GrabCar
Sasaran Grab adalah untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang upaya dan golongan-golongan yang terpinggir, melalui usaha memperkasakan mereka dalam mencapai kebebasan kewangan sebagai Rakan-Pemandu Grab.
Kisah-kisah ketabahan dan keazaman mereka sentiasa memberikan kesan yang mendalam kepada Grab, dan kami percaya, dengan berkongsi perjalanan hidup mereka, kami dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia!
Bersama-sama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia atau MFD (Malaysian Federation of the Deaf) dan Persatuan Pemandu e-Hailing OKU Fizikal Malaysia (PPEOFM), Grab akan membantu dan memberikan sokongan kepada mereka sejak dari mula lagi.
Nikmati pelbagai manfaat ini apabila anda menjadi Rakan-Pemandu Grab
Peluang Pendapatan Fleksibel
- Jana pendapatan bila-bila masa yang anda suka.
- Akses yang sama rata kepada peluang yang sama rata.
- Pendapatan tambahan melalui rujukan dan GrabAds.
GrabBenefits
- Penjimatan pada pembaikan kereta, petrol, dan banyak lagi.
- Perlindungan di jalan raya PERCUMA untuk anda.
RM0 LESEN PSV
- Lesen PSV membolehkan pemegangnya memandu mana-mana jenis kenderaan yang digunakan untuk mengangkut pelanggan yang membayar. Rakan-Pemandu e-Hailing kini dikehendaki untuk mendapatkan lesen PSV.
- Kos-kos lesen PSV bernilai RM300 akan diberikan subsidi oleh Grab dan akan dibayar balik sepenuhnya semasa pengaktifan.
PERCUMA! Baucar petrol RM300
- Tawaran masa terhad: Dapatkan baucar petrol Shell secara PERCUMA dengan hanya 2 trip sehari. Mudah saja! Tertakluk T&S.
Suai Tugas Yang Pantas
- Terima suai tugas melalui bantuan pelanggan dan pasukan bimbingan latihan yang berdedikasi, langkah demi langkah.
Green Rental
- Sewa kereta daripada RM50/hari dengan deposit RM350.
- Termasuk penyenggaraan kenderaan, insurans dan kamera papan pemuka (dashcam)
Nota:Ubah suai pada kereta tidak dibenarkan
Senarai penuh manfaat di sini!
Soalan-Soalan Lazim
Umum
J: Tidak kira apa pun status keahlian anda, sekiranya anda seorang OKU, anda masih boleh menghubungi dan mendaftar melalui organisasi-organisasi tersebut.
Anda boleh menghubungi wakil dari organisasi-organisasi di bawah ini:
Persatuan Pemandu E-Hailing OKU Fizikal Malaysia (PPEOFM)
- Niyaz: 018-394 6526
- Azahar: 011-6524 0414
Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
Isikan pautan di sini: https://grb.to/GrabMFD
J: Sila ke sini untuk maklumat lanjut tentang cara-cara mendaftar.
Lesen PSV
J: Lesen PSV ialah sejenis lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegangnya untuk memandu mana-mana jenis kenderaan yang digunakan untuk mengangkut pelanggan yang membayar.
Rakan-Pemandu e-Hailing kini dikehendaki untuk mendapatkan lesen PSV.
J: Anda perlu mengambil langkah-langkah ini:
- Lulus pemeriksaan kesihatan yang dikehendaki berdasarkan standard JPJL8A
- Menghadiri latihan PSV dan mengambil ujian PSV
- Mendaftar untuk lesen PSV di JPJ
- Menghantar Lesen PSV anda bagi tujuan pembayaran balik
Sila lihat proses lengkapnya di sini.
J: Anda boleh menghubungi wakil dari organisasi-organisasi di bawah ini:
- Persatuan Pemandu E-Hailing OKU Fizikal Malaysia (PPEOFM)
- Niyaz: 018-394 6526
- Azahar: 011-6524 0414
- Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
Isikan pautan di sini: https://grb.to/GrabMFD
Berkaitan Kereta
J: Ya, boleh. Pemandu GrabCar dibenarkan beroperasi dengan kereta yang bukan milik mereka berdasarkan terma-terma di bawah:
Keperluan:
- Nama pemandu GrabCar mestilah dinyatakan di dalam Nota Perlindungan Insurans.
- Nota Perlindungan Insurans dilindungi di bawah SEMUA PEMANDU/MANA-MANA PEMANDU YANG SAH/PEMANDU YANG SAH
J: Pengubahsuaian tidak dibenarkan pada kenderaan sewa.
Insurans
J: Perlindungan kemalangan peribadi percuma atau perlindungan premium disediakan untuk anda dan ahli keluarga.
Ketahui lebih lanjut tentang polisi insurans di sini: https://www.grab.com/my/insurance/personal-accident/
J: Sila laporkan serta-merta kepada khidmat pelanggan dan pihak polis sekiranya anda terlibat dalam sebarang kemalangan semasa menjalankan trip GrabCar. Khidmat pelanggan kami boleh dihubungi 24 jam seminggu bagi membantu apa-apa sahaja permasalahan anda.
J: Ya, perlindungan yang sama disediakan tetapi tidak termasuk mana-mana keadaan perubatan yang telah sedia ada.
Berminat? Daftar di sini!
Persatuan Pemandu e-Hailing OKU Fizikal Malaysia
Persatuan yang terdiri daripada para pemandu kurang upaya ini memberi penekanan pada kebolehan diri untuk berdikari.
Persekutuan Orang Pekak Malaysia MFD (Malaysian Federation of the Deaf)
NGO ini menyokong hak-hak dan keperluan OKU Pendengaran, dan menyediakan bantuan di seluruh Malaysia.