Kaedah pembayaran fleksibel untuk meningkatkan jualan

Tingkatkan transaksi di kedai atas talian atau kedai fizikal anda dengan kaedah pembayaran yang lebih mudah, selamat, fleksibel dan bermanfaat untuk pelanggan.

Manfaat GrabPay dan PayLater

1

Tarik pelanggan baharu melalui rangkaian pengguna Grab

Anda boleh menarik pelanggan baharu melalui rangkaian pengguna yang luas di Grab dengan penerimaan GrabPay dan PayLater di kedai anda.

2

Kaedah pembayaran fleksibel untuk pelanggan

Pelanggan lebih berkemungkinan membuat pembelian berjumlah besar sekiranya mereka mempunyai pilihan untuk bayar sekarang, bayar bulan hadapan atau melalui 4 ansuran dengan PayLater.

3

Tiada risiko dan pembayaran pantas

Pembayaran kepada anda dibuat dalam masa 5 hari, tidak kira mana satu kaedah pembayaran yang dipilih oleh pelanggan.

4

Integrasi lancar

GrabPay dan PayLater serasi dengan teknologi pembayaran lain yang biasa digunakan di Malaysia.

Rakan Niaga Utama

Testimoni

Zhen Yi Eyo

Pengarah, Threebs

Ramai pelanggan merupakan pengguna superapp Grab. Dengan BNPL tersedia, pelanggan kami kini mampu memiliki peranti yang berharga tinggi, kerana mereka boleh membayar secara 4 ansuran. Kami mengalami sebanyak 120% peningkatan dalam jualan untuk produk berharga tinggi (10 jenama terpilih) pada S1 2022 berbanding S4 2021 selepas memperkenalkan PayLater by Grab kepada pelanggan.”

Henry Ting

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, TT Racing

Kami menyukai inisiatif oleh Grab yang mengukuhkan pemasaran di kalangan pengguna. Melalui PayLater, kami boleh menawarkan rebat yang lebih menarik untuk menggalakkan pelanggan membeli. Kami mendapat lebih banyak pertanyaan daripada pelanggan dan mengalami peningkatan jualan sebanyak +583% pada bulan Jun (2022).”

Spring Wong

Pengasas, HiBlendr

Kami berjaya mengembangkan segmen pelanggan kami kerana Online Merchant Directory (Direktori Peniaga Atas Talian) Grab yang meningkatkan pendedahan jenama kami untuk jangka panjang. Ia juga mendorong pengguna ke laman web kami. Dalam tempoh 12 bulan, kami mengalami peningkatan sebanyak 28% setiap bulan. ”

Jenama-jenama yang menawarkan Grab

Kaedah Penerimaan GrabPay dan PayLater

Atas Talian

Kedai Fizikal

Manfaat

Pembayaran pantas dan mudah
  • Proses pembayaran yang lancar memudahkan proses pembelian untuk pelanggan.
  • Tokenisasi membolehkan pelanggan mengulangi pembelian dan membuat pembayaran langganan dengan lebih lancar.
Sedia digunakan
  • Gunakan sistem integrasi tersedia kami yang terhubung dengan pembina kedai e-dagang seperti Shopify, WooCommerce, Magento, EasyStore dan Wix (akan datang), sistem pembayaran lain atau melalui API Langsung kami.
Mulakan serta-merta
  • Dapatkan aset dan garis panduan untuk memulakan proses integrasi penerimaan Grab di kedai anda melalui Merchant Resource Centre (pusat sumber peniaga) yang tersedia. Pasukan khidmat pelanggan kami juga sedia membantu pada bila-bila masa.
Layari Merchant Resource Centre
Transaksi selamat untuk semua
  • Selain mengurangkan transaksi tunai, pembayaran tanpa sentuh juga mengurangkan sentuhan fizikal antara staf dan pelanggan yang membolehkan semua orang kekal selamat.
Sedia digunakan
  • Gunakan sistem integrasi tersedia kami yang terhubung dengan sistem pembayaran langsung atau dapatkan kod QR GrabPay DuitNow khas untuk kedai anda.
Mulakan serta-merta
  • Mulakan proses integrasi penerimaan Grab di kedai anda melalui aset jualan dalam kedai (POSM) yang disediakan untuk anda.
  • Kakitangan baharu juga dapat menyesuaikan diri dengan cepat melalui panduan pengguna kami.

