Insurans percuma untuk kemalangan semasa bertugas

Ringkasan

Group Personal Accident ialah pelan insurans kemalangan percuma khas untuk Rakan Pemandu dan Penghantar Grab demi memastikan keselamatan anda semasa bertugas. 

Khas untuk GrabCar, GrabFood, GrabMart & GrabExpress.

Faedah yang anda nikmati

1

Perlindungan automatik

Perlindungan adalah automatik apabila anda mendaftar sebagai Rakan Pemandu atau Penghantar Grab. Tiada kertas kerja atau dokumen diperlukan.

2

Perlindungan kemalangan yang tinggi

Perlindungan sehingga RM40,000 sewaktu bekerja untuk kematian akibat kemalangan, kehilangan upaya akibat kemalangan, melecur dan perbelanjaan perubatan.

3

Melindungi anda dan penumpang anda

Tidak perlu risau jika kemalangan berlaku, kerana anda dan penumpang anda dilindungi.

Cara insurans Group Personal Accident berfungsi

Apa yang perlu anda lakukan jika anda terlibat dalam kemalangan sewaktu bekerja

1) Pergi ke hospital berdekatan

Pemandu/penghantar/penumpang yang cedera dinasihatkan untuk pergi ke pusat penjagaan kesihatan berhampiran.

2) Laporkan kemalangan kepada pasukan Grab Support dan polis

Pemandu/penghantar/penumpang/saksi dikehendaki membuat laporan kepada pihak berkuasa. Mereka akan diberi arahan terperinci daripada Grab Support tentang cara membuat tuntutan.

3) Kumpul dokumen dan laporan tuntutan

Pemandu/penghantar/penumpang yang cedera perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk menerima pampasan. Semua laporan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh perjanjian yang ditetapkan, selewat-lewatnya 30 hari selepas kemalangan berlaku.

4) Pampasan

Pemandu/penghantar/penumpang yang cedera akan menerima pampasan selepas kelulusan tuntutan.

Perbandingan Pelan

Maklumat perlindungan

Soalan Lazim

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut sila layari Pusat Bantuan kami.

Group Personal Accident

Kekal selamat dan dilindungi semasa bertugas

Buat tuntutan

Buat tuntutan

Cadangan kami