Click here for the English version
Memperkenalkan Heat Map permintaan versi baru yang telah diperbaharui. Optimumkan produktiviti dan masa pemanduan anda dengan ciri yang diperbaharui ini!
Mulai September 2019, kami telah menambah lebih banyak fungsi* kepada ciri ini:
- Butang refresh manual baru
- Anggaran waktu menunggu tempahan
*Tersedia hanya kepada rakan-pemandu di Lembah Klang dan akan dilancarkan secara berperingkat. Kami akan melancarkan fungsi baharu ini kepada rakan-pemandu di bandar-bandar lain dalam masa terdekat.
Apakah pembaharuan Heat Map?
1. Heat Map yang lebih ringkas
Permintaan penumpang kini ditunjukkan berdasarkan kegelapan warna merah. Semakin gelap warna merah, semakin banyak permintaan!
(‘Kemerahan’ suatu kawasan TIDAK mewakili harga tambang)
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
2. Zum dan skrol untuk peta lebih terperinci
Zum masuk pada peta, atau skrol di sekitar skrin untuk melihat kawasan yang mempunyai permintaan penumpang tinggi dengan lebih terperinci. Cari kawasan pilihan anda!
3. Butang refresh manual untuk mendapatkan kemaskini segera
Untuk makluman peta anda akan refresh setiap 5 minit. Kini anda juga boleh berbuat demikian secara manual dengan menekan butang refresh.
*Tersedia hanya kepada rakan-pemandu di Lembah Klang yang menggunakan Android. Kami akan melancarkan fungsi baharu ini kepada rakan-pemandu Lembah Klang yang menggunakan iOS dalam masa terdekat.
4. Anggaran masa menunggu tempahan
Selain daripada mengetahui kawasan mana mempunyai permintaan yang tinggi, anda kini boleh mengetahui anggaran masa menunggu tempahan sekiranya anda berada di kawasan tersebut.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja. Masa yang dipaparkan dalam imej tidak akan menjadi anggaran masa menunggu apabila fungsi ini dilancarkan.
Menarik! Bagaimana cara untuk mengaktifkannya?
Anda hanya perlu mengikut arahan di bawah. Tekan pada ‘Jobs available’ untuk mengaktifkan atau mematikan Heat Map.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Soalan Lazim
Berapa kerapkah Heat Map akan dikemaskini??
Heat Map akan dikemaskini setiap 5 minit. Apabila permintaan meningkat di suatu kawasan, anda akan melihat warna merah menjadi lebih gelap. Sekiranya warna merah menjadi lebih cerah, permintaan di kawasan tersebut telah menurun! Mulai September 2019, anda bakal boleh refresh Heat Map Permintaan secara manual.
Bolehkah saya zum masuk dengan Heat Map ini?
Ya! Anda boleh cubit (pinch) atau tekan skrin untuk zum masuk. Anda juga boleh skrol untuk melihat kawasan yang berbeza.
Adakah saya akan dijamin untuk mendapat tempahan jika anda memandu ke kawasan yang mempunyai permintaan tinggi?
Kami tidak menjamin anda akan mendapat tempahan tetapi memandu ke kawasan yang mempunyai permintaan tinggi akan meningkatkan peluang anda untuk mendapat tempahan!
Adakah saya akan dijamin untuk mendapat tempahan dengan tambang tinggi jika anda memandu ke kawasan yang mempunyai permintaan tinggi?
Heat Map akan menunjukkan kawasan-kawasan yang mempunyai ketidakseimbangan permintaan dan bekalan. Oleh itu, anda berkemungkinan untuk mendapat tempahan apabila anda memandu di kawasan ini.
Mengapakah corak permintaan tinggi Heat Map saya berbeza dengan rakan saya?
Heat Map menunjukkan gabungan permintaan untuk jenis servis yang berbeza yang telah diaktikan. Untuk melihat corak permintaan yang serupa, sila pastikan anda dan rakan telah mengaktifkan jenis servis yang sama.
Mengapakah saya menerima notifikasi yang meminta saya untuk mengaktifkan jenis perkhidmatan lain apabila saya cuba mengaktifkan Heat Map?
Hal ini disebabkan kekurangan permintaan untuk jenis-jenis servis yang diaktifkan oleh anda. Sila aktifkan jenis servis yang lain di bahagian ‘Tetapan’ untuk permintaan jenis servis berikut.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.