Memudahkan Sumbangan Zakat

Daftar bagi Program Potongan Zakat & kami akan selesaikan yang selebihnya!

Click here for English version

Seiring dengan misi kami untuk menjadi aplikasi serba boleh, kami telah bekerjasama dengan beberapa buah agensi zakat terpilih untuk memperkenalkan Program Pemotongan Zakat!

Dengan program ini, rakan-pemandu & rakan-penghantar Muslim boleh menyumbang zakat pendapatan dengan mudah. Hanya daftar bagi program ini dan pemotongan akan bermula pada bulan seterusnya.

Agensi terpilih:


Adakah saya perlu buat sumbangan zakat?

Sumbang zakat adalah wajib jika jumlah pendapatan setahun anda melebihi jumlah Nisab. Jika kurang, anda tidak wajib untuk menyumbang.

Kadar Nisab akan berubah setiap bulan atau tahun, bergantung kepada negeri anda. Rujuk di bawah untuk info lanjut:

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

1. Daftar dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam borang dengan menekan butang di bawah.

2. Anda akan mendapat notifikasi selewat-lewatnya pada 5hb bulan seterusnya sekiranya pendaftaran anda berjaya.

3. Kami akan memotong 2.5% daripada pendapatan bersih anda melalui dompet tunai pada bulan seterusnya. Untuk Penang & Kedah, sumbangan minimum adalah RM10 atau 2.5% (yang mana lebih tinggi).

Contoh: Sekiranya anda mendaftar pada bulan November 2019, pendapatan bersih anda pada bulan Disember 2019 layak untuk sumbangan Zakat. Pemotongan akan dibuat pada bulan Januari 2020.




Soalan Lazim

Apakah yang perlu dibuat sekiranya saya belum mendaftar untuk zakat?

Jangan bimbang, apabila anda mendaftar untuk Program Pemotongan Zakat, pendaftaran untuk zakat akan dibuat secara automatik.

Sekiranya anda ingin menyumbang zakat untuk pendapatan lain (cth. emas dan perak, pendapatan perniagaan), kunjungi pejabat agensi zakat yang terdekat.

Saya mendaftar akaun Grab saya di Kuantan (Pahang) tetapi saya memandu Grab di Kuala Lumpur. Kemanakah pemotongan zakat saya akan disalurkan?

Pembayaran Zakat adalah digalakkan untuk dibayar ke pusat zakat negeri anda bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya akaun anda didaftarkan di Pahang, pemotongan zakat anda akan disalurkan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP).

Sekiranya anda ingin mengubahnya ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ), anda perlu isi borang ini.

Saya adalah rakan-pemandu di luar bandar yang disenaraikan tetapi ingin menyumbang zakat. Apakah yang boleh saya lakuakan?

Anda boleh kunjungi pejabat agensi zakat terdekat untuk menyumbang. Kami sedang berusaha untuk menawarkan program ini ke bandar-bandar lain. Nantikan berita terkini dari semasa ke semasa!

Apakah yang patut saya lakukan jika saya sudah sedia ada membuat sumbangan zakat kepada agensi yang disenaraikan?

Sekiranya sumbangan zakat telah dibuat dengan nombor kad pengenalan baru, sumbangan anda untuk pendapatan Grab akan direkodkan dalam akaun yang sama.

Sekiranya sumbangan zakat anda dibuat dengan kad pengenalan lain (cth: nombor kad pengenalan lama, kad kuasa polis), sila isi butiran tersebut dalam borang pendaftaran untuk memastikan sumbangan zakat diletakkan dalam akaun yang sama.

Bolehkah saya berhenti menyumbang zakat bila-bila masa?

Anda boleh berhenti menyumbang bila-bila masa dengan mengisi borang ini tetapi sumbangan untuk bulan semasa masih akan dipotong.

Contoh: Jika anda isi borang untuk menghentikan sumbangan zakat pada 16 Mac 2020, pemotongan masih akan dibuat ke atas pendapatan bersih anda untuk bulan Mac pada bulan April 2020. Pemotongan untuk sumbangan zakat akan berhenti pada bulan Mei 2020.

Bagaimanakah cara untuk ketahui jumlah sumbangan zakat terkumpul?

Bergantung kepada agensi zakat anda, anda dinasihatkan untuk mendaftar akaun individu baru atau log masuk ke dalam akaun sedia ada pada laman web berikut:

Jika anda ingin menyumbang lebih daripada 2.5% pendapatan bulanan, anda juga boleh berbuat demikian di pautan yang di atas.

Bagaimanakah pendapatan bersih saya dikira?

Pendapatan bersih adalah jumlah tambang yang diterima selepas pemotongan komisen (jika ada).

Bagaimanakah nisab zakat pendapatan dikira?

Nisab zakat pendapatan dikira berdasarkan gram emas. Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut.

Kadar Nisab akan berubah setiap bulan atau tahun, bergantung kepada negeri anda. Rujuk di bawah untuk info lanjut:

Bilakah tarikh akhir untuk pendaftaran program ini?

Rakan-pemandu/rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum akhir bulan untuk layak bagi sumbangan zakat pada bulan seterusnya.

Pemotongan pendapatan anda akan bermula pada bulan seterusnya.

Contoh: Jika anda mendaftar selewat-lewatnya 28 November 2019, kami akan memotong pendapatan Disember 2019 anda pada bulan Januari 2020.

Adakah program ini mempunyai had umur?

Tiada had umur bagi program ini. Walau bagaimanapun, program ini HANYA terbuka kepada rakan-pemandu/rakan-penghantar Muslim yang berminat untuk membuat sumbangan zakat.

Kemanakah sumbangan zakat akan disalurkan?

Sumbangan anda akan disalurkan ke agensi zakat pilihan anda secara bulanan.

Apakah yang akan berlaku jika akaun saya digantung/ditamatkan atau jika saya tidak mempunyai baki yang cukup dalam dompet setelah opt in?

Jika ini berlaku, kami tidak memotong daripada dompet anda mulai bulan seterusnya. Anda juga akan opt out secara automatik apabila ini berlaku.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.