Beg Penghantaran
Beg penghantaran GrabFood adalah peralatan wajib untuk setiap rakan-penghantar. Polisi ini adalah untuk rakan-penghantar lebih memahami bagaimana proses pengambilan beg penghantaran GrabFood akan berfungsi serta supaya rakan-penghantar menjaga beg penghantaran sendiri dengan lebih baik. Polisi ini berkuatkuasa 9 Mac 2020.
Beg penghantaran akan dicaj sebanyak RM150 sahaja:
-
- RM150 melalui Dompet Kredit semasa pengaktifan akaun GrabFood; (Sila dapatkan tambah nilai Dompet Kredit secara kod PIN 16-digit menerusi epay atau 7-Eleven.)
Maklumat lanjut tentang tambah nilai Dompet Kredit di sini, rakan-penghantar baru yang belum lagi diaktifkan perlu membawa kod pin 16-digit ke sesi pengesahan dokumen.
Jumlah ini akan berfungsi sebagai deposit untuk beg penghantaran sepanjang masa rakan-penghantar membuat penghantaran dengan GrabFood. Terma dan syarat adalah seperti berikut:
Terma dan Syarat
1. Jika beg penghantaran rakan hilang ATAU dicuri:
- Rakan-penghantar wajib menyerahkan laporan polis sebagai bukti untuk mendapat beg baru
- Rakan-penghantar akan dikenakan caj RM250 melalui Dompet Tunai
2. Efektif 15 Ogos 2022, jika rakan ingin mendapat beg penghantaran yang baru:
- Jika lebih daripada 12 bulan – pulangkan beg penghantaran lama dan dapatkan beg penghantaran baru tanpa caj
- Jika kurang daripada 12 bulan – pulangkan beg penghantaran lama dan dapatkan beg penghantaran baru dengan caj RM150 sahaja
3. Jika rakan digantung secara kekal ATAU ingin berhenti menghantar dengan GrabFood, beg penghantaran perlu dipulangkan kepada GrabFood untuk menerima semula deposit jaminan:
- RM100 untuk rakan-penghantar yang diaktifkan mulai 9 Mac 2020
Nota penting:
- Penukaran beg penghantaran GrabFood adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.
- Rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum mengambil beg penghantaran baru di sini.
- Beg penghantaran Non-Halal dan Halal (beg tote) akan dicaj RM50 sekiranya beg hilang atau dicuri.