1. Bagaimanakah caranya untuk menyertai peraduan ni?
Rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab telah menyertai secara automatik, rujuk terma dan syarat peraduan untuk pengecualian.
2. Saya baru mula memandu dengan Grab, dalam liga manakah saya akan tergolong?
Liga anda adalah bersamaan dengan peringkat GrabBenefits anda. Sebagai seorang rakan Grab baharu, anda akan bermula dalam liga Member.’
3. Jika peringkat GrabBenefits saya berubah pada suku tahun hadapan, adakah saya juga akan bertukar liga?
Ya.
1. Adakah saya hanya bersaing dengan rakan Grab yang sama peringkat GrabBenefits dengan saya untuk Quarterly Prize?
Ya.
2. Bagaimanakah caranya untuk mengumpul mata bagi Quarterly Prize?
Dengan melengkapkan tempahan (rakan-pemandu) dan pesanan (rakan-penghantar). Jumlah mata berbeza mengikut masa dan hari ianya dilengkapkan. Rujuk Jadual Mata untuk info lanjut.
3. Bilakah setiap suku tahun berakhir?
Setiap suku tahun berakhir pada 31 Mac, 30 Jun, 30 September, dan 31 Disember.
4. Adakah liga saya ditentukan oleh peringkat saya pada permulaan atau penghujung suku tahun?
Liga anda ditentukan oleh peringkat anda pada penghujung suku tahun.
5. Bagaimanakah pemenang Quarterly Prize dipilih?
Pemenang Quarterly Prize adalah mereka yang melengkapkan jumlah tempahan atau pesanan tertinggi dalam suku tahun. Semakin banyak tempahan atau pesanan yang anda lengkapkan, semakin banyak mata yang anda kumpul, semakin tinggi peluang anda untuk menang. Anda juga boleh mendapat mata tambahan dengan memastikan kadar pembatalan dan penilaian pemandu anda baik.
6. Tempahan/Pesanan yang manakah dikira untuk mata bagi peraduan ini?
Untuk rakan-penghantar, hanya penghantaran pesanan dikira. Untuk rakan-pemandu, hanya tempahan pengangkutan dikira.
7. Bagaimanakah caranya untuk menyemak mata terkini saya?
Anda boleh menyemak mata terkini anda di carta kedudukan.
1. Adakah saya hanya bersaing dengan rakan Grab yang sama peringkat GrabBenefits dengan saya untuk Quarterly Prize?
Tidak. Grand Prize akan menarik nama dari keseluruhan liga, bermaksud semua (tidak mengira peringkat GrabBenefits) mempunyai peluang untuk menangi Grand Prize.
2. Bagaimanakah caranya untuk mengumpul entri bagi Grand Prize?
Dengan melengkapkan tempahan (rakan-pemandu) dan pesanan (rakan-penghantar). Satu tempahan atau pesanan yang dilengkapkan dikira sebagai satu entri.
3. Bagaimanakah pemenang Grand Prize dipilih?
Nama-nama pemenang akan dicabut untuk Grand Prize. Lebih banyak entri anda kumpul, lebih tinggi peluang untuk nama anda dicabut, lebih tinggi peluang anda untuk menang.
4. Tempahan/Pesanan yang manakah dikira untuk mata bagi peraduan ini?
Untuk rakan-penghantar, hanya penghantaran pesanan dikira. Untuk rakan-pemandu, hanya tempahan pengangkutan dikira.
5. Bagaimanakah caranya untuk menyemak mata terkini saya?
Anda boleh menyemak entri terkini anda di carta kedudukan.
1. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui jika saya telah memenangi hadiah?
Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel daripada Grab. Pastikan butiran anda dalam profil Grab anda adalah terkini!
2. Adakah saya perlu membuat apa-apa pembayaran pendahuluan untuk menebus hadiah saya?
Tidak!
3. Apa yang berlaku jika saya menang tetapi tidak menuntut hadiah saya?
Jika pemenang tidak menuntut hadiah mereka dalam tempoh yang ditetapkan, Grab berhak untuk memberikan hadiah kepada pemenang seterusnya yang layak.