Ganjaran peringkat platinum kini lebih lumayan!
Dapatkan manfaat eksklusif apabila anda mencapai peringkat platinum!
Click here for English Version
Kami dengan besar hati akan memberikan manfaat dan ganjaran eksklusif kepada rakan peringkat Platinum. Tekan tab untuk info lanjut.
Insurans Personal Accident Plus Percuma
Dapatkan subsidi RM5.50 setiap bulan untuk Insurans Personal Accident Plus* dengan GrabInsure jika anda mencapai peringkat platinum pada bulan tersebut. Nikmati subsidi perlindungan kemalangan peribadi walaupun semasa anda tidak memandu!
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada bahagian Insurans di dalam aplikasi pemandu Grab anda.
Ganjaran eksklusif di aplikasi pemandu anda!
Apabila anda mencapai peringkat platinum, anda bakal menerima ganjaran-ganjaran* berikut pada Aplikasi Penumpang Grab:
Ganjaran-ganjaran ini akan tersedia di aplikasi penumpang anda secara automatik sekiranya nombor telefon anda yang berdaftar untuk Aplikasi Penumpang Grab dan Aplikasi Pemandu Grab adalah sama.
*Nota: Ganjaran dalam aplikasi pemandu hanya akan tersedia pada bulan berikutnya selepas anda mengisi borang sebelum 28hb. Tawaran bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan di bandar anda.
Apakah ganjaran percuma untuk rakan-pemandu Platinum sahaja?
Tebus satu kereta sementara secara PERCUMA sehingga 7-hari jika kereta anda tidak boleh digunakan kerana terbabit dengan kemalangan yang serius!
Bagaimanakah anda menebus tawaran ini?
- Hantarkan salinan lesen, kad pengenalan, laporan polis, cover note insuran, cukai jalan & car grant melalui WhatsApp
- Buat temu janji untuk menebus kereta melalui WhatsApp
- Dapatkan kereta sementara pada hari temu janji
- Pulangkan kereta sementara selepas 7 hari (mesti dipulangkan pada hari ke-8)
Untuk maklumat lebih lanjut dan syarat-syarat tertentu, tekan sini.
*Ganjaran ini hanya boleh didapati di Lembah Klang.
Bukan rakan-pemandu Platinum? Jangan risau!
[EKSKLUSIF] Tawaran istimewa GreenRentals untuk SEMUA rakan-pemandu
Sewa Perodua Bezza melalui GreenRentals dengan membayar RM50/hari! Untuk maklumat lanjut, layari sini.
Soalan Lazim
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Ganjaran Khas Platinum?
Anda perlu memiliki lesen PSV yang sah dan mencapai mencapai peringkat Platinum di GrabBenefits.
Ganjaran-ganjaran ini akan tersedia di aplikasi penumpang anda secara automatik. Sekiranya nombor telefon anda yang berdaftar untuk Aplikasi Penumpang Grab dan Aplikasi Pemandu Grab adalah sama, anda layak menerima ganjaran khas platinum (sekiranya anda mencapai peringkat platinum di GrabBenefits).
Bagaimana untuk saya mendapatkan keahlian Platinum di GrabRewards?
Untuk mendapatkan keahlian Platinum di GrabRewards, anda perlu mencapai peringkat Platinum di GrabBenefits sekurang-kurangnya 2 daripada 3 bulan setiap suku tahunan.
Contoh Senario:
- Jika anda mencapai peringkat Platinum pada bulan Januari dan Mac, anda akan mendapat keahlian Platinum di GrabRewards mulai April untuk sepanjang bulan April, May dan Jun.
- Jika anda mencapai peringkat Platinum pada bulan Jun dan Julai, anda tidak akan mendapat keahlian Platinum di GrabRewards untuk suku tahunan seterusnya (Oktober – Disember)
**Suku tahunan: Januari – Mac, April – Jun, Julai – September, Oktober – Disember.
Bagaimakah manfaat Personal Accident Plus berfungsi?
Jika anda sudah memiliki polisi Personal Accident Plus bersama kami, Grab akan membayar semula premium RM5.50 untuk Plan Individu 1 ke dalam dompet tunai anda setiap bulan (selagi polisi anda aktif dan jika anda mencapai peringkat Platinum.
Jika anda memiliki polisi Pasangan atau Keluarga, anda juga akan menerima bayaran balik RM5.50 ke dalam dompet tunai anda.
Jika anda belum memiliki polisi Kemalangan Peribadi bersama kami, opt-in sekarang untuk mendapatkan manfaat ini! Tekan sini untuk maklumat lanjut mengenai Personal Accident plus.
**Nota: Personal Accident Plus percuma ini sah untuk rakan-pemandu sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai Insurans Kemalangan Peribadi untuk rakan-penghantar, sila tekan sini.
Bagaimanakah caranya untuk menebus penghantaran GrabFood percuma saya?
- Buka aplikasi penumpang Grab anda
- Tekan `GrabFood`
- Tekan `View` untuk memeriksa baucar penghantaran percuma anda
- Tekan `Use Now` dan teruskan dengan pesanan anda
Berapakah jumlah perbelanjaan minima yang diperlukan untuk penghantaran percuma GrabFood?
Anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM25 untuk setiap pesanan.
Bagaimana untuk saya memeriksa 1,000 mata ganjaran percuma GrabRewards saya?
Anda boleh memeriksa mata ganjaran anda di Aplikasi Penumpang Grab. Tekan pada ‘Senarai Mata’ di dalam Maklumat Keahlian GrabRewards. Sila harap maklum bahawa 1,000 mata ganjaran GrabRewards akan diberikan kepada anda pada setiap 5 haribulan.
Jika anda ada sebarang soalan lanjut mengenai ganjaran khas Platinum, sila tekan sini.