Pandu dan menangi Perodua Bezza baru!

Nak menang sebuah Perodua Bezza baru atau Samsung Galaxy S22 Ultra? Anda cuma perlu menyertai Grab dan pandu!

Aktifkan akaun anda dan lengkapkan 100 trip antara 1 Mei – 31 Julai 2023 dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah ini:

Hadiah Utama

2x Perodua Bezza

Hadiah Saguhati

10x Samsung Galaxy S22 Ultra
10x iPhone 13
100x Baucar Petrol RM1,000

Untuk Rakan-Pemandu baru

Jom tengok berapa banyak penyertaan yang anda boleh dapat bagi setiap trip:

Rakan-Pemandu baru yang mengaktifkan akaun pada 1 Mei hingga 31 Julai akan dihadiahkan 100 penyertaan percuma secara automatik. Setiap trip yang lengkap semasa tempoh peraduan, anda akan diberikan dua lagi penyertaan tambahan.

Untuk Rakan-Pemandu yang sedia ada

Sudah pun memandu dengan kami? Dapatkan sebanyak mungkin penyertaan bagi setiap trip berdasarkan tahap anda, dan peluang anda untuk memenangi hadiah akan lebih cerah! Cuma pandu dari 1 Mei hingga 31 Julai.

Setiap Rakan-Pemandu hanya diberikan SATU hadiah cabutan bertuah.

Papan Keputusan (5 teratas)*

Menuju Hadiah Bergaya: Jangan Lepaskan Peluang Anda dalam Kempen Sertai, Pandu dan Menang Grab yang akan berakhir pada 31 Julai!

 

 

 

*Sila ambil perhatian bahawa ini bukan senarai pemenang yang terakhir.
*Senarai papan keputusan (5 teratas) adalah pada 21.06.2023.

Senarai Pemenang

Tahniah kepada semua peserta Pertandingan Grab Join, Drive & Win! Semangat dan komitmen anda telah membuat pertandingan ini benar-benar luar biasa. 🚗🌟 Tahniah!

 

 

AHMAD NIZAM BIN HAJI MOHD NISAB

CHEW SIONG WEE

CHANG HIN SENG
KHAMIS BIN HAMID
NG SOON ONN
NORSYEILA BINTI KEMAN

ABU TALIB BIN ABU BAKAR
ANANTHAN A/L MUNIANDY
BOO JOO CHOON
CHEW GEE LEE
CHUAH LAY SAN
KAMALRUZAMAN BIN IBRAHIM
KHAIRUL IKHWAN BIN MOHAMMAD
LIEW KIAN SIN
LIM KEE SIM
LIM SIM KIONG
LIU SIN KENG
MOHAMMAD NOR FAIZAL NG BIN ABDULLAH
MOHD SAID BIN GAPAR
MOHD ZAKIR BIN SA’ADON
OON CHING KOK
RAJA PRAPAKARAN A/L KUMARASAMY
RONALD TING KUNG HUI
SIVASANTHIRAN A/L VEGIAN
TAN CHONG CHIH
TAN HANG SENG
TEO SONG CHAI
WONG SEONG LEONG
WOON KIM CHEW

AMIN RAHIMIE BIN ABDUL AZIZ

ABDUL HAKIM BIN ISHAK
ABU YAZIID BIN FUZI
AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM
AZLAN BIN ARSAD
CHAN KAM HOONG
CHAN SUM MUN
CHEN CHEE KIAT
CHONG HOI MUN
CHOONG CHIN HOU
EDWIN WONG WEE CHENG
HO CHEE WAY
JAMAL ABDUL HAKIM BIN ISMAIL
JAYAKUMAR A/L TORAISAMY
KADAR MAIDEN JAILANI BIN HAJA MOHAIDEEN
KEITH KUMAR SUBRAMANIAM
KEVIN KONG LIANG FATT
KHOR JOO LENG
KUMARI ANEETA A/P JOGINDER POLL
LAI WAN SEONG
LEE CHEE WAH
LENG TEE YEONG
LIEW CHOON FOONG
LIEW SHIANG YUNG
LIM FUNG YIN
LOH CHIN SEONG
LOW WEE BOON
MOHD AFIZAN MOHD ANUAR
MOHD ISMADI BIN MOHD ISA
MOHD NORAFISH BIN MD ISA
MOHD ZULLIKRAM BIN IBRAHIM
MUHAMMAD DANISH ISYRAQ BIN RAZALI
NADZMI AMIR BIN MOHD ASRI
NG CHI TIONG
NG WENG CHEONG
OOI CHIN HOCK
PHANG FOOK ON
RIZAL BIN FARIDZ
SARAWANAN A/L LOKANATHAN
SATVINDER SINGH A/L WARIAM SINGH
SHAHRIZAL BIN SAMSUDIN
TAN CHENG CHUAN
TAN CHUANG SHEN
TAN KOK CHING
TAN LAI HUAT
TAN SIOK CHOI
TAN THIAM HOCK
TEOH CHUAN KHIM
TEW WAI TURN
UTHAYA KUMAR A/L K.RAMACHANDRAM
WAN FIRDAUS BIN WAN MUDA
WONG CHEE SENG
WONG CHOON NYIN
WONG KOK MUN
WONG KWEE MING
YAP YEE HOCK
YOONG YOON LOONG
YOW FOOK KEONG
ZAMZAIDDY BIN DAUD

