Muat turun Borang JPJ L8A (BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL JPJ L8A).
Cetak dan bawa borang tersebut ketika Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV anda.
Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV di klinik berhampiran anda. Tunjuk Borang JPJ L8A kepada klinik.
Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV kini disediakan di Pusat Pemandu Grab (GDC) yang berikutnya
*Keputusan Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV hanya sah untuk 1 tahun sahaja.
Pembayaran Balik oleh Grab
Grab akan membayar balik kesemua pemohon yang lulus Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Kami juga telah bekerjasama dengan klinik-klinik tertentu di bandar-bandar terpilih untuk harga yang lebih rendah!
Hadiri Latihan PSV
(Dibayar Semula oleh Grab)
*Harap maklum bahawa anda perlu menyelesaikan semua saman anda sebelum anda dibenarkan untuk menghadiri Latihan PSV.
Pusat Pemandu Grab
(Lembah Klang, Pulau Pinang & Johor Bahru)
*Hanya Pusat Pemandu Grab (GDC) di Petaling Jaya, Pulau Pinang & Johor Bahru menawarkan Latihan.*Anda juga boleh mendaftar untuk Latihan PSV anda di Institut Memandu berhampiran anda.
*Grab akan membayar semula secara penuh kesemua yuran setelah 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dilengkapkan dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
*Yuran yang dibayar semula untuk Latihan PSV yang dilengkapkan di Institut Memandu dalam:-
Lembah Klang dihadkan pada RM100
Pulau Pinang dihadkan pada RM120
Johor Bahru dihadkan pada RM150
Nota: dengan syarat 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dilengkapkan dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
*Grab akan membayar semula secara penuh keseluruhan yuran anda apabila anda melawat Institut Memandu yang disyorkan oleh kami (sah untuk masa terhad dan bergantung kepada bandar) dan setelah 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dilengkapkan dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
Selepas Hadiri Latihan PSV
(Dibayar Semula oleh Grab)
Setelah selesai Latihan PSV dan anda akan menerima:
Pengambilan Lesen PSV di Kaunter JPJ
(Lepas Hadiri Latihan PSV)
Sila semak dengan Institut Memandu anda kerana proses pendaftaran Lesen PSV mungkin berbeza.
*Harap maklum bahawa Pejabat JPJ di cawangan UTC tidak menyediakan servis pendaftaran Lesen PSV.
Daftar di mana-mana Pejabat JPJ di negeri yang sama anda hadir untuk Latihan PSV.
*Contohnya, jika anda hadir untuk latihan di Pusat Pemandu Grab (Petaling Jaya), anda boleh ke mana-mana cawangan JPJ di negeri Selangor.
Sila bawa dokumen-dokumen untuk mendaftar Lesen PSV:
Ambil Lesen PSV rasmi anda di Pejabat JPJ yang sama anda melakukan pendaftaran.
*Tarikh pengambilan adalah berbeza bagi setiap cawangan. Sila semak dengan Pejabat JPJ anda.
Hantar Lesen PSV untuk Pembayaran Semula
Untuk Rakan-Pemandu baharu, Grab akan mengesahkan dokumen anda ketika proses suai tugas.
*Rakan-Pemandu GrabCar E-Hailing
Anda akan menerima bayaran balik PSV sekali sahaja dalam tempoh 14 hari bekerja setelah melengkapkan 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
Sila layari laman web https://register.grab.com/my untuk pendaftaran baru.
Untuk mengimbas kembali, ini ialah ringkasan pembayaran balik PSV:
Rakan-Penghantar GrabFood Deliveries (Kereta)
Jika anda ingin menambah servis E-Hailing
Untuk Rakan-Pemandu pengalihan daripada Penghantaran ke Pengangkutan sebagai Rakan sedia ada, sila muat naik Lesen PSV anda pada aplikasi Grab Driver.
*Rakan-Penghantar GrabFood (Kereta)
Jika anda ingin menambah servis E-hailing, anda boleh memuat naik Lesen PSV pada aplikasi Pemandu Grab. Anda akan menerima bayaran balik PSV sekali sahaja dalam tempoh 14 hari bekerja setelah melengkapkan 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
Terdapat 5 modul untuk dilengkapkan:
Muat naik dokumen-dokumen berikut di aplikasi Grab Driver:
Cara menggunakan Pemuat Naik Dokumen:
Setelah selesai penghantaran, kami akan sahkan dan kemaskini akaun anda dalam masa 1 hari bekerja.
Anda akan menerima bayaran balik PSV sekali sahaja dalam tempoh 14 hari bekerja setelah melengkapkan 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
Bagaimana untuk dapatkan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)?
Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) ialah permit yang membenarkan kenderaan persendirian anda untuk beroperasi sebagai Kenderaan E-hailing.
*Rakan-Pemandu Sarawak, jika kenderaan anda berusia 3 tahun atau lebih—anda perlu lulus pemeriksaan PUSPAKOM sebelum anda boleh dapatkan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP).
