Click here for the English version
Sistem National Urgent Response (NUR) Alert adalah satu inisiatif kebangsaan yang menyebarluaskan maklumat berkaitan dengan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dengan secepat mungkin. Mulai 1 Mac 2019, kami sedang bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu usaha masyarakat melindungi keselamatan kanak-kanak. Tekan sini untuk membaca lebih mengenainya.
Menerusi kerjasama ini, kami akan menyebarkan NUR Alert untuk membantu pencarian kanak-kanak yang hilang. Sementara pihak berkuasa sedang melakukan yang terbaik untuk mencari kanak-kanak ini, kami akan bekerjasama dengan anda untuk memainkan peranan kami sebagai warganegara yang prihatin dengan menjadi mata dan telinga di jalan raya. Untuk maklumat lanjut tentang NUR Alert yang terkini, sila rujuk di bawah:
Kanak-Kanak Hilang Terkini
Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang
Sekiranya anda mempunyai maklumat tentang kanak-kanak hilang yang lain, anda boleh melaporkan online kepada pihak berkuasa.
Langkah 1
Layari Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang dan carikan bahagian “Kanak-Kanak Hilang Terkini”. Tekan pada butang ke kiri atau ke kanan semasa anda ada pada laman tersebut untuk memilih kanak-kanak hilang yang anda mungkin mempunyai maklumat tentang untuk melapor online.
Langkah 2
Layari laman web NUR Alert dan carikan bahagian “Kanak-Kanak Hilang Terkini”. Tekan pada butang ke kiri atau ke kanan semasa anda ada pada laman tersebut untuk memilih kanak-kanak hilang yang anda mungkin mempunyai maklumat tentang.
Langkah 2
Tekan pada kotak di bawah gambar, di sebelah “Saya mempunyai maklumat tentang orang hilang” dan masukkan maklumat yang berkaitan.
Langkah 3
Apabila anda telah mengisi maklumat yang berkaitan, tekan butang “Hantar” seperti yang ditunjuk di bawah untuk menghantar maklumat kepada PDRM.