WAN MUHAMMAD FAIZ BIN W RUHAIMI

CHARLES RONALD PHILLIPS
KARIM BIN MASLIN
MOHD NASRUDDIN BIN NASRUN
REPPHY KINDAMIN
WONG KIUNG KIONG
ZAINURAN BIN TONUT

ALIAS BIN SULONG
NORHAYATI BINTI SHARIF
SIM KHAI SUAN

LAI MOOK KHIAN
TAN HUI KWONG
WONG SAW CHIANG

MOHAMAD EZARY BIN TUAH

ABDUL MAJID BIN SAIB

MOHD NAZRUL BIN MADZLAN

ADRIAN TEO CHAI SOON
CHU SOON LEE
YEOW YONG LOO

FADZIL BIN ISMAIL
NANTHINY A/P AVIMANNAN

DANIEL CHONG WEI PING
ERON A/L LUAN
GAN KOK TONG
GUN KOK KHOON
LEE GIN CHEW
LIM KAH SENG
NG SHU HOONG
PHUAH TEA WEIN
TAN BOON TONG

MOHAMMED NAEIM BIN ZAINAL ABIDIN
MUHAMMAD RASYID BIN HANASI

AZMAN BIN ABDUL HASAN
NORDIN BIN SAYADI

 Kelayakan:

  1. Jadilah Rakan-Pemandu Grab yang aktif dan Menangi Cabutan Bertuah (“Peraduan”) adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh GrabCar Sdn Bhd (“Grab”) dan terbuka kepada semua Rakan-Pemandu Grab Malaysia Baru & Sedia Ada yang aktif (Rakan) dan tinggal di Malaysia (“Wilayah”) serta tertakluk pada Terma dan Syarat berikut.

  2. Untuk menyertai Peraduan ini, semua Rakan hendaklah memiliki akaun Rakan-Pemandu Grab yang aktif.

  3. Rakan yang telah disenaraihitamkan atau digantung tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

Tempoh Peraduan:

  1. Peraduan Ini akan berjalan dari 1 Mei 2023, 12.00 tgh mlm hingga 31 Julai 2023, 11.59 mlm – Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan”). 
  2. Mana-mana Trip Lengkap selepas Tempoh Peraduan tidak lagi layak untuk mendapat sebarang entri.
  3. Grab berhak secara tunggal dan mutlak untuk meminda, mengubah suai, menghentikan atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum Tempoh Peraduan berakhir tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, dan pembayaran ganti rugi sama ada dalam bentuk tunai atau selainnya tidak akan diberikan.

Penyertaan:

  1. Peraduan ini akan berlangsung di aplikasi Grab Driver.
  2. Semua Rakan (tidak kira sama ada baru atau sedia ada) yang aktif akan disertakan ke dalam Peraduan secara automatik.
  3. Completed Trip means when a Partner finishes a ride by dropping off the passenger at their destination (Pick-Up -> Transport -> Drop-Off), without refund or complaint lodged by passenger in respect of the trip.
  4. Maksud Trip Lengkap adalah apabila Rakan-Pemandu telah menyelesaikan perjalanan dengan menurunkan penumpang di destinasi mereka (Mengambil → Mengangkut → Menurunkan), tanpa berlakunya bayaran balik atau aduan yang dilaporkan oleh penumpang trip tersebut.

Bagi Rakan Baru

Semua Rakan baru yang mengaktifkan akaun Rakan-Pemandu Grab dalam Tempoh Peraduan akan dihadiahkan dengan 100 entri percuma. Berikutnya, bagi setiap Trip Lengkap oleh Rakan baru akan diberikan dua entri tambahan, seperti berikut: 

(cth. Pengiraan Jumlah Entri bagi Rakan Baru – Katakan 700 Trip Lengkap dalam Tempoh Peraduan)

Pengiraan: 100 entri (selepas pengaktifan) + (700 x 2 (entri bagi Trip Lengkap berikutnya)) = Jumlah keseluruhan 1,500 entri 

Bagi Rakan Sedia Ada

Entri Cabutan Bertuah bagi Rakan sedia ada yang memiliki akaun Rakan-Pemandu Grab yang aktif yang dibuat sebelum 30 April 2023 akan dikira seperti berikut: 

cth. Jumlah entri bagi Rakan Sedia Ada akan dikira secara bulanan berdasarkan status tahap Rakan itu pada bulan yang tertentu).

