Click here for English version
Kami ingin meluahkan perasaan bersyukur untuk mempunyai anda sebagai rakan kongsi kami. Itulah sebabnya kami memperkenalkan program Platinum Partner.
Ia adalah satu cara untuk kami meraikan dan memberi ganjaran untuk pencapaian anda sebab anda selalu memberikan pengalaman GrabCar terbaik untuk penumpang-penumpang anda.
Setakat ini, kami telah memilih lebih daripada 1,000 Platinum Partner!
Siapakah Platinum Partner?
Platinum Platinum adalah seorang pemandu yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang-penumpangnya.
Bagaimanakah saya boleh menjadi Platinum Partner?
Anda mempunyai dua cara untuk menjadi Platinum Partner. Anda sama ada boleh menjadi Partner Tahap 1 atau Partner Tahap 2 apabila memenuhi kriteria berikut:
Apakah ganjaran untuk setiap tahap?
Partner Tahap 1 akan mendapatkan lebih banyak faedah daripada Partner Tahap 2. Lihat bawah:
Penumpang-penumpang anda akan nampak bahawa anda adalah seorang Partner Platinum.
BANYAK LAGI GANJARAN YANG AKAN DATANG!
Ciri-ciri Platinum Partner
Pertama sekali, bersikap sopan dan mesra kepada penumpang anda! Memanggil penumpang anda untuk memberitahu mereka anda dalam perjalanan anda. Menyambut mereka dengan senyuman dan memanggil mereka dengan nama seperti kawan anda.
Platinum Partner juga perlu memandu dengan selamat. Ingat untuk selalu mengikuti peraturan jalan raya dan gunakanlah pemegang telefon bimbit semasa memandu.
Satu cara lain adalah menjaga penampilan anda dan juga kenderaan anda yang bersih dan kemas.
FAQ
Apakah Priority Allocation?
Priority Allocation memberikan kelebihan kepada anda untuk menerima penumpang. Anda akan diberikan keutamaan and diletakkan di hadapan barisan untuk menerima penumpang dahulu.
Apakah Grab Auto?
Grab Auto membolehkan anda untuk membuat servis kereta pada harga diskaun sampai 50% di atas harga pasaran!
Tekan sini untuk lebih banyak info!
Bilakah saya boleh menggunakan ganjaran saya?
Mencapai jumlah 5-Star ride seperti yang dinyatakan di atas dan anda akan mendapatkan ganjaran anda pada bulan berikutnya.
Contoh:
Chan mencapai 49 5-star ride daripada 50 ride paling terkini berturut-turut. Dia akan menerima SMS pada bulan akhir November untuk mendapatkan ganjaran untuk bulan December.
Bagaimanakah boleh saya menggunakan ganjaran saya?
- Priority allocation: Anda akan diletakkan di hadapan barisan untuk menerima ride penumpang dahulu secara automatik selepas anda layak untuk menjadi Platinum Partner Tahap 1.
- Grab Auto: Anda akan menerima SMS kelayakan daripada Grab. Anda hanya perlu membawa kereta anda ke bengkel rakan kongsi kami dan menunjukkan SMS ini kepada mereka.
- Status Platinum: Status Platinum akan diletakkan di belakang name anda secara automatik selepas anda layak untuk menjadi Platinum Partner Tahap 1.
Terma & Syarat
- Kitaran ganjaran akan diperbaharui setiap bulan.
- Apabila anda telah mendapatkan ganjaran, anda perlu memenuhi kriteria yang sama untuk menikmati ganjaran yang sama di bulan-bulan depan.
- Anda perlu mencapai jumlah 5-Star ride seperti yang dinyatakan di atas dan anda akan dapat ganjaran anda pada bulan berikutnya.
- Semua informasi yang dinyatakan di atas boleh berubah tanpa notis awal.
- Anda MESTI adalah pemandu GrabCar aktif semasa menggunakan ganjaran anda.
- Semua keputusan yang dibuatkan oleh pengurusan Grab adalah muktamad.