Sebagai Rakan-Pemandu Grab, salah satu soalan yang kerap timbul adalah tentang masa yang terbaik untuk menjana lebih pendapatan. Bersama Danny X-Factor kami telah mengumpulkan beberapa petua teratas untuk membantu anda. Ikuti kami untuk ketahui tips Pendapatan Hebat Dengan Grab #PHDGrab.
Belum daftar? Klik dibawah untuk daftar sebagai Rakan-Pemandu Grab.
Saksikan Episod 1 Pendapatan Hebat Dengan Grab (PHD Grab) untuk mengetahui cara-cara memilih waktu yang terbaik untuk memandu, serta beberapa strategi untuk memaksimumkan pendapatan anda.
Destinasiku, duitku!
Saksikan Episod 2 Pendapatan Hebat Dengan Grab (PHD Grab) untuk mengetahui cara-cara memanfaatkan sepenuhnya pemanduan pulang anda dengan ‘My Destination’.
Di mana ada demand, di situ ada jalan!
Saksikan Episod 3 Pendapatan Hebat Dengan Grab (PHD Grab) untuk mengetahui bagaimana ‘Demand Heat Map’ boleh membantu anda cari penumpang, walaupun di luar waktu puncak seperti waktu malam.
Banyak rujukan, banyaklah pendapatan!
Saksikan Episod 4 Pendapatan Hebat Dengan Grab (PHD Grab) untuk mengetahui bagaimana anda boleh dapat sampai RM250 bagi setiap rujukan.
Lima bintang, banyak wang!
Saksikan Episod 5 Pendapatan Hebat Dengan Grab (PHD Grab) untuk mengetahui bagaimana semua itu boleh bantu anda dapatkan lebih banyak tips, malah rating 5 Bintang.
Nantikan lebih banyak petua yang akan datang!
Tanpa Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar, tiadalah Grab. Sebab itulah kami komited untuk menyediakan segala yang diperlukan agar mereka dapat #JalanDenganYakin, ketika bekerja dan malah lebih lagi. Tak percaya? Ikuti kami untuk ketahui Fakta atau Auta tentang menjadi Rakan-Pemandu atau Rakan-Penghantar Grab.
Daftar sebagai Rakan-Pemandu atau Rakan-Penghantar Grab di sini.
Grab mahu memperkasakan masyarakat dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dengan menyediakan peluang yang sama rata untuk menjana pendapatan. #TechUntukSemua
Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar kami terdiri daripada pelbagai peringkat rakyat Malaysia dengan latar yang berbeza, dengan keperluan, keadaan dan dorongan yang berlainan seperti ibu tunggal, OKU, dan mereka yang menjadikan Grab sebagai sumber pendapatan utama ataupun sambilan.
Kesihatan dan keselamatan
Cara kami menyokong Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar semasa penularan COVID-19:
Penumpang dengan status MySejahtera: Risiko Rendah atau Kontak Kasual saja dibenarkan.
Pelbagai diskaun untuk keperluan kesihatan dan keselamatan di GrabBenefits.
RM200 untuk Rakan yang dijangkiti COVID-19 semasa bekerja.
Melindungi sumber pendapatan dan kebajikan dengan GrabBenefits
Kami mengutamakan kesejahteraan Rakan kami agar mereka dapat menjana pendapatan dengan yakin. Mereka menikmati perlindungan kemalangan, keselamatan sosial, bantuan kos operasi, malah kemajuan diri.
Perlindungan
Perlindungan kemalangan peribadi percuma untuk Rakan.
Perlindungan premium untuk ahli-ahli keluarga mereka.
Caruman yang mudah ke KWSP (tambahan 10% daripada Grab bagi mereka yang layak).
Caruman yang mudah ke SOCSO.
Penjimatan
Diskaun untuk petrol.
Diskaun untuk keperluan harian.
Diskaun untuk membaiki kereta, dan banyak lagi.
Shop Now, Pay Later turut tersedia untuk lebih fleksibiliti.
Tiada kos untuk untuk lesen e-hailing, subsidi daripada Grab.
Akademi
Latihan celik digital percuma (Microsoft).
Latihan pengurusan kewangan percuma (Standard Chartered) dan banyak lagi.
Program pendidikan tinggi dan kursus peningkatan kemahiran bersama DRB-HICOM University.