Sebagai contoh: Ketika menyertai Peraduan ini, Rakan adalah Pemandu Tahap Platinum. Pada bulan Mei, Rakan melengkapkan 150 trip. Pada bulan Jun pula, Rakan melengkapkan 200 trip, dan status tahap Rakan berubah ke tahap Ultimate. Kemudian, pada bulan Julai, Rakan melengkapkan 300 trip, dan kekal sebagai Pemandu Tahap Ultimate. 

Pengiraan jumlah entri berdasarkan senario di atas:

Mei: 150 x 1.5 = 225

Jun: 200 x 3 = 600

Julai: 300 x 3 = 900

Jumlah keseluruhan entri dalam Peraduan: 225 + 600 + 900 = 1,725 entri

Pemilihan/Pengumuman Pemenang:

  1. Grab akan menerbitkan butiran entri-entri yang tertinggi, seperti nama Rakan dan bilangan entrinya, sepanjang Tempoh Peraduan. Rakan yang memiliki jumlah bilangan entri yang lebih banyak mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih sebagai pemenang pada akhir Peraduan.
  2. Di hujung Tempoh Peraduan, para pemenang akan dipilih secara rawak melalui ‘randomiser’ untuk memenangi hadiah.
  3. Para pemenang akan diumumkan di laman penambat aplikasi Grab Driver 30 hari selepas berakhirnya Tempoh Peraduan, yakni sebelum 30 Ogos 2023.
  4. Jumlah keseluruhan bakal pemenang adalah seratus dua puluh dua orang (122), dan setiap pemenang hanya layak untuk menerima satu (1) hadiah.
  5. Pengumuman para pemenang mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan, gambar, bandar/kawasan akaun Rakan, dan butiran hadiah bagi setiap pemenang.
  6. Semua pemenang akan dihubungi dan/atau dimaklumkan melalui e-mel bersama-sama arahan tentang cara-cara untuk menebus hadiah masing-masing sebelum pengumuman rasmi dibuat. Pemenang dikehendaki memaklumkan penerimaan e-mel tersebut dalam masa tujuh (7) hari selepas ia diterima. Sekiranya gagal melakukannya, pemenang mungkin akan dibatalkan kemenangannya, dan Grab berhak untuk memberikan hadiah tersebut kepada pemenang yang lain. (Nota: pemenang akan dihubungi sebelum tarikh rasmi pengumuman para pemenang)
  7. Grab tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku situasi di mana pemenang tidak dapat dihubungi atas apa-apa juga sebab dan alasan.
  8.  

Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah:

  1. Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah yang tersedia untuk para pemenang di dalam Peraduan ini adalah seperti berikut:

  2. Setiap Rakan hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja. 
  3. Hadiah-hadiah hendaklah dituntut dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pengumuman para pemenang (iaitu 14 September 2023) atas kos-kos yang akan ditanggung sendiri oleh pemenang. Mana-mana hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, atas apa-apa juga sebab dan alasan, akan dibatalkan.
  4. Hadiah-hadiah hendaklah dituntut sendiri. Pengenalan, termasuk MyKad atau lesen memandu yang memaparkan gambar pemenang hendaklah dibawa bersama semasa proses penebusan. Grab berhak untuk membatalkan pemberian hadiah kepada mana-mana pemenang yang gagal menyediakan butiran-butiran yang diperlukan sepertimana yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat Peraduan.
  5. Semua hadiah tidak boleh dikembalikan, ditukar, dikumpulkan, dipindah milik, dan ditebus untuk wang tunai atau hadiah-hadiah yang lain.
  6. Semua hadiah dalam bentuk baucar hendaklah ditebus dan digunakan oleh Rakan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan. Tiada permohonan lanjutan tempoh sah hadiah (baucar) yang akan dilayan, dan tiada sebarang ganti rugi yang akan dibayar sekiranya Rakan tidak dapat menggunakan hadiah-hadiahnya sebelum tarikh luputnya.
  7. Para pemenang hadiah dengan ini memahami dan mengakui bahawa Grab bukanlah pembuat hadiah dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas reka bentuk, pembuatan, atau kualiti hadiah-hadiah tersebut. Hadiah-hadiah tersebut disediakan dengan ‘seadanya’ tanpa sebarang jaminan, secara nyata ataupun tersirat. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang berbangkit daripada penggunaan atau pemilikan hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kecacatan atau kegagalan hadiah untuk berfungsi. Para pemenang dengan ini bersetuju untuk membebaskan, melindungi, dan tidak menyimpan sebarang niat ke atas Grab daripada sebarang dan semua bentuk tuntutan, pertanggungjawaban, kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran-yuran guaman yang berpatutan, yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan penerimaan, penggunaan, atau pemilikan hadiah, tidak kira sama ada tuntutan tersebut berbangkit daripada kecuaian Grab, pelanggaran kontrak, atau apa-apa sahaja sebab tindakan yang lain.

