Hantar POI tidak lengkap pada peta dengan ciri Petakan Bandar Anda dan dapatkan ganjaran!
Ciri Petakan Bandar Anda ialah ciri dalam aplikasi pemandu Grab yang membolehkan anda mendapat sehingga RM1* untuk setiap Point Of Interest (POI)* sah yang anda hantar.
Untuk mula dapatkan ganjaran, sertai kempen Tambahkan Tempat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
“Tambahkan Tempat” akan terpapar sebagai “Tambahkan Tempat Baru” bagi pengguna iOS
*Point Of Interest (POI): POI ialah lokasi spesifik yang digunakan untuk pin pick-up atau drop-off. POI yang tidak lengkap pada peta bermaksud sesebuah tempat itu belum mempunyai pin pick-up/drop-off.
Jika anda berada di lokasi yang tidak mempunyai POI:
1. Klik pada “Tambahkan tempat”, zum lebih dekat dan gerakkan pin jika perlu untuk dapatkan lokasi yang lebih tepat (jika anda ingin kembali ke lokasi asal, tekan butang ).
2. Klik pada “Tambahkan Tempat Ini” untuk mula menghantar.
3. Masukkan maklumat lokasi tersebut & lampirkan gambar berkaitan untuk menyokong penghantaran POI.
Jika anda ingin hantar POI yang tidak lengkap di sekitar kawasan anda berada:
1. Klik pada “Tunjuk Tempat Tidak Lengkap” untuk melihat POI tidak lengkap di sekitar anda (jika anda ingin kembali ke lokasi asal, tekan butang ).
2. Selepas anda telah memilih lokasi anda, klik butang “Iya, Tambah” untuk mula menghantar.
3. Masukkan maklumat lokasi tersebut & lampirkan gambar berkaitan untuk menyokong penghantaran POI.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tambah Tempat Baru, ikuti langkah di bawah:
Maklumat seperti tempoh kempen, jumlah minimum POI untuk dicapai, skema ganjaran dll. ada di sini
Anda juga boleh mengakses panduan asas untuk baca lebih lanjut tentang terma dan syarat, contoh gambar yang diterima untuk POI, atau laporkan isu berkenaan pada bahagian Help.
Skema ganjaran adalah seperti berikut:
Untuk setiap POI yang sah | Ganjaran |
Dengan gambar | RM1.00 untuk setiap POI |
Tanpa gambar | RM0.50 untuk setiap POI |
Selepas anda menghantar POI baru, pasukan kami akan menyemak POI tersebut. Proses ini biasanya mengambil masa selama 7 hingga 21 hari bekerja. Ia boleh mengambil 25-30 hari tambahan sebelum anda boleh melihat POI baru tersebut di dalam aplikasi Grab.
Jika POI tersebut menepati syarat-syarat kelayakan, ia akan diterima. Sila ambil maklum bahawa hanya POI yang diterima sahaja layak untuk ganjaran. Syarat-syarat kelayakan POI baru adalah seperti berikut:
Syarat-syarat kelayakan POI baru:
1. POI baru (tidak wujud sebelum ini)
2. Nama dan ejaan betul (sila nyatakan nama kawasan untuk POI yang mempunyai banyak cawangan)
3. Alamat betul dan penuh
4. Lokasi tepat
5. Bukan salinan mana-mana POI yang telah wujud
6. Lampiran gambar untuk proses semakan yang lebih pantas
7. Gambar bukan dari internet dan berkaitan dengan POI
Apabila anda telah layak, pembayaran akan dikreditkan ke dompet tunai anda.
PENTING: Untuk layak bagi ganjaran, anda perlu mencapai jumlah minimum POI yang disahkan semasa kempen berlangsung. Untuk lihat jumlah yang anda perlu capai, klik butang Help pada bucu kanan atas pada skrin Petakan Bandar Anda dan pergi ke Tambah tempat baru > Perihal kempen.
