GrabShare BM

GrabShare

Jana pendapatan dengan lebih tempahan dalam masa lebih singkat!

Memperkenalkan jenis perkhidmatan baru, GrabShare, yang membantu anda jana pendapatan dengan lebih tempahan dalam masa lebih singkat!

GrabShare membenarkan anda untuk mendapat dan melengkapkan dua tempahan dalam satu perjalanan. Dengan GrabShare, perjalanan anda boleh kelihatan seperti berikut:

Berikut adalah ciri-ciri utama GrabShare:

Buat masa ini, GrabShare hanya tersedia pada waktu tertentu di kawasan-kawasan berikut:

 

Untuk mula menerima tempahan GrabShare, pastikan “GrabShare” telah diaktifkan pada bahagian Jenis Perkhidmatan anda!

Soalan Lazim

1. Apakah cara untuk mengaktifkan GrabShare pada peranti saya?

Rakan-pemandu yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 10 tempahan GrabCar/JustGrab setelah diaktifkan akan boleh menerima tempahan GrabShare apabila program percubaan bermula.

2. Mengapakah GrabShare hanya tersedia pada waktu dan di lokasi tertentu?

Buat masa ini, GrabShare hanya tersedia pada waktu-waktu puncak dan kawasan yang sesak di mana permintaan adalah tinggi untuk memastikan padanan berkualiti dan pengalaman yang lebih baik untuk anda.

3. Bagaimanakah susunan drop-off ditentukan?

Susunan ditentukan melalui lokasi drop-off untuk memastikan lecongan adalah minimum untuk rakan-pemandu dan penumpang i.e. bermula dengan lokasi drop-off terdekat hingga yang paling jauh.

4. Bagaimanakan ‘padanan terbaik’ ditentukan?

Penumpang-penumpang GrabShare akan dipadankan mengikut lokasi pick-up dan drop-off mereka. Sistem laluan akan mengambil kira faktor-faktor berikut:

• Laluan bertindih antara kedua-dua penumpang

• Lencongan minimum untuk rakan-pemandu dan penumpang

 

5. Bolehkah saya memilih untuk tidak menerima tempahan GrabShare?

Ya. Walau demikian, jika GrabShare telah diaktifkan, sila ambil maklum bahawa pembatalan tempahan GrabShare boleh menjejaskan Kadar Pembatalan (CR) anda.

 

6. Mengapakah saya tidak mempunyai GrabShare pada aplikasi pemandu Grab saya?

GrabShare tersedia pada aplikasi pemandu dengan versi 5.251.0 dan ke atas. Sila pastikan aplikasi pemandu Grab DAN sistem operasi peranti anda telah dikemas kini ke versi terkini untuk membolehkan anda mengakses ciri sepenuhnya.

1. Bagaimanakah saya boleh membatalkan perjalanan GrabShare?

Untuk membatalkan satu perjalanan GrabShare, rakan-pemandu perlu membatalkan tempahan satu-persatu. Rakan-pemandu juga boleh membatalkan satu penumpang (satu tempahan) sahaja jika mahu. Kedua-dua situasi boleh menjejaskan CR jika berkaitan.

2. Apa yang patut saya lakukan jika satu tempahan mempunyai lebih penumpang dari had yang dinyatakan?

Sila maklumkan kepada penumpang untuk menempah GrabCar/JustGrab jika mereka berkeras untuk membawa penumpang lebih dari had yang dinyatakan dan hubungi Pusat Bantuan. Rakan-pemandu juga boleh membatalkan tempahan tanpa menjejaskan CR dengan sebab-sebab berikut:

 

• Lebih dari satu penumpang dalam satu tempahan (lebih dari dua penumpang untuk satu perjalanan)

• Penumpang berkeras untuk membawa kanak-kanak atau haiwan peliharaan

Buat masa ini, GrabShare dihadkan kepada 2 tempahan untuk satu perjalanan dan 1 penumpang untuk satu tempahan (tertakluk kepada perubahan).

 

3. Apakah durasi menunggu penumpang yang wajar sebelum membatalkan tempahan?

Selepas anda tiba di lokasi pick-up, anda hanya perlu menunggu penumpang selama 5 minit sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Sila berkomunikasi dengan penumpang anda sebelum ketibaan untuk proses yang lebih lancar. CR anda tidak akan terjejas jika anda membatalkan tempahan dengan sebab yang wajar.