Terma dan Syarat Umum:

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan dengan ini mengakui, memahami, serta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Grab berhak secara tunggal dan mutlak untuk menarik balik, meminda, membuat perbezaan dan/atau mengubah mana-mana bahagian Terma dan Syarat berkaitan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggantian hadiah dengan hadiah lain yang memiliki nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada Rakan, dan Rakan dengan ini bersetuju untuk terikat dengan segala perubahan tersebut.
  3. Grab berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Rakan di dalam Peraduan ini tanpa sebab dan tanpa notis, terutamanya jika:

a) Rakan bukanlah seorang Rakan yang layak;

b) Rakan telah gagal untuk memenuhi semua atau mana-mana Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini;

c) Rakan telah terlibat dalam perlakuan yang dianggap oleh Grab sebagai tindakan yang tidak wajar atau sesuatu yang tidak boleh diterima;

d) Rakan telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat atau garis panduan dan peraturan Peraduan ini, atau mencabuli mana-mana peraturan dan undang-undang yang berkaitan; dan

e) Mana-mana sebab lain yang dianggap sesuai oleh Grab atas budi bicara mutlaknya

  1. Rakan dengan ini bersetuju bahawa Terma dan Syarat di sini akan didahulukan berbanding mana-mana terma, syarat, peruntukan, atau perwakilan tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana material promosi atau pengiklanan untuk Peraduan ini. Sekiranya berlaku sebarang isu yang tidak konsisten, konflik, kesamaran, atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa-bahasa yang lain bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan didahulukan dan menjadi rujukan pada setiap masa.
  2. Rakan dengan ini bersetuju dan memberi keizinan bahawa Grab akan memiliki hak eksklusif untuk menggunakan, mengubah suai, menerbitkan, atau memaparkan maklumat material-material yang dihantarkan oleh Rakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, nombor kad pengenalan, bilangan jumlah entri, gambar, bandar atau kawasan Rakan dalam apa-apa sahaja cara yang dirasakan sesuai bagi tujuan pemasaran, pengiklanan, publisiti, dan bagi apa-apa sahaja sebab sekalipun tanpa sebarang notis lanjut kepada Rakan, dan Rakan tidak akan membuat tuntutan pemilikan atau apa-apa sahaja bayaran atau ganti rugi ke atas material-material tersebut.
  3.  Segala keputusan Grab ke atas semua perkara berkaitan Peraduan ini adalah muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan-keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  4. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana tuntutan oleh Rakan atau tuntutan oleh pihak ketiga, atau kerugian dalam apa-apa sahaja bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian dari segi kewangan, bebanan kewangan, kerosakan tidak langsung, khas, sampingan, atau berbangkit, atau bagi kerosakan-kerosakan lain dan mana-mana tuntutan berkaitan dalam apa-apa sahaja bentuk, termasuk secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, atau kerosakan-kerosakan lain yang berpunca daripada atau mempunyai kaitan dengan Peraduan ini.
  5. Terma dan Syarat bagi mana-mana hadiah yang diberikan dalam bentuk baucar adalah tertakluk pada Terma dan Syarat yang dinyatakan di dalam baucar. Sekiranya berlaku sebarang konflik antara Terma dan Syarat Perjanjian ini dan yang terdapat di dalam baucar, Terma dan Syarat baucar akan didahulukan dan menjadi rujukan.
  6. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan dengan ini memberi keizinan kepada Grab untuk mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan, dan memproses data peribadi Rakan bagi tujuan memudahkan pengendalian Peraduan ini (termasuk memaklumkan para pemenang, mengumumkan para pemenang di platform dalam talian Grab, dan urusan penghantaran/pengumpulan hadiah) dan bagi tujuan pengiklanan, promosi, pemasaran, dan/atau tujuan-tujuan lain yang berkaitan tanpa pembayaran ganti rugi, dengan menurut undang-undang privasi yang terpakai dan Notis Privasi Grab (https://www.grab.com/my/terms-policies/privacy-notice/).
  7. Rakan dengan ini bersetuju bahawa Rakan tidak akan mempersoalkan segala keputusan Grab, tanpa had atau pembatasan, dan sekiranya berlaku sebarang pertikaian secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada Peraduan ini, semua keputusan Grab adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan.
  8. Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.