Kod Tatalaku adalah garis panduan & piawaian bahawasanya GrabTaxi Holdings Pte Ltd dan anak syarikatnya mewajibkan rakan-niaga untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan sebagai sebahagian dari komuniti Grab. Patuhi kod tatalaku untuk memastikan pengguna dan sistem dilindungi serta memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan.
Kekal Selamat Dan Patuhi Undang-Undang
Hormati Pengguna Grab
Jadilah Warga Grab Yang Berhemah
Kekal Selamat Dan Patuhi Undang-Undang
Patuh dengan Undang Undang & Peraturan
Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mewajibkan anda untuk patuh kepada semua undang-undang termaktub, arahan dan perintah, termasuk dan tidak terhad kepada undang-undang terhadap makanan, tenaga kerja, keselamatan dan persekitaran.
Sebagai rakan-niaga, anda diwajibkan mempunyai lesen perniagaan yang sah untuk beroperasi serta mana-mana permit yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan. Anda wajib mengemaskini dan/atau menghantar dokumen terkini apabila dokumen pendaftaran tamat tempoh atau dibatalkan. Grab mempunyai hak untuk meminta informasi terkini bila perlu dan mengambil tindakan yang berpatutan apabila pihak anda gagal mengemukakan info berkaitan.
Aktiviti jenayah, termasuk dan tidak terhad kepada penjualan barangan haram, terlarang atau terkawal, penipuan, serangan, gangguan atau apa-apa penyalahgunaan, tidak dibenarkan. Kami akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang jika dipanggil untuk menyiasat perkara yang berkaitan.
Pelanggaran Kod
Sebagai aplikasi sehari-hari yang memenuhi keperluan harian pengguna kami, kami akan sentiasa memastikan keselamatan pelanggan dan rakan-niaga kami dalam bagi setiap aspek adalah keutamaan kami.
Grab memandang serius isu pelanggaran Kod. Grab mempunyai tahap yang berkaitan dengan masalah kualiti untuk mengekalkan standard tinggi platform kami. Gagal memenuhi tahap ini boleh menyebabkan penangguhan atau penamatan akses pengguna ke platform Grab. Grab boleh, tetapi tidak wajib untuk, memberitahu anda sebelum menghentikan penggunaan aplikasi dan perkhidmatan Grab.
Kami mendorong Rakan-niaga untuk segera memberitahu Grab tentang pelanggaran undang-undang dan peraturan yang boleh mempengaruhi kemampuan mereka untuk memberikan perkhidmatan.
Sekiranya anda mengesyaki aktiviti penipuan yang melibatkan rakan-niaga lain atau rakan-pemandu, pelanggan atau rakan-korporat, anda boleh menghantar maklumat ini melalui FairPlay Rewards Program kami.
Hormati Pengguna Grab
Mengamalkan Integriti & Kebaikans
Kepercayaan adalah asas perkongsian. Kejujuran dan kebaikan membantu meningkatkan tahap kepercayaan rakan kongsi dan pelanggan. Oleh itu, layanan baik antara satu sama lain adalah digalakkan. Rakan niaga tidak harus mengeksploit kelemahan pihak yang lain dalam hubungan ini. Kami menyeru rakan-niaga untuk melayan rakan niaga yang lain, rakan-pemandu, pelanggan dan pekerja Grab dengan hormat dan maruah.
Kami juga meminta rakan-niaga untuk sentiasa berniat baik, sentiasa jujur dan tidak melakukan penipuan terhadap Grab atau pelanggannya dalam apa-apa cara. Sebagai contoh, mengambil tunai daripada pesanan tanpa tunai atau berkongsi atau mempunyai lebih dari satu akaun. Selain itu, elakkan juga dari bersekongkol dengan pengguna atau rakan-penghantar untuk membuat pesanan palsu, transaksi dan aktiviti untuk meraih keuntungan yang tidak adil.
Grab meminta rakan-niaga untuk hanya menggunakan aplikasi Grab yang rasmi dimuat turun dari Google Play atau Apple Store. Kami juga meminta anda supaya tidak menggunakan apa-apa aplikasi yang berpotensi untuk menjejas pengalaman pelanggan Grab. Ini termasuk peranti di ‘root’ atau ‘jailbreak’ yang mendedahkan info. Kami menggalakkan anda untuk membekalkan informasi yang benar ketika mendaftar & mengakses akaun anda.
Rakan-niaga juga amat digalakkan untuk tidak mendesak pelanggan untuk mengubah atau membatalkan pesanan. Rakan-niaga yang menghubungi rakan-penghantar atau pengguna selain melalui aplikasi Grab tanpa alasan yang kukuh adalah dilarang dan dikira sebagai gangguan & melanggar privasi peribadi. Dalam masa yang sama, rakan-niaga diminta untuk tidak meminta & mendesak pelanggan untuk membuat pesanan luar dari aplikasi Grab.
