Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan di Grab untuk memenuhi keperluan setiap penumpang. Setiap perkhidmatan mempunyai kadar tambang sendiri serta syarat-syarat untuk berada pada jenis perkhidmatan itu; seperti model kereta, prestasi rakan-pemandu, dan lain-lain.

Penambahan atau penyingkiran model kereta tertakluk kepada keputusan Grab. Semua keputusan daripada Grab adalah muktamad dan terikat.

Semak sama ada kereta anda layak untuk perkhidmatan lain yang terdapat di bawah.

JustGrab adalah perkhidmatan atas permintaan (on-demand service) dengan tambang tetap yang mengabungkan teksi and kereta biasa di seluruh Malaysia. Hal ini bermaksud penumpang yang menempah JustGrab akan diberikan kenderaan terdekat, sama ada teksi atau pun kereta biasa.

JustGrab adalah jenis perkhidmatan utama untuk kesemua rakan-pemandu apabila mereka mendaftar untuk platform Grab.

*JustGrab dinamakan sebagai Standard (JustGrab) di Lembah Klang & Negeri Sembilan.

Syarat Kelayakan untuk JustGrab (GrabCar)

Syarat Kenderaan

  • Kenderaan yang dikeluarkan pada tahun 2010 dan lebih baru
  • 4 tempat duduk penumpang dengan 4 tali pinggang keledar
  • Kesemua model kenderaan diterima kecuali model disenarai di dalam senarai Model Kereta Ditolak di bawah
  • Kenderaan tersebut mestilah milik persendirian warganegara Malaysia
*Trak Pick UP hanya diterima sebagai kenderaan E-Hailing di Malaysia Timur sahaja.
 
Kelayakkan Pemandu
  • Penilaian Pemandu : > 4.5 bintang
  • Tidak mempunyai kes isu disiplin / pembatalan yang tinggi
  • Mesti mempunyai lesen PSV dan Insurans E-Hailing yang sah

Model Kereta Ditolak

Jika model kereta anda TIDAK tersenarai di dalam Senarai Model Ditolak, kereta anda diterima oleh Grab.

Selaras dengan peraturan E-hailing Malaysia, hanya kenderaan yang dikeluarkan kurang dari 15 tahun akan diterima. 

Walau bagaimanapun, sila dimaklumkan bahawa kenderaan berusia 14 tahun ke atas tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan melebihi 15 tahun. Contoh: Jika kenderaan anda adalah 14 tahun dan 5 bulan, anda hanya boleh memperbaharuinya hingga usia 15 tahun sahaja.

  • Semua Kenderaan dengan 2 pintu
  • Semua Kenderaan Teksi/ Kenderaan dengan Iklan Peribadi
  • Semua Trak Pick up (Hanya diterima di Malaysia Timur)
  • Changan Era CM8
  • Chevrolet Aveo (Model lama 2007-2011)
  • Honda CR-Z 
  • Hyundai Getz (Model lama 2007-2011)
  • Hyundai i10 (Model lama 2007-2011)
  • Inokom Atos (Model lama 2007-2011)
  • Inokom Matrix
  • Kia Picanto/Naza Picanto
  • Kia Spectra/Naza Spectra
  • Kia Sutera/Naza Sutera
  • Perodua Viva
  • Proton Gen 2
  • Proton Satria Neo
  • Proton Savvy
  • Renault Kangoo