Siapakah yang sesuai memohon?

Peniaga yang mempunyai kedai web atas talian dan ingin menawarkan kaedah pembayaran alternatif seperti GrabPay dan/atau PayLater.

Apakah yang perlu saya lakukan?

Tinggalkan butiran anda dan wakil Grab akan menghubungi anda untuk maklumat perniagaan dan dokumen tambahan. Pengurus integrasi Grab akan membantu anda dalam proses integrasi Grab di laman web atau aplikasi anda sebaik sahaja maklumat anda disahkan.

Siapakah yang sesuai memohon?

Peniaga yang mempunyai kedai web atas talian dan ingin menawarkan kaedah pembayaran alternatif seperti GrabPay dan/atau PayLater.

Apakah yang perlu saya lakukan?

Tinggalkan butiran anda dan wakil Grab akan menghubungi anda untuk maklumat perniagaan dan dokumen tambahan. Pengurus integrasi Grab akan membantu anda dalam proses integrasi Grab di kedai fizikal anda sebaik sahaja maklumat anda disahkan.

Cara perkhidmatan berfungsi

Semak pendapatan anda sepintas lalu

Semak transaksi dan pembayaran anda dengan mudah melalui GrabMerchant Portal.

Buat keputusan berdasarkan data

Terima cerapan dan laporan berguna untuk meningkatkan prestasi bisnes anda.

Proses pembayaran balik yang mudah

Buat pembayaran balik dengan beberapa klik pada bila-bila masa melalui aplikasi dan portal GrabMerchant.

Cara perkhidmatan berfungsi

Semak pendapatan anda sepintas lalu

Semak transaksi dan pembayaran anda dengan mudah melalui GrabMerchant Portal.

Buat keputusan berdasarkan data

Terima cerapan dan laporan berguna untuk meningkatkan prestasi bisnes anda.

Proses pembayaran balik yang mudah

Buat pembayaran balik dengan beberapa klik pada bila-bila masa melalui aplikasi dan portal GrabMerchant.

Modul Amanah & Keselamatan

Sistem pengesanan penipuan bertaraf dunia

Semua transaksi dipantau dengan teliti oleh Teknologi Pengurusan Penipuan Grab.

Kami memantau semua transaksi setiap masa

Semua transaksi GrabPay dan PayLater dilindungi dengan sulit dan selamat supaya fokus anda tertumpu pada perniagaan anda.

Nombor kad kredit tidak diperlukan

Transaksi GrabPay dan PayLater disahkan melalui kata laluan sekali-guna yang dihantar kepada pelanggan. Ini membolehkan pelanggan lebih yakin dan tenang tanpa perlu memasukkan nombor kad kredit mereka.

Ketahui maklumat lanjut

Ketahui maklumat lanjut

Modul Amanah & Keselamatan

Sistem pengesanan penipuan bertaraf dunia

Semua transaksi dipantau dengan teliti oleh Teknologi Pengurusan Penipuan Grab.

Kami memantau semua transaksi setiap masa

Semua transaksi GrabPay dan PayLater dilindungi dengan sulit dan selamat supaya fokus anda tertumpu pada perniagaan anda.

Nombor kad kredit tidak diperlukan

Transaksi GrabPay dan PayLater disahkan melalui kata laluan sekali-guna yang dihantar kepada pelanggan. Ini membolehkan pelanggan lebih yakin dan tenang tanpa perlu memasukkan nombor kad kredit mereka.

Ketahui maklumat lanjut

Ketahui maklumat lanjut

Soalan Lazim

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan kami.

Soalan Lazim

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan kami.

Kaedah Pembayaran Grab

Tawarkan kaedah pembayaran yang lebih fleksibel, bermanfaat dan selamat untuk pelanggan.

Integrasikan GrabPay dan PayLater hari ini

Integrasikan GrabPay dan PayLater hari ini