5 lokasi percutian bajet di Malaysia

Sama ada untuk percutian persendirian atau pun seisi keluarga!

Click here for the English version

Jika anda sedang merancang percutian untuk bersantai, Malaysia mempunyai banyak destinasi dengan kos rendah untuk dipilih! Oleh itu, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kami telah menyenaraikan beberapa lokasi bajet yang anda boleh kunjungi sambil menerokai semula keindahan negara “truly Asia” ini.

Georgetown, Pulau Pinang


Destinasi utama untuk “foodie” yang gemar makan, Pulau Pinang menawarkan banyak jenis sajian untuk dirasa. Terdapat juga banyak tarikan budaya di sini! Anda boleh melawat kuil, muzium dan kedai tradisional apabila anda bersiar-siar di bandar Georgetown. Di samping itu, jangan ketinggalan untuk melihat mural seperti dalam gambar ini di Armenian Street!

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di Pulau Pinang:

  • Berkelah di Botanical Gardens
  • Bersiar-siar di Kek Lok Si Temple
  • Santai di Batu Ferringhi beach
  • Aktiviti mendaki di Penang Hill

Langkawi, Kedah

Jika anda inginkan percutian membeli belah bebas cukai sambil bersuka ria, Pulau Langkawi adalah destinasi anda! Bersantai sambil makan angin di tepi pantai indah di pulau ini. Jika anda tidak takut tinggi, cuba lawati Langkawi Skybridge atau naik kereta kabel Langkawi untuk mendapat pemandangan Pulau Langkawi dari udara.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di Pulau Langkawi:

  • Berenang di Telaga Tujuh Waterfalls
  • Bersantai di Pantai Cenang & Datai Bay
  • Bergambar di Eagle Square

Kuching, Sarawak


Kuching yang juga dikenali sebagai Bandar Kucing adalah ibu kota negeri Sarawak. Terletak di Borneo, ramai mungkin tidak tahu bahawa ibu kota Kuching ini mempunyai landskap moden yang tampak berbeza dengan peninggalan warisan Inggeris. Jika anda inginkan pengalaman budaya yang sebenarnya, kunjungi Sarawak Cultural Village iaitu muzium “hidup” untuk mengetahui lebih mendalam tentang budaya masyarakat majmuk Sarawak dalam masa sehari.

Tempat lain anda boleh lawati semasa berada di Kuching:

  • Kuching Waterfront
  • Astana
  • Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru (Gambar)
  • Muzium Kucing

Kuantan, Pahang

Mencari ketenangan daripada kesibukan ibu kota? Kami syorkan anda melawati Kuantan! Kota ini sesuai untuk pencinta alam dengan banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Bersantai di pantai di Teluk Cempedak atau pun berkelah dengan keluarga atau rakan di air terjun Sungai Pandan!

Aktiviti lain semasa berada di Kuantan:

  • Berehat sambil tangkap gambar di Rainbow Waterfall Sungai Lembing
  • Melihat matahari terbit di Bukit Panorama
  • Melihat kelip-kelip di Kuantan River Cruise

Seremban, Negeri Sembilan

Walaupun bukannya destinasi popular bagi pelancong, Seremban mampu memberikan pengunjung pengalaman santai berkos rendah. Dengan pengaruh Minangkabau yang kuat, sajian yang anda boleh dapati di sini adalah pedas-pedas belaka seperti gulai dan kari laksa yang sudah menjadi santapan biasa orang tempatan di sini. Masjid Sri Kendayan yang digelar Taj Mahal Malaysia baru sahaja dibuka. Jangan lupa untuk melihatnya dengan mata anda sendiri apabila anda berkunjung di sini!

Aktiviti lain apabila anda berada di Seremban:

  • Jelita Ostrich Farm
  • Taman Tasik Seremban
  • Gunung Angsi
  • Royal Gallery Tuanku Jaafar

Ingin dapatkan diskaun 60% untuk penginapan

Sempena musim Natal kali ini, rakan kami di OYO kini menawarkan diskaun sehingga 60% untuk penginapan anda (Hotel & Home). Promosi hanya sah sehingga 31 Dis 2019 jadi jangan lepaskan peluang ini.

Untuk info lanjut, rujuk bahagian GrabBenefits. Tertakluk kepada terma & syarat.


Kemaskini

Peringkat Platinum Baharu

Peringkat Platinum GrabBenefits kini lebih berbaloi! Lengkapkan lebih banyak trip dan nikmati ganjaran eksklusif sebagai rakan-pemandu Platinum. Tekan sini untuk info lanjut.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.