Grab mengambil berat tentang kesejahteraan dan kami raikan kejayaan anda seperti kejayaan kami sendiri. Apabila anda memandu dengan Grab, anda mungkin akan berdepan dengan segelintir penumpang yang akan memberikan maklum balas yang lazimnya baik. Namun, ada kalanya penumpang anda akan memberikan maklum balas yang kurang baik.
Kami percaya jika anda tahu tentang prestasi anda dengan lebih terperinci, anda boleh memberikan pengalaman yang terbaik kepada penumpang anda sambil boleh menjimatkan penggunaan petrol.
Dengan ini, kami ingin mengambil peluang untuk berkongsi maklum balas yang telah kami terima kepada anda agar anda dapat menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki perkara seperti servis dan tingkah laku memandu anda.
*Data ini telah dikumpul dan diteliti berdasarkan trip anda yang dilengkapkan secara mingguan
Soalan Lazim
Berapa kerapkah laporan ini akan dihantar?
Laporan ini akan dihantar setiap hari Selasa dengan maklumat trip yang dilengkapkan daripada minggu sebelumnya.
Terdapat beberapa bahagian yang tidak lengkap di dalam laporan. Mengapakah hal ini berlaku?
Jika terdapat bahagian yang kosong, ini bermakna anda tidak mempunyai sebarang maklum balas tentang perkara tersebut. Jangan risau! Kadang-kala penumpang anda tidak mempunyai sebarang isu yang mereka ingin berikan mengenai pemanduan anda.
Mengapakah Driver Rating saya berbeza dengan rating yang ditunjukkan di dalam aplikasi pemandu?
Driver Rating mingguan anda adalah rating purata yang diterima sepanjang minggu di mana ia mungkin akan berbeza dengan driver rating anda sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang cara driver rating anda dikira, sila rujuk di sini.
Apakah yang dimaksudkan dengan servis memandu dan kualiti kereta?
Perkara ini adalah berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh penumpang setelah trip dilengkapkan. Maklum balasa ini mungkin diberikan berdasarkan pengalaman trip mereka secara keseluruhan yang merangkumi interaksi mereka dengan anda ataupun tanggapan mereka tentang kualiti kereta anda yang mungkin boleh diperbaiki lagi.
Untuk mengurangkan maklum balas dalam perkara ini, rujuk di sini untuk tips menjadi rakan-pemandu 5 bintang!
Bolehkah saya mengetahui identiti penumpang yang memberikan saya maklum balas atau laporan tentang servis memandu dan kualiti kereta?
Malangnya, kami tidak boleh mendedahkan informasi ini kerana ia bercanggah dengan polisi privasi kami. Laporan ini disediakan bertujuan untuk memberikan maklum balas bagi pengetahuan dan kesedaran anda tentang tingkah laku anda yang boleh memberi kesan kepada penumpang.
Bagaimanakah corak pemanduan saya dipantau?
Grab menggunakan program telematik yang mengabungkan pembelajaran mesin (machine learning) dan analitik ramalan (predictive analytics) untuk mengenal-pasti tabiat memandu yang tidak selamat seperti pecutan, pembelokan dan pembrekan menggunakan data GPS di dalam aplikasi pemandu.
Apakah yang anda maksudkan dengan pembrekan/ pecutan/ belokan kasar?
Pembrekan mengejut dan pecutan – Penumpang di dalam kereta akan berasa seperti terlontar ke hadapan dan belakang. Objek yang tidak dikunci atau diikat di atas tempat duduk akan terjatuh ke lantai.
Pembelokan Kasar – Penumpang yang berada di dalam kenderaan anda akan merasa seperti terlontar ke tepi. Objek yang tidak dikunci atau diikat dengan baik di atas tempat duduk mungkin akan tergelongsor dan jatuh ke lantai.
Apakah maksud nombor yang terletak di sebelah ikon?
Nombor ini mewakili rakan-pemandu yang mempunyai pembrekan mengejut 1.3 bagi setiap 10km yang dipandu. Nombor ini juga menunjukkan rakan-memandu membrek secara mengejut sebanyak 2.31% daripada jumlah pembrekan yang dibuat.
Semakin rendah nombor ini, semakin lancar trip anda! Pemanduan yang lancar akan membantu anda untuk menjimatkan kos petrol dalam jangka panjang.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.