Pada skrin Petakan Bandar Anda, klik pada “Sumbangan” untuk lihat semua POI yang anda telah hantar. Status penghantaran anda terbahagi kepada 4:
• Semua: Jumlah POI yang telah dihantar
• Sedang Disemak: POI yang sedang disemak
• Diterima: POI yang telah disemak dan diluluskan
• Tidak diterima: POI yang tidak diluluskan kerana data yang tidak mencukupi atau tidak tepat
Ingin tahu kedudukan anda di antara rakan-pemandu & rakan-penghantar yang lain? Semak Carta Kedudukan untuk mengetahui kedudukan anda dan penghantaran POI tertinggi!
Terdapat 2 cara untuk ketahui jika POI anda mempunyai salinan di dalam sistem/telah wujud:
1. Pada skrin Tambah Tempat Baru, klik butang dan pin kelabu akan muncul di sekitar kawasan anda. Pin-pin kelabu ini menandakan POI yang telah wujud di kawasan tersebut.
2. Apabila anda memasukkan nama POI yang anda ingin tambah, satu senarai lokasi yang akan dicadangkan akan dipaparkan. Lokasi-lokasi tersebut menandakan POI yang telah wujud di kawasan tersebut.
Soalan Lazim
POI ialah lokasi spesifik yang digunakan untuk pin pick-up atau drop-off. POI yang tidak lengkap pada peta bermaksud sesebuah tempat itu belum mempunyai pin pick-up/drop-off.
POI yang diterima ialah penghantaran POI yang menepati syarat-syarat berikut:
1. POI baru (tidak wujud sebelum ini)
2. Nama dan ejaan betul (sila nyatakan nama kawasan untuk POI yang mempunyai banyak cawangan)
3. Alamat betul dan penuh
4. Lokasi tepat
5. Bukan salinan mana-mana POI yang telah wujud
6. Lampiran gambar untuk proses semakan yang lebih pantas
7. Gambar bukan dari internet dan berkaitan dengan POI
Pada skrin Petakan Bandar Anda, klik “Sumbangan” untuk lihat semua POI yang anda telah hantar.
Terdapat 2 cara untuk ketahui jika POI anda mempunyai salinan di dalam sistem/telah wujud:
1. Pada skrin Tambah Tempat Baru, klik butang dan pin kelabu akan muncul di sekitar kawasan anda. Pin-pin kelabu ini menandakan POI yang telah wujud di kawasan tersebut.
2. Apabila anda memasukkan nama POI yang anda ingin tambah, satu senarai lokasi yang akan dicadangkan akan dipaparkan. Lokasi-lokasi tersebut menandakan POI yang telah wujud di kawasan tersebut.
Proses semakan biasanya mengambil masa selama 7 ke 21 hari bekerja.
Anda akan menerima ganjaran untuk setiap POI yang diterima melalui dompet tunai anda. Jumlah ganjaran akan dipaparkan pada penyata mingguan anda kerana bayaran dibuat secara mingguan. Jika anda tidak menerima bayaran anda, sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan untuk bantuan lanjut.
Penghantaran anda mungkin tidak diluluskan kerana data yang tidak mencukupi atau tidak tepat. SIla rujuk tab ‘Tidak Diterima’ di bawah “Sumbangan” untuk ketahui lebih lanjut.
Ikuti tip-tip berikut bagi meningkatkan peluang penerimaan POI anda:
• Gunakan butang pada skrin Tambah Tempat Baru untuk semak POI salinan/telah wujud di kawasan tersebut.
• Pastikan nama dan alamat lokasi POI adalah tepat.
• Nama lokasi tersebut mestilah tidak mengandungi perkataan atau karakter tidak sesuai. Contoh: $%^&*(
• Muat naik gambar lokasi POI yang terang dan jelas.Proses semakan biasanya mengambil masa selama 7 ke 21 hari bekerja. Ia boleh mengambil 25-30 hari tambahan sebelum anda boleh melihat POI baru tersebut di dalam aplikasi Grab.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.