Group Hospitalisation & Surgical - MyMedKad oleh GrabInsure

Pelan perlindungan perubatan PERCUMA yang komprehensif untuk Rakan Ultimate

Ringkasan

Tidak kira kos pembedahan atau penjagaan hospital, Group Hospitalisation & Surgical (GHS) menawarkan *Rakan Grab Ultimate faedah perubatan untuk meringankan beban anda.

*Tertakluk kepada had umur

Faedah Group Hospitalisation & Surgical (GHS)

1

Perlindungan terjamin percuma untuk Rakan Ultimate

Semua Rakan Grab Ultimate mendapat perlindungan secara PERCUMA tanpa memerlukan pengisytiharan kesihatan.

2

Pendaftaran mudah untuk semua Rakan Ultimate Grab

Hanya perlu sahkan butiran anda dalam borang pendaftaran. Anda akan menerima mesej daripada Grab sebaik sahaja anda didaftarkan.

3

Proses mudah dan pantas

Tidak perlu sebarang ejen, proses atau dokumen yang rumit.

 

Cara pelan berfungsi

Langganan pelan diperbaharui setiap suku tahun, dikemas kini mengikut peringkat anda.

Maklumat Perlindungan

SENARIO 1

Suku 1 (Januari – Mac)
Ali menuntut RM2,000 (daripada had tahunan keseluruhan pelan yang berjumlah RM10,000) untuk pembedahan.

Suku 2 (April – Jun)
Ali tidak aktif dan bukan lagi Rakan Ultimate. Dia tidak lagi dilindungi di bawah pelan GHS.

Suku 3 (Julai – September)
Ali menjadi Rakan Ultimate sekali lagi, dan didaftarkan semula untuk GHS.

Dia tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari.

Dia boleh menuntut daripada baki RM8,000 had tahunan keseluruhannya untuk sebarang situasi perubatan (jika dia kekal di sebagai Rakan Ultimate).

Suku 4 (Oktober – Disember)
Ali mengekalkan status sebagai Rakan Ultimate. Ali boleh terus menuntut daripada had tahunan keseluruhannya untuk sebarang situasi perubatan (berdasarkan butiran perlindungan) sehingga tarikh tamat tahun polisi.

SENARIO 2

Suku 1 (Januari – Mac)
Maria menuntut RM10,000 (jumlah had keseluruhan tahunan pelan) untuk pembedahannya.

Suku 2 (April – Jun)
Maria tidak aktif dan bukan lagi Rakan Ultimate.

Dia tidak lagi dilindungi di bawah pelan GHS.

Suku 3 (Julai – September)
Maria menjadi Rakan Ultimate sekali lagi, dan didaftarkan semula untuk GHS.

Dia tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari.

Walau bagaimanapun, oleh sebab had tahunan keseluruhan Maria telah habis digunakan, dia tidak dapat membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh tahun tersebut.

Suku 4 (Oktober – Disember)
Maria mengekalkan status sebagai Rakan Ultimate. Tetapi memandangkan had tahunan keseluruhan Maria telah habis, dia tidak dapat membuat sebarang tuntutan untuk sepanjang tahun tersebut (sehingga tarikh tamat polisi).

Soalan Lazim

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan kami.

Terlibat dalam kemalangan? Klik untuk langkah-langkah yang perlu dilakukan.

  • Apakah cara untuk mengetahui sama ada saya dilindungi oleh Group Hospitalisation & Surgical (GHS)?

    Rakan Grab Ultimate yang layak akan dimaklumkan melalui mesej dalam aplikasi Grab Driver untuk mendaftarkan diri untuk perlindungan ini melalui borang pendaftaran. Anda akan menerima mesej jika pendaftaran anda berjaya. E-mel pengaktifan akan dihantar kepada anda secara berasingan daripada pembekal insurans. 

  • Bagaimanakah saya membuat tuntutan?

    1. Muat turun dan lengkapkan borang tuntutan daripada laman web MCIS

    2. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan E-Bayaran
    3.  Serahkan kedua-dua salinan digital dan salinan fizikal borang lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan dalam masa 30 hari selepas kemalangan / rawatan melalui emel dan pos ke MCIS Life (rujuk senarai semak dokumen di bawah)  

    Untuk tuntutan RM1,000 dan ke bawah:

    Serahkan dokumen-dokumen anda melalui aplikasi MyMed.

    1. Log masuk ke aplikasi MyMed anda
    2. Tekan butang “Utilization/penggunaan”
    3. Tekan butang “Claim Submission/Serahan tuntutan”
    4. Tekan kategori berkaitan yang anda ingin serahkan tuntutan dan isikan infomasi yang diperlukan.

    Untuk tuntutan lebih daripada RM1,000:

    Serahkan dokumen-dokumen anda kepada MCIS Life melalui:

    1. Serahan atas talian: Emel ke groupeb@mcis.my
    2. Serahan salinan fizikal: Pos ke

    Attn: Claims Department
    MCIS Insurance Berhad
    Wisma MCIS, Jalan Barat, 
    46200, Petaling Jaya,
    Selangor, Malaysia

    Senarai semak dokumen:

    Pesakit dalam (dimasukkan ke hospital)

    1. Borang Hospital & Pembedahan
    2. Surat rujukan
    3. Resit Rasmi Asal (termasuk deposit dan bayaran balik)
    4. Bil Hospital Asal / Nota pelepasan
    5. Laporan polis (untuk kes-kes kemalangan)
    6. Borang Permohonan E-Bayaran

    Sebelum & Selepas Hospitalisasi

    1. Borang Sebelum / Selepas Rawatan Hospital
    2. Resit Rasmi Asal
    3. Bil Hospital Asal / Nota pelepasan
    4. Borang Permohonan E-Bayaran
  • Bagaimana jika saya tidak lagi berada di peringkat Ultimate pada pertengahan suku tahun?

    Anda masih boleh menggunakan polisi perlindungan sehingga akhir suku tahun. Anda perlu mencapai peringkat Ultimate sekali lagi pada suku berikutnya untuk terus menerima perlindungan percuma kerana pelan ini diperbaharui secara automatik pada setiap suku tahun (Januari, April, Julai, Oktober).

    Jika anda bukan lagi Rakan Ultimate pada pembaharuan suku seterusnya, anda akan menerima mesej melalui aplikasi Grab Driver anda untuk memaklumkan anda bahawa anda tidak layak menikmati perlindungan ini secara percuma.

  • Saya tidak menerima emel pengaktifan daripada MiCare MyMed.

    Sila hubungi Grab Support dan kami akan membantu anda menyemak.

  • Saya tidak dapat log masuk ke aplikasi MiCare MyMed dengan maklumat yang diberikan dalam emel.

    Sila hubungi talian bantuan MiCare di 1800-88-7940 untuk mendapatkan bantuan.

Group Hospitalisation & Surgical - MyMedKad by GrabInsure

Pelan perlindungan perubatan PERCUMA yang komprehensif untuk Rakan Ultimate

Terokai manfaat lain untuk Rakan Grab Ultimate di GrabBenefits

Terokai manfaat lain untuk Rakan Grab Ultimate di GrabBenefits

Manfaat(-manfaat) yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi MCIS Life atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.