Kurangkan Kadar Pembatalan Anda
Rakan-niaga boleh menyimpan maklumat kedai dan restoran, seperti waktu kerja, harga, foto dan lokasi, yang dikemas kini melalui aplikasi Grab. Kami sangat mengesyorkan agar anda menggunakan foto yang sesuai dan sebenar untuk produk yang anda jual, berbanding dengan menggunakan foto ‘watermarked’, foto yang bukan milik anda, atau tiada foto sama sekali.
Anda digalakkan untuk menanda barangan kepada Kehabisan Stok untuk mengelakkan pembatalan. Jika barangan yang dipesan oleh pelanggan telah habis, anda juga boleh mencadangkan barangan lain sebagai gantian.
Menyelaraskan waktu operasi anda juga dapat membantu menurunkan kadar pembatalan anda. Anda boleh memberhentikan kedai seketika melalui aplikasi Rakan-Niaga sekiranya berlaku kecemasan atau jika anda tutup untuk cuti. Rakan-niaga juga dapat mengubah status anda menjadi “temp pause” jika anda menerima pesanan melebihi had yang dapat anda kendalikan. Sila tandakan item tidak tersedia sekiranya kehabisan bahan.
Jadilah Warga Grab Yang Berhemah
Mengekalkan Cara Kerja Yang Selamat & Bersih
Para pelanggan kami mengjangkakan makanan yang mereka nikmati atau produk yang dipesan adalah selamat dan sesuai untuk dimakan. Majoriti isu berkaitan keselamatan yang disebabkan oleh rakan-niaga meliputi kekurangan kualiti makanan, pencemaran, makanan yang tidak dimasak atau pelanggan menjumpai bendasing di dalam pesanan mereka. Penyakit bawaan makanan atau kecederaan amatlah tidak menyenangkan dan, paling teruk, dapat mengakibatkan maut. Kerosakan makanan adalah kecuaian, menelan kos untuk perniagaan anda dan memberi impak yang negatif buat para pelanggan.
Rakan-niaga bertanggungjawab untuk memastikan anda dan pekerja mengamalkan keselamatan & kebersihan. Amalan keselamatan adalah penting, misalnya membasuh tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun, pembasmian permukaan yang digunakan setiap hari dan penggunaan alat pelindung (contoh: topeng muka, sarung tangan, apron & jaring rambut). Kami juga mengesyor anda untuk mengendalikan latihan keselamatan secara berkala, memeriksa standard makanan dan mengasingkan produk apabila menyimpan, menyediakan atau menghidangkan.
Grab juga meminta anda untuk memberi lebih perhatian kepada permintaan dari pelanggan untuk item makanan untuk melindungi pelanggan yang menghidapi alergik dan mendapat alahan jika makanan dinikmati. Contohnya, garis panduan yang menyatakan seperti “tiada makanan laut”, “sensitif kepada telur”, “alergi kepada kekacang”.
Kami juga akan mengadakan pemeriksaan keselamatan & kesihatan di tempat kerja anda untuk memastikan platform yang selamat untuk pengguna. Tambahan, Grab juga berhak mengenakan penalti jika makanan yang disediakan tidak menepati piawaian keselamatan makanan.
Jaminan Kualiti
Pelanggan akan terus kembali kepada rakan-niaga yang konsisten memberikan pengalaman yang sangat baik dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Rakan-niaga boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menjadi rakan niaga yang dipercayai, responsif dan bersikap empati terhadap pelanggan. Praktis yang baik merangkumi kemudahan, penampilan kakitangan dan peralatan, memberikan perkhidmatan yang pantas, membantu dan mendengar keperluan pelanggan. Sebagai contoh, hormati tempahan yang telah anda terima dan bertindak balas maklum balas pelanggan yang kritikal.
Rakan-niaga boleh memastikan kualiti produk dengan menyediakan makanan yang enak dan menarik dengan saiz hidangan yang tepat. Kami mengesyorkan agar harga dan kualiti makanan yang disediakan melalui aplikasi Grab selaras dengan makanan di restoran. Kami mendorong Rakan-niaga untuk menggunakan bahan-bahan segar dan menyediakan barang makanan tepat pada waktunya untuk diambil oleh rakan-penghantar.
Kami mengesyorkan agar Rakan-niaga dapat memastikan bahawa tiada produk yang hilang atau tidak tepat dengan melakukan pemeriksaan terakhir terhadap pesanan sebelum dibungkus. Jangan sentuh makanan atau item penghantaran serta pesanan bungkusan, terutama yang mengandungi produk mentah atau beku – di dalam beg penghantaran. Tutup beg dan produk untuk mengelakkan pencemaran dan tumpahan. Kami mengesyorkan agar anda melampirkan resit bersama pesanan untuk tujuan pengesahan. Grab berhak menjatuhkan hukuman jika barang makanan hilang atau tidak betul.
Kod boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Rakan-niaga boleh merujuk ke laman web kami untuk versi Kod yang terkini.
Sekiranya anda mempunyai soalan atau maklum balas, sila hubungi pusat bantuan kami dengan melalui link ini.
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360
1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period.
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.