Anda dinasihatkan untuk mengemas kini dokumen anda 14 hari sebelum tarikh luputnya. Rujuk perincian di bawah.



Klik di sini untuk contoh Nota Perlindungan Insurans

Ini merupakan arahan daripada Kementerian Pengangkutan, berbeza daripada insurans kenderaan peribadi anda, yang menyediakan perlindungan untuk pekerjaan e-hailing.



Anda mesti memilih antara membeli insurans E-hailing tahunan atau insurans E-hailing harian. Anda boleh memilih salah satu daripadanya.



Rujuk jadual di bawah:

  • Muat turun di sini.
  • Mesti ditandatangani oleh pemilik kenderaan.
  • Hanya diperlukan jika nama anda tidak dinyatakan pada Nota Perlindungan Insurans dan di bawah Polisi Semua/Mana-mana Pemandu.
  • Kenderaan e-hailing yang berusia 3 tahun dan ke atas memerlukan pemeriksaan kenderaan E-hailing Puspakom.
  • Pemeriksaan ini adalah arahan daripada Kementerian Pengangkutan untuk memastikan kesesuaian kenderaan untuk pemanduan e-hailing. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan tegas jika kenderaan e-hailing anda tidak disahkan.
  • Anda tidak perlu memuat naik perakuan pemeriksaan ini ke aplikasi pemandu Grab anda.
  1. Hantar dokumen anda melalui aplikasi pemandu Grab.
  2. Klik gambaran pensel di penjuru kanan sebelah atas bahagian “Akaun” anda.
  3. Pergi ke “Dokumen” untuk mengemas kini dokumen yang berkaitan, kemudian hantar – klik “Submit”.
  4. Periksa inbox aplikasi pemandu Grab anda untuk status dokumen.
  5. Pastikan anda memuat naik dokumen yang tepat dan jelas. Jika penyerahan anda ditolak, klik ‘’Updates Needed’’ (kemas kini yang diperlukan) untuk mengenal pasti sebab penolakan dan untuk memuat naik semula dokumen anda.


Nota:
Kami akan mengesahkan dan mengemas kini akaun anda dalam masa 1-3 hari bekerja selepas penyerahan. (Proses kemas kini lesen akan dilakukan dalam masa 1 hari bekerja.)

Penting:
Anda dikehendaki untuk memandu dengan Lesen PSV yang sah, insurans E-hailing, cukai jalan, EVP dan Perakuan Pemerikasaan Puspakom (jika kenderaan berusia 3 tahun dan/atau ke atas) pada setiap masa untuk mematuhi undang-undang trafik.
Anda hanya perlu memohon pertukaran kenderaan apabila anda ingin menggunakan kereta baharu untuk memandu dengan Grab.

Langkah 1:

Hantar permohonan pertukaran kenderaan anda melalui aplikasi pemandu Grab. Sila rujuk langkah-langkah di bawah.

Langkah 2:

Jika kenderaan anda didaftarkan dengan EVP, sila hantar permohonan pembatalan EVP menggunakan kedua-dua borang di bawah.

Makluman: Langkah 1 dan 2 boleh dilakukan serentak.

Langkah 3:

Selepas mendapatkan salinan borang daripada Grab, laksanakan Pemeriksaan Khas (B2) di PUSPAKOM.

Langkah 4:

Anda akan melihat status ‘Pending Review’ (dalam semakan) setelah anda berjaya menghantar permohonan anda. Jika permohonan anda ditolak, klik ‘’Updates Needed’’ (kemas kini yang diperlukan) untuk mengetahui sebab penolakan dan muat naik semula dokumen yang betul. Pastikan teks/tulisan dalam dokumen anda dapat dilihat dengan jelas.

Langkah 5:

Grab akan memohon EVP bagi pihak anda jika kenderaan baharu itu memenuhi syarat e-hailing.

Langkah 6:

Anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi pemandu Grab setelah permohonan anda diluluskan.

Semenanjung – APAD : 5 hari bekerja

Sabah – LPKP : 2 bulan

Sarawak – LPKP : 1 bulan

Rakan-Pemandu E-hailing

Proses pertukaran plat baharu bagi permohonan EVP akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia. Sila semak peti masuk (inbox) anda dan lihat semula dalam Aplikasi Pemandu anda untuk mengesahkan sama ada butiran kenderaan baharu anda telah dipaparkan/dikemas kini.

Makluman: Kami hanya boleh mengemas kini butiran kenderaan anda apabila anda tidak berada dalam talian (online) dengan tempahan (dalam transit) dan berada di bandar berdaftar anda.

GrabCar – Ciri MultiCity

Semasa menggunakan ciri ini, semua butiran akaun selaras dengan Bandar Asal (Home City) anda. Pastikan semua maklumat, seperti perubahan pada kenderaan berdaftar anda, dibuat semasa anda berada di Bandar Asal anda. Jika tidak, perubahan ini tidak akan ditunjukkan sehingga anda kembali ke Bandar Asal anda.