Keselamatan anda keutamaan kami!
Click here for the English Version
Perkhidmatan GrabExpress disediakan bagi membantu semua pengguna kami, sama ada individu, organisasi ataupun perniagaan yang memerlukan penghantaran atas talian yang pantas dan selamat.
Dengan kemungkinan pengguna yang tidak bertanggungjawab menggunakan perkhidmatan GrabExpress untuk kegiatan jenayah (cth: pengedaran atau penghantaran bahan terlarang di sisi undang-undang), garis panduan ini boleh dijadikan panduan untuk membantu anda kekal selamat semasa menghantar.
- Minta pengirim untuk menunjukkan kandungan bungkusan dan semak jika ianya sama seperti yang diisytiharkan oleh pengirim pada jobcard anda.
- Jika berat bungkusan tidak sesuai dengan berat barangan yang diisytiharkan, sila minta penerangan lanjut daripada pengirim.
- Ambil gambar bungkusan/kandungan bungkusan menggunakan aplikasi Grab. Jika pengirim mengizinkan, ambil gambar pengirim bersama dengan bungkusan.
- Sekiranya pengirim tidak mahu memberikan kerjasama ATAU bungkusan tersebut nampak mencurigakan/tidak seperti diisytiharkan, minta pengirim batalkan pesanan tersebut atau hubungi Pusat Bantuan untuk meminta bantuan untuk membatalkan pesanan tersebut. Untuk mendapatkan pampasan bagi perjalanan anda ke lokasi pengirim, sila buat laporan kepada Pusat Bantuan.
- Jika pengirim masih berkeras dan berkelakuan mencurigakan, ambil bungkusan sekiranya perlu untuk menjaga keselamatan anda. Jangan hantar pesanan tersebut tetapi terus kunjungi balai polis terdekat dan maklumkan Grab Support. Sila beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sekiranya keterangan anda perlu diambil.
- Sekiranya lokasi pengirim atau penerima tampak mencurigakan, hubungi Grab Support dan maklumkan mereka tentang lokasi tersebut untuk semakan. Jika anda telah pun sampai di lokasi, ambil gambar lokasi tersebut tanpa membahayakan keselamatan anda dan hantar ke Grab Support.
- Berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang bertugas.
- Jika diminta, tunjukkan aplikasi pemandu anda dan kongsikan maklumat pengirim dan penerima.
- Jika perlu dan diminta, benarkan pihak polis periksa kandungan bungkusan anda. Sila maklumkan kepada Grab Support dengan segera.
- Jika bungkusan mengandungi dadah atau barangan terlarang yang lain, sila maklumkan Grab Support dengan segera.
- Turuti arahan pihak polis dan ikut mereka ke balai jika perlu. Rujuk di sini untuk hak anda sekiranya anda ditahan.
- Dapatkan bantuan guaman jika perlu. Anda boleh rujuk beberapa Pusat Bantuan Guaman berikut:
Nota penting: Untuk menjaga keselamatan rakan-penghantar, semua pengguna GrabExpress kini perlu menghantar swafoto untuk pengesahan identiti sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
- Sekiranya penerima tidak dapat dihubungi, sila laporkan kepada kami dan pulangkan semula bungkusan kepada pengirim.
- Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.