Ya, kami telah menerima cadangan anda!
Click here for the English version
Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Ciri Penumpang Tidak Muncul kini dibuka kepada semua rakan-pemandu! Ciri ini akan kini menambahbaik lagi pengalaman anda sebagai rakan-pemandu untuk memberikan anda lebih keyakinan dan ketenangan dalam pemanduan seharian anda.
Bagaimana ciri ini berfungsi?
Jika penumpang anda tidak muncul setelah anda telah menunggu untuk penumpang anda, anda boleh membatalkan tempahan dengan jaminan Cancellation Rate anda tidak akan terjejas.
Untuk situasi di mana penumpang tidak muncul, rakan-pemandu hendaklah memenuhi 3 kriteria berikut sebelum boleh membatalkan tempahan:
- Tekan ‘I’ve Arrived’ apabila anda sudah sampai ke titik pick up penumpang
- Tunggu penumpang sekurang-kurangnya 5 minit (atau 3 minit untuk GrabShare)
- Batal tempahan menggunakan pilihan ‘Penumpang Tidak Muncul’ ketika berada di titik pick up.
Jika mana-mana kriteria ini tidak dipenuhi, pilihan ‘Penumpang Tidak Muncul’ tidak akan dipaparkan dan Cancellation Rate anda akan terjejas apabila anda membuat keputusan untuk membatalkan tempahan tersebut.
[PENGEMASKINIAN!] Kami telah menambah sebab pembatalan untuk membolehkan anda membatalkan tempahan tanpa menjejaskan Cancellation Rate (CR) anda! Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.
Soalan Lazim
Apakan ciri Penumpang Tidak Muncul?
Ia merupakan ciri yang memberi kuasa kepada anda sebagai rakan-pemandu untuk membatalkan tempahan jika penumpang tidak menunjuk selepas anda menunggu selama 5 minit (3 minit untuk GrabShare). Penggunaan ciri ini akan memastikan Cancellation Rate anda tidak terjejas apabila situasi begitu berlaku.
Perlukah saya menekan butang ‘I’ve Arrived’ hanya bila saya sudah sampai ke titik pick up?
Ya. Untuk menggunakan ciri Penumpang Tidak Muncul, sila tekan ‘I’ve Arrived’ dulu apabila anda sampai ke titik pick up. Ciri ini tidak boleh digunakan jika rakan-pemandu cuba untuk membatalkan tempahan jika anda belum sampai ke titik pick up.
Apakah yang akan berlaku jika saya menekan ‘I’ve Arrived’ sebelum sampai ke titik pick up?
Anda akan menerima mesej notifikasi bahawa anda belum lagi sampai ke titik pick up. Tidak mengapa jika anda telah menekan ‘I’ve Arrived’ sebelum sampaii titik pick up, pastikan anda hanya menekan ‘Ya’ dalam mesej notifikasi sebaik sahaja anda berada di titik pick up jika anda ingin menggunakan ciri ini.
Berapa lamakah saya perlu menunggu di titik pick up sebelum saya boleh menggunakan pilihan ‘Penumpang Tidak Muncul’?
Sama seperti amalan yang kita ikuti, sila tunggu sekurang-kurangnya 5 minit (atau 3 minit untuk Grabshare) di lokasi pick up untuk penumpang anda, sebelum menggunakan ciri Penumpang Tidak Muncul
Penumpang tidak muncul dan saya telah meninggalkan tempat pick up. Apabila saya ingin membatal tempahan menggunakan ‘Penumpang Tidak Muncul’, pilihan ini tidak dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?
Jika penumpang tidak muncul selepas 5 minit (3 minit untuk GrabShare), anda harus membatalkan tempahan itu semasa di titik pick up. Ciri ini tidak akan dipaparkan jika anda cuba untuk membatal semasa memandu keluar daripada titik pick up.
Bagaimanakah untuk situasi di mana penumpang menempah jenis teksi yang salah. Bagaimanakah saya boleh membatal tempahan seperti ini tanpa menjejaskan CR saya?
Buat masa ini, ciri ini hanya berfungsi dengan kriteria yang dinyatakan. Pihak kami sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan untuk menangani kes pembatalan yang lain. Nantikan maklumat lanjut tentang ini!
Apakah syarat minimum versi aplikasi pemandu Grab?
Sila pastikan anda telah memuat turun aplikasi pemandu Grab versi 5.34.0 (Andriod)/ 1.21.0 ke atas (iOS).
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.