4. Apa yang akan berlaku kepada tambang jika salah seorang penumpang membatalkan tempahan?

Rakan-pemandu akan menerima pampasan (bayaran pembatalan) serta-merta jika ini berlaku. Tempahan penumpang yang tinggal akan diteruskan dengan tambang penumpang yang tinggal.

1. Bolehkah saya menerima lebih tempahan (untuk perjalanan yang sama) apabila saya sedang berada dalam transit?

Tidak. Semua tempahan akan dipadankan sebelum satu perjalanan GrabShare bermula, maksudnya tiada lencongan mengejut akan berlaku.

2. Bolehkah saya memandu tanpa mengikuti susunan pick-up dan drop-off yang dicadangkan dalam aplikasi?

Kami menasihati anda untuk sentiasa mengikuti susunan pick-up dan drop-off yang dicadangkan dalam aplikasi pemandu Grab. Sistem kami mengenal pasti laluan terbaik untuk mengurangkan lencongan dan masa perjalanan, dan memaksimumkan pendapatan.

Penumpang juga mengetahui laluan dan susunan yang dicadangkan. Jika penumpang meminta untuk tidak mengikut cadangan yang diberikan, sila ingatkan mereka bahawa laluan dan susunan yang dicadangkan oleh sistem adalah untuk memastikan lencongan minimum untuk semua.

3. Di manakah saya boleh memasukkan tambang GrabShare?

Proses tambang adalah sama seperti tempahan GrabCar/JustGrab: selepas anda drop-off penumpang pertama anda, skrin pembayaran akan dipaparkan. Selepas anda memasukkan jumlah tambang penumpang pertama, anda boleh meneruskan perjalanan untuk penumpang seterusnya.

4. Bagaimana untuk ketahui jika tempahan tersebut menggunakan tunai atau tanpa tunai (GrabPay)?

Cara pembayaran akan dinyatakan pada job card.

5. Apa akan berlaku jika satu tempahan menggunakan tunai dan yang selebihnya adalah tanpa tunai (GrabPay)?
Ini tidak menjadi masalah untuk GrabShare – setiap tempahan akan dikira sebagai satu tempahan, dan cara pembayaran tidak perlu sama.
 
6.  Adakah terdapat dompet berlainan untuk tempahan GrabCar/JustGrab dan GrabShare?

Tiada. Setiap rakan-pemandu hanya mempunyai satu dompet tunai dan dompet kredit Grab. Proses pengeluaran tunai juga sama seperti GrabCar/JustGrab.

7. Bagaimanakah kos tol dibahagikan untuk penumpang GrabShare?

Kos tol akan dibayar oleh penumpang yang berada di dalam kereta semasa kereta melalui tol.

 

Sebagai contoh, jika bayaran tol ialah RM2:
1 penumpang dalam kereta = RM2 per penumpang

2 penumpang dalam kereta = RM1 per penumpang

Pada lokasi di mana kos tol dinyatakan secara automatik dalam aplikasi pemandu anda, kos tol akan dinyatakan secara automatik dan dicaj kepada penumpang pada akhir perjalanan. Jika tidak, sila masukkan jumlah yang tepat semasa anda drop-off penumpang.

1. Berapakah kadar komisen untuk GrabShare?

Kadar komisen GrabShare adalah sama seperti kadar GrabCar/JustGrab.

2. Adakah insentif tersedia untuk tempahan GrabShare?

Ya. Insentif untuk tempahan GrabShare adalah sama seperti GrabCar/JustGrab (melainkan dinyatakan sebaliknya).

3. Bolehkah tempahan GrabShare menyumbang kepada insentif mingguan GrabCar/JustGrab saya?

Ya, semua tempahan GrabShare akan menyumbang kepada insentif mingguan GrabCar/JustGrab anda tanpa mengira program insentif.

Untuk insentif yang bergantung kepada jumlah tempahan yang anda lengkapkan, satu perjalanan GrabShare boleh bersamaan dengan melengkapkan beberapa tempahan – maksudnya lebih kelayakan untuk insentif!

4. Bagaimankah rakan-pemandu boleh jana pendapatan dengan lebih tempahan dalam masa lebih singkat berbanding dengan GrabCar/JustGrab?

Setiap perjalanan GrabShare yang rakan-pemandu dapat telah dikira dengan teliti untuk memastikan laluan yang optimum dan lencongan yang minimum. Perjalanan yang dikongsi juga mengurangkan masa yang diambil untuk mendapatkan tempahan lain selepas melengkapkan satu tempahan – membolehkan rakan-pemandu menjana pendapatan dengan lebih tempahan dalam masa lebih singkat.