Buat Panggilan Tanpa Kerisauan

Click here for English version

Memperkenalkan VOIP (Voice Over Internet Protocol)! Satu ciri baru yang membolehkan semua pengguna Grab untuk membuat panggilan tanpa sebarang kos tambahan. Anda boleh menghubungi penumpang dan pelanggan anda hanya dengan menggunakan data anda. Ini juga akan melindungi privasi anda kerana penumpang/ pelanggan anda tidak dapat melihat nombor telefon pemanggil.

Apakah manfaat menggunakan ciri ini?

Jimat wang untuk caj panggilan

Panggilan telefon adalah lebih murah apabila dibuat dengan menggunakan data, pastikan anda telah melanggani pelan data. Dengan itu, anda tidak perlu bimbang tentang penggunaan minit pelan suara anda apabila anda perlu menghubungi penumpang/ pelanggan.

Nombor telefon anda tidak akan dikongsi

Kedua-dua telefon nombor anda dan penumpang/ pelanggan tidak akan dikongsi. Dalam perkataan lain, anda tidak dapat melihat nombor telefon penumpang/ pelanggan dan mereka juga tidak dapat melihat nombor telefon anda.


Bagaimana mengaktifkan ciri ini?

  1. Apabila panggilan perlu dibuat, tekan pada butang ‘Data Call’ di sebelah butang Chat.
  2. Untuk batalkan panggilan, tekan pada butang ‘Tamat Panggilan’.
  3. Apabila penumpang/ pelanggan anda sedang menghubungi anda, anda akan melihat paparan panggilan masuk yang menunjukkan nama penumpang/ pelanggan anda.

Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

Panggilan VOIP hanya boleh dibuat melalui sambungan internet yang aktif. Sekiranya data anda tidak diaktifkan atau telefon anda tidak disambung kepada WiFi, hanya panggilan biasa boleh dibuat dan bayaran akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi anda.

Semak sambungan internet anda jika anda terima mesej yang menyatakan ‘Tiada Internet.’ Tekan pada ‘Buat Panggilan Telefon Biasa’ untuk panggilan biasa. Bayaran adalah diperlukan kerana data tidak digunakan untuk panggilan biasa.


Soalan Lazim

Mengapakah saya tidak dapat melihat nombor telefon apabila panggilan sedang dibuat?

Semua panggilan akan dibuat melalui sambungan internet dan bukannya panggilan biasa.

Mengapakah saya tidak dapat membuat panggilan melalui internet?

Anda dan penumpang/ pelanggan anda perlu mempunyai versi aplikasi Pemandu/ Penumpang Grab yang terkini supaya ciri ini boleh digunakan.

Apakah yang akan berlaku apabila saya berada dalam kawasan liputan yang kurang baik?

Sekiranya data anda telah diaktifkan, anda masih boleh membuat panggilan menerusi VOIP. Walaubagaimanapun, anda boleh membuat panggilan biasa dengan tidak mengaktifkan data anda.

Apakah yang akan berlaku apabila sambungan internet adalah tidak aktif?

Anda boleh membuat panggilan menerusi panggilan biasa.

Bolehkah saya membuat panggilan menerusi internet selepas tamat trip untuk sebarang isu Hilang & Jumpa?

Pada masa ini, panggilan Hilang & Jumpa akan dibuat menerusi panggilan biasa (menerusi panggilan telefon dengan ciri number masking).

 Apakah akan berlaku sekiranya panggilan diputuskan disebabkan internet menjadi tidak aktif?

Panggilan anda akan ditamatkan. Anda boleh membuat panggilan semula dengan menekan ikon ‘telefon’ pada paparan tempahan. Anda boleh membuat panggilan menerusi panggilan biasa.

Bolehkah saya menggunakan panggilan internet untuk semua perkhidmatan Grab?

Ya, ciri ini tersedia untuk semua perkhidmatan Grab.

Mengapakah saya dapat melihat ‘panggilan percuma’ pada skrin apabila panggilan dibuat. Tetapi, saya dikenakan bayaran untuk penggunaan data saya?

‘Panggilan Percuma’ digunakan untuk menunjukkan bahawa caj tidak akan dikenakan untuk panggilan telefon. Walau bagaimanapun, caj untuk penggunaan data akan dikenakan kerana panggilan dibuat dengan menggunakan data.

 Saya tidak mahu menggunakan data saya untuk panggilan. Bagaimanakah saya menukar kepada panggilan biasa?

Pada masa sekarang, kami tidak mempunyai keupayaan untuk menukar semula kepada tetapan asal. Ciri ini membantu untuk melindungi privasi telefon nombor anda dan kami cadangkan anda menggunakan ciri ini.

Bagaimanakah kami mengelakkan daripada terlebih guna data? (Contoh: penggunaan data RM40 lebih untuk rakan-pemandu)

Ciri ini tidak didapati pada masa ini.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.