikan perubahan yang lancar ke arah industri yang dikawalselia adalah mustahak kerana walapun tempoh masa moratorium selama 6 bulan telah berlalu, masih terdapat banyak lagi aspek yang tidak jelas. Hal ini telah menyebabkan banyak spekulasi dan reaksi tidak berasas yang telah membimbang orang awam yang menggunakan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, rakan-pemandu e-hailing telah diuatarakan soalan mengenai status lesen mereka apabila langkah-langkah untuk mendapatkan lesen belum lagi ditetapkan. Kami juga telah mendapati tindakan penguatkuasaan sudah pun diambil walaupun tempoh moratorium perkhidmatan masih lagi sah.

Dalam usaha negara untuk menambahbaik lagi landskap pengangkutan dengan penggunaan teknologi, pengabaian peraturan yang sudah ditetapkan secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Dengan semangat Malaysia Baharu, Grab ingin menyeru pihak berkuasa untuk tampil memberi garis panduan yang lebih jelas dan praktikal bagi memudahkan peraturan-peraturan e-hailing. Selain itu, perkara ini juga akan memastikan pihak berkuasa tidak terganggu dengan tuntutan yang tidak berasas untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan yang telah disalahtafsir semasa tempoh moratorium yang dipersetujui.

– TAMAT-

Visit our country press centres

Media Inquiries

Contact the Grab media team

Follow us on Grab social channels

  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Twitter
Others

Malaysians saved over RM27 Million on GrabFood!

GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery

Tech & Product

Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding

Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region

Tech & Product

GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM

In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers