Sertai fleet khas ini dan nikmati jaminan sejam!
Sejak dilancarkan, permintaan tempahan GrabBike (Beta) telah meningkat hari demi hari dan rakan-penunggang khas kini diperlukan untuk membawa para penumpang ke destinasi mereka!
Oleh itu, kami akan melancarkan satu fleet khas untuk tempahan GrabBike (Beta) sahaja, sementara rakan-penunggang baru yang lain melengkapkan latihan keselamatan.
- Kumpulan 1 dari 16 Januari – 16 Februari
- Kumpulan 2 dari 12 Februari – 12 Mac
Untuk memberi jaminan pendapatan dan sebagai penghargaan kepada rakan-penunggang GrabBike yang terawal, kami akan memberikan mereka yang telah mendaftar masuk dalam GrabBike (Beta) Dedicated Fleet jaminan sejam sehingga RM19* untuk setiap jam yang diluangkan dalam talian.
Untuk mendaftar ke dalam fleet khas ini, rakan-penunggang hanya perlu mengisi borang dengan menekan butang di bawah.
*Borang pendaftaran untuk GrabBike (Beta) Dedicated Fleet akan ditutup pada 3PM, 10 Februari 2020.
Bagaimanakah cara fleet khas ini berfungsi?
Oleh sebab pelancaran fleet khas ini adalah untuk memenuhi permintaan tempahan yang semakin meningkat, rakan-penunggang yang terpilih tidak akan dapat menerima pesanan GrabFood buat sementara waktu dalam tempoh masa ini.
Di samping itu, dalam usaha untuk memaksimakan peruntukkan tempahan, rakan-penunggang hanya akan ditugaskan untuk satu kawasan operasi GrabBike (Beta) sahaja. Jika anda terpilih, anda akan dimaklumkan tentang kawasan tugasan dalam mesej pengesahan.
Bagaimanakah jaminan sejam dikira?
Bonus jaminan sejam ini adalah tambahan kepada tambang, dan akan dibayar terus dalam Dompet Tunai anda pada hari bekerja yang seterusnya. Jaminan ini akan diprorata berdasarkan tempoh masa anda berada dalam talian.
Kadar jaminan adalah seperti berikut:
Hari Bekerja (Isnin – Jumaat)
Hujung Minggu (Sabtu – Ahad)
Berikut adalah contoh dan cara kiraan jaminan setiap jam untuk 1 tempahan pada hari bekerja:
Terma & syarat jaminan sejam:
-
- Anda perlu mengaktifkan ciri Auto Accept (AA) sepanjang masa dan kekal dalam talian di kawasan yang anda telah ditugaskan.
- Sekiranya pesanan yang diterima membawa rakan-penghantar keluar dari kawasan tugasan, anda masih akan layak untuk insentif ini semasa menunggang balik ke kawasan-kawasan tersebut, asalkan rakan-penghantar berada di kawasan-kawasan yang ditunjukkan di atas dalam masa 30 minit.
- Kawasan yang ditugaskan setiap minggu akan dimaklumkan pada hari Ahad. Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi, kawasan tugasan anda akan kekal sama pada minggu seterusnya.
- Elakkan pembatalan tempahan dan kekalkan kadar pembatalan (CR) harian di bawah 5% untuk layak.
- Pembayaran bonus ini akan dibayar terus ke dalam dompet tunai pada hari bekerja pejabat Grab seterusnya (cth: bonus hari Khamis akan dibayar pada hari Jumaat, bonus hari Jumaat akan dibayar pada hari Isnin yang berikutnya).
- Anda tidak akan layak untuk pembayaran insentif pada jam-jam baki dompet kredit anda negatif. Oleh itu, pastikan jumlah dompet kredit adalah sentiasa melebihi RM0.
- Rakan-penunggang yang telah memilih untuk keluar tidak boleh lagi mendaftar masuk pada masa akan datang. Rakan-penunggang yang telah berjaya menyertai kumpulan terdahulu tidak boleh menyertai lagi.
- Di dalam kes di mana terdapatnya tempahan palsu atau mana-mana tingkah laku yang didapati mengambil kesempatan ke atas sistem Grab (cth: rakan-penunggang meminta secara paksa untuk penumpang membatalkan tempahan bagi pihak rakan-penunggang), siasatan dalaman akan dilakukan. Bergantung kepada hasil siasatan tersebut, Grab berhak untuk tidak memberikan anda bayaran di samping membatalkan penyertaan anda dalam fleet khas ini. Akaun anda juga boleh digantung atau ditamatkan. Semua keputusan daripada siasatan ini adalah muktamad dan terikat.
Soalan Lazim
Bilakah saya akan mengetahui kawasan di mana yang saya akan ditugaskan?
Selepas tempoh pendaftaran berakhir, anda akan menerima notifikasi tentang kawasan tugasan anda melalui mesej dalam aplikasi pada 15 Januari 2020 untuk kumpulan 1 dan 11 Februari 2020 untuk kumpulan 2.
Untuk minggu-minggu berikutnya, kami akan memaklumkan kawasan tugasan anda melalui mesej dalam aplikasi pada setiap hari Ahad. Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi, kawasan tugasan akan kekal sama pada minggu berikutnya.
Bolehkah saya menerima tempahan GrabBike dari kedua-dua kawasan?
Tidak, anda hanya akan menerima tempahan dari kawasan tugasan anda sahaja.
Bolehkah saya keluar daripada GrabBike Dedicated Fleet sekiranya saya telah berjaya mendaftar?
Ya, anda boleh memilih untuk keluar* dengan mengisi borang ini.*Pihak Grab akan mengambil masa 10 hari untuk memproses permohonan keluar anda.
Walau bagaimanapun, anda diingatkan bahawa sekiranya anda memilih untuk keluar daripada fleet khas ini, anda tidak boleh mendaftar masuk lagi pada masa hadapan.
Bolehkah saya menukar kawasan tugasan yang telah diberi?
Tidak, anda tidak boleh menukar kawasan tugasan yang telah diberi.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.