Keperluan untuk Permohonan EVP
Semenanjung
Sabah
Sarawak
Rakan-Pemandu Baharu
*Grab akan sahkan dokumen anda ketika proses suai tugas.
Rakan Sedia Ada
Pengalihan daripada Penghantaran ke Pengangkutan
Lengkapkan “MY 4W GrabCar Transport Training” di GrabAcademy di aplikasi Grab Driver app.
Terdapat 5 modul untuk dilengkapkan:
Muat naik kesemua dokumen ini ke aplikasi Grab Driver:
Cara menggunakan Pemuat Naik Dokumen:
*Jika anda gagal untuk kemaskini, anda akan mendapat notifikasi di bahagian dokumen dengan status ‘Perlu Dikemaskini’.
*Klik bahagian ‘Perlu Dikemaskini’ untuk lihat punca penolakan dan muat naik dokumen yang betul untuk disemak.
*Setelah selesai penghantaran, kami akan sahkan dan kemaskini akaun anda dalam masa 1 hari bekerja.
Proses Pengesahan
Grab akan memohon Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) bagi pihak anda (bernilai RM160) selepas penghantaran.
Anda akan menerima notifikasi dari Grab sekiranya akaun anda telah diaktifkan.
Semak status Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) anda di profil Pemandu anda.
Ambil dan Tayangkan Pelekat E-Hailing
Selepas akaun anda telah diaktifkan, ambil pelekat E-Hailing anda (2 untuk setiap orang) di kiosk terdekat atau di Pusat Pemandu Grab (GDC) di bandar anda.
Pelekat ini perlu ditayangkan di cermin hadapan dan belakang.
Bagaimana untuk mendapat Insurans E-Hailing?
Insurans E-Hailing merangkumi kerosakan dan kehilangan kenderaan anda, liabiliti bagi penumpang dan pihak ketiga, dan juga liputan kemalangan ketika anda beroperasi sebagai Rakan-Pemandu E-Hailing.
*Insurans E-Hailing merupakan keperluan lain yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan. Ini adalah berbeza daripada insurans kenderaan persendirian anda dan memberi liputan pekerjaan E-Hailing anda.
Grab Daily Insurance (GDI)
Pilih Grab Daily Insurance (GDI).
Bayar hanya apabila anda berada dalam talian.
Pilihan 2:
Tambahan E-Hailing Tahunan
Beli Tambahan E-Hailing Tahunan dengan syarikat insurans sedia ada anda*.
*Jika syarikat insurans sedia ada anda tidak menyediakan Insurans E-Hailing, anda perlu:-
Langkah 1. Batalkan polisi Insurans Motor sedia ada anda.
Langkah 2. Beli Insurans daripada Syarikat Insurans yang menawarkan perlindungan E-Hailing.
Hantar Permohonan untuk Aktifkan Akaun Anda
Selepas anda dapatkan Lesen PSV, Insurans E-Hailing dan keperluan lain, sila hantar permohonan anda di Halaman Pendaftaran.
Mesej Pengesahan Pengaktifan
Pastikan anda mendapat mesej melalui e-mel atau SMS yang mengesahkan bahawa akaun anda telah diaktifkan.
Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM diadakan untuk mengesahkan bahawa kenderaan anda mampu beroperasi sebagai Kenderaan E-Hailing.
*Hanya kenderaan berumur 3 tahun dan keatas perlu melakukan Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM.
*Jika kenderaan anda berumur kurang 3 tahun, anda tidak perlu melakukan Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM untuk mula memandu Kenderaan E-Hailing.
Penuhi Keperluan Berikut
Jadualkan Janji Temu dengan PUSPAKOM
Lulus Pemeriksaan PUSPAKOM
Jika kenderaan anda lulus pemeriksaan, anda akan menerima dokumen berserta pelekat sijil pemeriksaan yang mengesahkan bahawa kenderaan anda sesuai digunakan untuk E-Hailing.
Nota: Grab akan membuat bayaran balik sebanyak RM70 untuk pemeriksaan e-hailing Puspakom kali pertama bagi rakan-pemandu yang baru menyertai platform Grab.
*Sijil Puspakom mesti dihantar dan diluluskan dalam In-Apps Document Uploader (Aplikasi Pemandu) dalam tempoh 30 hari selepas pengaktifan akaun dan melengkapkan 30 perjalanan.
Pastikan Pematuhan
Sentiasa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan sebagai Pemandu E-Hailing:
Tayangkan Pelekat E-Hailing di cermin hadapan dan belakang kenderaan anda.
Sentiasa bawa Lesen PSV bersama anda.
Tayangkan Sijil PUSPAKOM di cermin hadapan kenderaan anda (bagi kenderaan berumur 3 tahun keatas).
Sentiasa beringat di mana untuk dapatkan status Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) anda di aplikasi Grab Driver.
*Sarawak memerlukan anda mencetak salinan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) anda. Anda boleh lawati Pusat Pemandu Grab untuk mencetak dokumen berkenaan. Jika bandar anda tidak mempunyai Pusat Pemandu Grab, anda akan menerima e-mel atau mesej di dalam aplikasi untuk tindakan lanjut.
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360